Thursday, June 15, 2023

Mudahnya Home Made-kan Garlic Chilly Oil | Resipi D'Dapor

Mudahnya Home Made-kan Garlic Chilly Oil | Resipi D'Dapor

Mudahnya Home Made-kan Garlic Chilly Oil | Resipi D'Dapor | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Kali ini saya nak share dengan para pembaca semua resepi garlic chilly oil. Sejak-sejak dah tahu cara home made-kan garlic chilly oil niiiii, memang senantiasa saya akan top up stock eh kalau habis tau3. Dah macam kerasukan pula he3. Manakan tidaaakkk, boleh dikatakan garlic chilly oil ini merupakan penambah selera tau3. Memang sesuai untuk di makan dengan apa-apa jua jenis masakan. Tetapiiiii yang paling ngam semestinya dengan Bihun/Mee/Koe Teow Chinese Style Soup la tau3. Sebelum ini saya dah up Resepi Chinese Style Soup, so kali ini meh sini saya share pula resipi garlic chilly oil version saya naaaaaaaa. Ajiioomm layan ceritera resipi bergambar di bawahhhhh......


Home Made Garlic Chilly Oil


Bahan-bahanya:
Bawang putih, 2-3 labu, dicincang (lagi banyak lagi best bagi saya)
chilly flakes RM2-3 (yang jenis timbang di Tesco atau Giant)
Kiub ayam, 2nos
Minyak masak (agak-agak sehingga bahan-bahan tenggelam herlok)
Gula & garam secukup rasa

Cara-caranya:
Panaskan minyak di dalam kuali
Goreng bawang putih sehingga kuning keemasan (supaya rangup), angkat dan ketepikan sebentar
Perlahan api kepada minimum, dengan menggunakan minyak yang sama, goreng chilly flakes, masukkan kiub ayam, gula, dan garam
Rasa cukup manis masin, boleh masukkan bawang putih yang telah digoreng dan tutup api
Asyiiiaaappp


Pssstt, semasa proses menggoreng chilly flakes kena extra carefull naaa. Sebab ianya mudah hangit. Dek kerana itu juga, kita perlu perlahankan api kepada minimum dan apabila memasukkan chilly flakes dan minyak masih terlampau panas, sila alihkan kuali dari permukaan api sebentar. Ini bagi mengurangkan tahap panas minyak dan mengelakkan chilly flakes hangus. Tempoh dari masa memasukkan chilly flakes sehingga siap hanya sebentar sahaj iaitu 3-5minit sahaja tau3. Jangan dok goreng lama-lama pula naaa he3. Mudahkan nak buat our own home made garlic chilly oil?? Memang ianya mempunyai pelbagai guna dalam menambah perisa masakan kita tau3. Contohnyaaaaaaa....................
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Tadaaaaaaaaaaaaa



~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment