Thursday, June 22, 2023

Elements Service Suite Di Berjaya Times Square | Service Kondominium Best Di KL

Elements Service  Suite Di Berjaya Times Square | Service Kondominium Best Di KL

Elements Service  Suite Di Berjaya Times Square | Service Kondominium Best Di KL | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Entry ini merupakan sambungan daripada entry Ibu & Boboboy 2023 Birthday Celebrations. Kali ini saya akan ceritera lebih details tentang review tempat penginapan yang menjadi pilihan kami bagi 3D2N Sekupu-kupu Birthday Staycation 2023. Untuk staycation KL kali ini saya telah memilih Elements Service  Suite Di Berjaya Times Square. Ini kerana lokasinya yang betul-betul terletak di dalam kompleks Berjaya Times Square. Mudah nak JJCM, mudah nak seronokkan anak-anak bermain sepuas hati Aternya cuti-cuti kali ini memang untuk melayan tekak dan keseronokkan anak-anak. 


BTW, ini merupakan pertama kali saya menjejakkan kaki ke Berjaya Times Square tau3. Memang dah lama dengar tentang keseronokkan theme park di dalamnya. Tetapiiiiiiiiii, memang dari awal dah tetapkan cuti-cuti kali ini tidak akan melibatkan theme park ituuuu. Ini kerana 3 ketul budak kecil tu bukannya berani nak main segala games dalam theme park tu haaaa. Rugiii la kan3 bayar masuk tiket theme park tu haaaa. Tunggu nanti bebudaks ni dah besar dan berani sikit baru kita repeat, gitcheewww. Walapun tidak ke theme park, tapiiiiii, anak-anak tetaaappp dapat berseronok dan bermaian sepuas hati taaauuu. Nak tahu di mana??? Nantikan entry seterusnya naaaaa. Untuk kali ini, saya akan fokus kepada review tentang lokasi penginapan dulu naaaaaaa. So, ajiioooomm terus layan ceritera saya di bawah ini......


Berjaya Times Square


Kami dua beranak antara orang terawal di dalam Berjaya Times Square


Psstttt, dek kerana bas kami dari Penang adalah tengah malam, dan kami sampai awal pagi, dalam jam 5.30am. 1st train monorail bermula 6am, so kami sampai di Berjaya Times Square sebelum jam 7am tau3. Sah2 la semuaaaaaaa dok tutup lagi. Makanya ber-huhu la kami dua beranak sebentar, sehingga menghampiri jam 10 pagi dan sedikit demi sedikit kedai di dalam Berjaya Times Square mula buka, terutama gerai/kedai makanan la tau3. So kami 2 beranak sarapan dahulu.  On the same time, saya wassap owner untuk request early check in. Malangnya bilik full, tiada yang kosong waktu itu, so owner suruh tunggu sekejap, dan akan cuba fullfill our early check in request. In the mean time, saya request lagi untuk riadah di pool la kan3. Owner kata ok and suruh inform guard sahaja. Makanya sesudah selesai bersarapan, kami terus menuju ke wing apartment
v
v
v
v

Ruang masuk ke service suite dari Berjaya Times Square


 Pssttt, untuk makluman semua, Berjaya Times Square ni boleh dibahagikan kepada 3 bahagian atau wing tau3. Yang mana di satu wing (hujung) ialah hotel Berjaya Times Square, di tengah-tengahnya pula ialah kompleks Berjaya Times Square itu sendiri, dan di hujung (wing) yang satu lagi ialah service suite. Punya luuuaaaasss, punyalah panjang. Nak jalan dari hujung sini ke hujung sinun memang boleh minta nyawa la juga he3


Boboboy seorang diri ber-pooling


Pssstt, kan kami request untuk pooling dahulu sementara menunggu dapat kunci bilik apartment. Time tu sekupu-kupu si Boboboy baruuuu dok OTW lagi. Tu yang sengsorang ja jantan seketul tu haaaa. Boring tak sangka dah la dok mandi sorang-sorang. Syukur dalam 12.30 macam tu, owner apratment call inform dah boleh masuk bilik. BTW, dekat kawasan pool tu ada juga facilities yang lain seperti steam room, sauna room, indoor ping pong/squash room, dan changing room yang besar dan selesa
v
v
v
v



Our apartment for 3D2N di Elements Service  Suite, Berjaya Times Square


Psstttt, untuk bilik ini memang luaaasss. Kiranya whole apartment. Ada bahagian pantry, dining, hall, bedroom, ruang mandi dan juga ruang tandas & laundry. Kiranya bila masuk sahaja apartment akan nampak ruang pantry dan dining. Di sebelah kanan, terdapat pintu untuk ke ruang tandas & laundry. Dari ruang ini, terdapat pula sebuah lagi pintu yang membawa ke ruang mandi pula, dan seterus sebuah lagi pintu untuk terus tembus ke ruang bilik tidur. Berbalik kepada dari pintu masuk tadi, dari ruang dining kita seterusnya akan melalui ruang tamu dan kemudiannya ke ruang bilik tidur (yang diasingkan dengan sliding door kayu, boleh buka dan tutup).Seterusnya kembali semula kepada pintu yang membawa kepada ruang mandi tadi tu. Kiranya pusing-pusing boleh tembus semula ke semua ruang gitchew


The pools section at Berjaya Times Square


Pssstt, saya tulis pools sebab memang ada 3 jenis kolam renang naaaaaaa. Bukan setakat Berjaya Times Square sahaja yang ada 3 wing/bahagian tau3. Kolam renang dia puuunnn boleh di bahagikan kepada 3 tau3. Yang mana di satu wing (hujung) ialah kolam renang kanak-kanak berkedalaman 1M, di tengah-tengahnya pula ialah kolam renang dewasa, dan di hujung (wing) yang satu lagi ialah sebuah lagi kolam kanak-kanak berkedalaman 2M. Kolam dewasa tu kalau tak silap berkedalaman standard (4M). Punyalah luuuaaaasss, punyalah panjang haaaaa. Nak berenang dari hujung sini ke hujung sinun memang boleh habis nyawa terus tau3


Macam-macam aksi sekupu-kupu selama 3 hari ber-pooling di Berjaya Times Square


Psssttt, dari petang 1st day, membawa ke pagi 2nd & 3rd day. Sekejap pool kanak-kanak, sekejap pool dewasa. Memang tawaf hujung ke hujung tau3. Saya seorang sahaja yang berehat di tepian kolam sambil jadi photog he3


Si Boboboy sakaaann dok melompat kebaboom kedebush


Boboboy nak ajar sekupu-kupu eh terjun, tapiiiiiii gagaaallll he3


View siang vs malam dari bilik apartment kami


Secara totalnya percutian kali ini memang beeeessttttt. Elements Service  Suite di Berjaya Times Square memang sesuai sangat untuk percutian keluarga bersama anak-anak tau3. So memang dah plan akan repeat lagi di masa akan datang. Next entry saya akan ceritera tentang jalan-jalan, foodies dan bermain di dalam kompleks Berjaya Times Square. Tungguuuuuuuuu......



~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment