Friday, June 23, 2023

Tempat Best & Menarik Di Berjaya Times Square | JJCM & Pusat Hiburan Keluarga

Tempat Best & Menarik Di Berjaya Times Square | JJCM & Pusat Hiburan Keluarga

Tempat Best & Menarik Di Berjaya Times Square | JJCM & Pusat Hiburan Keluarga | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Dah alang-alang up entry kan3, ajiom kita perabeh teruih la ceritera Ibu & Boboboy 2023 Birthday Celebrations. Sebelum ini saya dah up full review lokasi staycation kami di SINI kan3, so kali ini saya akan sambung pula dengan ceritera aktiviti yang telah kami lakukan sepanjang 3H2M ituuuuu. Kiranya saya akan share dengan semua pembaca apakah yang best dan menariknya Berjaya Time Square ni haaaaaa. Nak tahuuuuu???? Ajiom kita teruskan ceritera bergambar dibawah.


Kami antara orang terawal tiba di Berjaya Times Square


Pssstt, time tu para cleaner baruuuu dok mula kerja-kerja pembersihan. Tak sampai pukul 7pagi pun lagi time tu tau3. Lampu dalam kompleks tu pun tak semunya dah dibuka tau3. Tuuuu nampak dop Maxis centre dekat belakang tuuu dok tutup rapat lagi haaaaa. Bila menghampiri jam 10pagi baruuuuulah beberapa stall di dalam kompleks itu mula nak beroperasi tau3. Nasib baiklah medan seleranya dah buka awal. Mungkin untuk staff makan sebelum masuk kerja kot. Makanya kami pun bersarapanlah 2 beranak

MAKAN BEST DI BERJAYA TIMES SQUARE

Sampai ke KL, mamak seketul tu setia dengan roti tisu eh


Pssstt, hat Penang morah dok makan sedia, pi KL tetap nak roti tisu nan mahaaaalll ittuuuuuu, he3. Harga sebenar dah lupa, tapi yang ingatnya jauuuhhh lebih mahal dari Penang la kan3. Nasib baik sedaakkksss he3. Nak diikutkan, dua kali kami makan di medan selera Berjaya Times Square ini tau3. Sarapan masa mula-mula tiba sekali, dan sekali lagi, makan malam sewaktu malam pertama itu. Tapinyaaaaaaa, tak sedap makanan malam tu, so saya tak mau review bergambar. Waktu itu kami memilih untuk makan nasi ayam hainan (untuk anak-anak), then me and my sistur pilih wonton noodle soup with dumpling. Nasi ayam tu rasa ok la, cuma ayam portion sikit. Yang paling mengecewakan wonton noodle soup itu, dumpling dia memang worst ever tau3. Potong terus bila makan. Nasib baik ambil semangkuk, dah la pricey juga, RM11 ka RM 12 entah, lupa dah. Memang blacklist la gerai tu. Ikutkan menu yang ada dekat food court tu tak banyak tapi quite variety, contohnya ada makanan mamak, arab, western, chinese, sizlings, wok fried, etc. Tema food court adalah Taste of Asia naaaa. 
v
v
v
v
v

Medan Selera, Berjaya Time Square
**gambar ehsan wesite Berjaya Time Square


Psssttt, food court ini terletak di level LG, west wing. Keluasan food court jua kecil ja, limited seating area, kalau nak compare dekat Sogo ka Pavi ka kan3. Price wise standard KL food court punya harga la noooo. Range harga plus minus RM10-RM30


Teppanyaki
**gambar ehsan wesite Berjaya Time Square


Psssttt, malam kedua kami 5 beranak dinner di Teppanyaki. Restoran ini terletak di tingkat 3, west wing. Saya ni kalau dah ke KL, wajiiiiibbbb makan tepanyaki tau3. Ater kat Penang belum jumpa lagi yang dijamin Halal. Saya pernah up entry Teppanyaki Sogo Food Garden dan Express Teppanyaki, Pavilion. At first, Tepanyaki Berjaya Times Square ni buat saya agak curiga tau3. Then saya confirmkan terus dengan kaunter restoran, dan diorang memang berterus terang tiada sijil Halal Jakim untuk restoran, tetapiii, semua food supplies are from Halal Jakim suppliers. Even ada notis clear tertampal di depan restoran dan di kaunter tentang perkara ini. Seterusnya just to double confirm, saya check listing dalam website Berjaya Time Square, bawah kategori F&B Halal, so baruuuuuu yakin dan berani makan


The menu


Fuji Snow, RM8.90


Psstttt, yang ni memaaanngg recommended untuk cuba taauuu. Sedaaaakkkkksss, sedaps sesungguhnya weeeeeeiii. Semangkuk ni kami makan 5 orang pun puas tau3. Grated ice dia setinggi gunung (dah nama pun Fuji kan3, mestilah tinggi :P), filling dia penuuuhhhhh. Maciam-maciam ada tau3. Kekacang kriuk2 ada, cendol ada, jagung ada, jelly ada, dan beberapa item yang lain yang saya tak dapat kenal pasti, tetapi sedap rasanya he3. Then tak kedekut perasa sungguh. Kalau tak silap dia pakai gula merah ka brown sugar ka apa entah dan rasa manis dia wangi2 sedaps tau3. Tak sama rasa macam gula putih and coloring biasa tu haaaa. Di tambah dengan susu cair secukupnya. Rasa memang thoooorrbaaeeeekk weeiii


Our choosen Teppanyaki for that day
Chicken teppanyaki set, RM16.90
Beef teppanyaki set, RM21.90


Pssstt, kami ambil chicken teppanyaki dan beef teppanyaki. Budak-budak ni sah-sah la akan go for the chicken kan, so me and my sistur pilih beef. Last-last hat beef kami pun budak-budak ni kenen he3. Standard la kalau teppanyaki set, mesti ada mix vege, dan nasi kan3. Apa yang saya perasan, one more additional item dalam set ini adalah ianya didatangkan bersama pickled radish juga tau3. Ok, komen saya tentang taste wise in total, teppanyaki dari Teppanyaki Berjaya Times Square ni ok2 ja rasa eh. Tapiiiiiiiii, ada satu side dish yang membuatkannya bertukar menjadi terbabooommmm delicious tau3. Iaitu sambal special eh tau3. Ni kira pestime saya makan teppanyaki yang ada side sambal, condiments tu tau3. Ikutkan ada cili potong kicap, then sambal, then pickled ginger. Rasa sambal ni macam masam2 pedas2 tapi tidak pedas sangat. Memang sedaaapp sangat2 makan bersama nasi, mix vege, beef/chicken teppanyaki tu tau3. Terus bertukar rasa the whole set tu. Saya terlupa pula nak snap gambar sambal eh tu haaaa. Yet still saya masih lagi stay dengan pilihan saya sebelum ini, the number one teppanyaki di hati saya ialah yang di food court Sogo


Antara pilihan lain JJCM 3H2M di Berjaya Times Square 

**gambar ehsan wesite Berjaya Time Square


Pssstt, dah nama pun stay 3H2M, sooooooo macam-macam la juga dapat makan dan penuhi permintaan tekak anak-anak kan3. Antaranya sah-sah la wajib ber-McD, ber-KFC dan ber-Pizza Hut kan3. Budak-budak memang sukaaaaa la this three foodies kan3. Subway pun anak-anak request jugaaaaaa. Ada yang kami makan di restoran, ada yang kami tapau bawa balk dan makan di dalam apartment. Kiranya bekalan makanan memang tak putus langsung he3. Itulah kelebihan tinggal diatas sebuah shopping complex, nak makan apa petik jaa, tapi poket kena tebal sikit he3. Seperti mana yang telah saya nyatakan di awal tadi, Berjaya Times Square ni memang besar ya amaaaaaattt. Dan terdapat banyaaaakk lagi foodies halal di dalamnya tau3. Dan semuaaa ini kami tak sempat torai he3. Contohnya seperti Dabuyo, 4 fingers, Chunz, Taste of Asia Cafe, Ayam Penyet Ria, Ayam Penyet Express, TCRS, A&W, Secret Resipe, Bungkus kaw kaw, Johnny's, Banana Bro, Boat Noodles, Street churros, Kenny Rogers Roasters, Empire Sushi, Sushi King, Hometown Hainan Coffee, Nandos, Starbucks, Cwtch Fish & Chips, Hadramat Express, Paradise Reyan,  Ah Cheng Laksa, Station kopitiam, dan banyaaaaakkk lagi. Sila tengok sendiri list details dalam website Berjaya Times Square, bawah kategori Food & Beverage (Halal)

TEMPAT RIADAH/HIBURAN MENARIK DI BERJAYA TIMES SQUARE

PLSC Kids World di tingkat 6, east wing

**gambar ehsan wesite Berjaya Time Square


Psssttt, seperti mana yang saya nyatakan di dalam entry saya yang sebelum ini, bebudaks sekupu-kupu tiga ketul ni masih kecil, so memang tak berbaloi la kalau nak masuk ke Theme Park Berjaya Times Square. Tetapi, jangan rissaaaaauuu, tak masuk theme park pun ada banyaaaaaaaaaaaaakkk lagi opsyen yang lain untuk seronokkan anak-anak tau3. Antaranya ialah PLSC Kids World ni laaaaaaa. Kiranya dekat sini ada section indoor go kart dan juga indoor play area, yang terletak side by side tau3. Yang go kart tu harga dia kira per-lap (berapa RM untuk berapa lap saya tak ingat dah). Tapi yang play area ni dia kira per day. Harga pun saya ingat-ingat lupa, tapi ada promo RM50 for 3 person. Once payment done, diorang akan bagi wrist band, so no hal nak keluar masuk berapa ratus kali pun, asalkan pada hari yang sama (which ada tarikh printed on the wrist band). Dan standard la mana-mana indoor playground kena pakai stokin kan3. Dan untuk penjaga boleh masuk duduk didalam menunggu dengan percuma naaaaaaa. Meh sini kita tengok serba sedikit view dalam indoor play area ni
v
v
v
v
v
v
v
v
v

The indoor play area, PLSC Kids World


Kerenah sekupu-kupu tiga ketul tu bermain sampai lebam


Pssstt, kami check in kemahen check in :P, di PLSC Kids World, ni dalam lepas zohor. Masuk sekejap, then keluar untuk lunch, masuk balik, keluar balik waktu asar dan have tea time, masuk balik, keluar time maghrib and have dinner also, then masuk balik, theeeenn dalam dekat jam 10malam baru keluar terus untuk balik ke apartment. Dok rasa-rasa dalam 8jam weeeeiiii dok keluar masuk keluar masuk. Then masa kami pergi tu hari Jumaat, weekdays so memang tiada orang langsung. Hanya lepas maghrib baru datang other 2-3kids. Masa anak-anak dok main, me and my sistur seghonoookk dok gosip dua beradik. Memang selesa menunggu di dalam ni. Anak depan mata main, kita duduk di waiting area betul-betul dekat dengan anak-anak tau3


**gambar ehsan wesite Berjaya Time Square

Antara riadah indoor lain yang ada di dalam Berjaya Time Square ialah seperti bowling, roller skate, archery, snooker, laser battle, bomb battle dan bersepah-sepah pusat game/elektronic machine etc tu haaaa. Owh, jangan lupaaa bagi yang berkemampuan, bolehlah cuba Berjaya Stimes Square Theme Park itu sendiri. So pilihlah dengan bijak ikut kesukaan dan poket masing-masing naaaaaa



~~~ The End ~~~

1 comment: