Friday, June 30, 2023

Kuah Lodeh Mudah & Sedap | Resipi D'Dapor

Kuah Lodeh Mudah & Sedap | Resipi D'Dapor

Kuah Lodeh Mudah & Sedap | Resipi D'Dapor | Assalammualaikum dah selamat petang semua. Alhamdulillah, kita telah diberikan kesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha semalam. Saya rasa masih sempat lagi untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua pemba blog saya ini. Hari ini merupakan hari tasyrik pertama, dan semestinya ramaaaiii akan terus membuat ibadah korban sehingga hari yang ketiga. Semoga amalan dan niat kita semua diredhai Allah, amiiinnnn.


Untuk hari raya Aidiladha tahun ini, saya tidak menyediakan apa-apa menu raya pun. Ini kerana cuti sehari ja weeeiii. So memang dah plan dengan Ayah eh dgn Boboboy eh, program raya kali ini, free adn easy sahaja. Dimulakan dengan sarapan simple dirumah di pagi raya dengan telur hancur & roti, then solat hari raya, then terus bergerak pulang ke Taiping untuk ziarah pusara arwah Opah eh, dah kemudian berkunjung ke rumah sanak saudara mana yang ada. Permulaannya, kami juga plan selepas ziarah raya, nak la lepak-lepak di Lake Garden, tetapiiiiiiii, tiada rezeki kerana hujan lebat ya amat petang ituuuuu. Makanya terus gerak kembali ke Penang dan kami akhiri dengan sesi movie watching cerita Transformers. Elok sampai rumah semalam pun dah dekat jam 11malam hooiii. Pagi ini Ibu dah kijeeeeee, sob3. Boboboy duduk rumah dengan Ayah. Seronok sakaaaann la si Boboboy tu spend time dengan Ayah eh berdua sahajaaaaaaa. Ibu tak tahulah apa nasib rumahku syurgaku itu bila balik nanti. Redhaaaaaa ja la, he3.


#eh, panjang pula bebelen lari tajuk saya hari ini he3. Sebenarnya tujuan entry hari ini saya nak berkongsi resepi mudah dan sedap kuah lodeh haaaaaaaa. Saya ni peminat lontong tau3. So wajiblah tahu masak kuah lodeh kan3. Kalau tak, tak jadilah melontong eh kan3 :P. So ajioooomm layan resepi mudah di bawah ini...........................................


Kuah lodeh mudah dan sedap by Mami Tepen


Bahan-bahannya:
fuchuk (direndam dalam air)
sohun (direndam dalam air)
kacang panjang (dipotong kecil)
tauhu (dipotong kecil)
tempe (dipotong & digoreng)
ikan bilis segenggam **
bawang kecil (1-2biji) **
bawang putih (3-4 ulas) **
halia seinci **
kunyit hidup seinci **
serai (sebatang, dititik)
daun kunyit (1-2helai, dicarik sedikit)
santan sepaket (anggaran RM3/RM4, 300/400g)


Cara penyediaan:
~ kisar / tumbuk halus bahan-bahan bertanda **
~ masukkan bahan kisar, daun kunyit, serai bersama sedikit air di dalam periuk dan didihkan
~ kemudian masukkan kacang panjang & masak seketika (dalam 5minit)
~ masukkan tauhu, fuchuk, sohun & tempe bersama santan
~ masak sehingga mendidih
~ perasakan secukupnya dengan garam dan asyiiiaaapppp
Psstt, sepertimana masak lemak cili api, begitulah juga ketika memasak masak lodeh, setelah santan dimasukkan, pastikan sentiasa timbuk kuah eh tuuuuu tau3. Ini bagi mengelakkan tercetusnya kepala santan. Macam yang saya ada share di dalam entry resepi masak lemak cili api


Tadaaaaaaaaaaaaaa
Lontongku di hari raya Aifilfitri 2023
Kuah lodeh + sambal bilis + rendang kerang + nasi impit


Pssstt, gambar di atas ada saya up dalam entry DI SINI. Resepi rendang kerang Perak pun saya dah ada up DI SINUN. Soooooo, selamat mencubaaaaaaa



~~~ The End ~~~

1 comment: