Friday, June 9, 2023

Sambungan : Corat Coret Ceritera Raya Keluarga Kecil Saya | Aidilfitri 2023

Sambungan : Corat Coret Ceritera Raya Keluarga Kecil Saya | Aidilfitri 2023

Sambungan : Corat Coret Ceritera Raya Keluarga Kecil Saya | Aidilfitri 2023 | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Sudah memasuki bulan Jun dah pun haaaaaaaa. Tapi ceritera Hari Raya Adilfitri 2023 pada April yang lepas masih belum habis dicoretkan lagi he3 :p. Jangankan kata kisah pada April tahun ni, kalau nak ikutkan, belambak lagi kisah yang masih belum sempat dikongsi di dalam blog dari tahun lepas lagi taaaaaaauuuu. Rasanya ada yang dari awal tahun lagi tau3 :P. Saborrrr jaaaa la dok menunggu dalam draft tu haaaaaa.


Baiklah, berbalik kepada entry hari ini, sebelum ini saya dah up entry ceritera Raya di SINI, iaitu kisah dari sebelum raya sehingga raya ke 7. So kali ini saya akan sambung ceritera dari hari raya ke 8 naaaaaaa, kiranya pada hari Sabtu. Seperti biasa, hari Sabtu merupakan family outing day kami 3 beranak. Makanya pada hari itu aktiviti kami anak beranak cuma seronok-seronok layankan si Boboboy seketul ituuuuuu. Ajiiooomm layan ceritera bergambar di bawah.



Brunch dengan mee longgok dari pasar Jelutong, dan makan nasi ayam di Adik Nasi Ayam Jelutong


Pssstt, raya ke 8 tu kami 3 beranak bangun lewat, so elok siap dah nak dekat jam 11pagi. Makanya terus cari port nak brunch ja la. Ayah eh nak ke Jelutong ja sebabnya, nak belikan si Boboboy tu peluru untuk pistol kabat dia. Makanya dapatlah mentapau mee longgok dulu dekat gerai uncle chinese muslim. Dah lupa dah nama kedai tu, dah lama tak dapat makan sebab ramai memanjang. Elok hari tu rezeki, memang tak dak orang, rupanya dah nak habis. Saya dapat yang finale punyaaaa, he3, rezeki, Alhamdulillah. Then Boboboy nak nasi ayam, so option yang ada dekat situ ialah Adik Nasi Ayam Jelutong. Kalau nak diikutkan, memang terkenal nasi ayam ni, orang ramaaaaiiii. Tapi sini bukanlah port kami untuk menikmati nasi ayam, sebab rasa tak berapa kena dengan tekak. Bukan kata tak sedap naaa, sedap tu sedap, tapi tak kena dengan selera kami gitchew. Setel brunch, kami teruskan dengan aktiviti riadah anak beranak pula


Riadah anak beranak di Prangin Mall dengan main bowling dan games


Psstt, sini memang port peberet kami anak beranak kalau nak enjoy macam-macam jenis games. Kiranya tempat ni ala-ala amusement park gitcew. Then depan dia ada bowling centre. Saya pernah up story tentang tempat ni di SINI. Setel riadah nak dekat jam 4 petang jugalah, so terus balik rumah


Elok sampai rumah dah lapar semula, so panaskan saja apa adanya dalam freezer, si rendang kerang dan ketupat pulut


Hasil tangpakan di pasar pagi Jelutong >>>>>>>>>> petaaaiiiii


Pssstt, memang mata petai besor-besor, makanya separuh nak buat sambal, separuh lagi kita jerukkan


Aktiviti malam di sambung dengan bermain mercun di tepian pantai Seagate


Hari Ahad, menu hari raya ke 9


Pssttt, memang plan untuk mengisi hari terakhir cuti dengan hanya rehat dan lepak dirumah sahaja. Saya juga masak chinese style soup untuk kami 3 beranak. Makanya silalah makan dari pagi ke tengah hari sehingga ke malam he3. So next day tu tamatlah cuti rasmi hari Raya Aidilfitri 2023 saya bersama keluarga. Isnin kembali berkerja dan rutin harian seperti biasa. Tetaapiiiiii, pada hujung minggu selepas itu, saya masih lagi menyediakan menu raya, dek kerana kakak tersayam nak datang rumah dan teringin sangat nak merasa menu masakan raya air tangan adik eh. Makanyaaaaa pada 6 May 2023, raya ke 15, terhasillah menu raya 
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Hari Sabtu, menu hari raya ke 15


Pssstt, menu as per requested by my kakak sayam ialah rendang kerang, nasi impit, kuah lodeh, sambal bilis, kelempung goreng kunyit




~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment