Thursday, November 24, 2022

Nasi Dalca Rahim vs Nasi Dalca Bawang vs Kedai Makan Ceri | Yang Mana Satu Pilihan Hati

Nasi Dalca Rahim vs Nasi Dalca Bawang vs Kedai Makan Ceri | Yang Mana Satu Pilihan Hati

Nasi Dalca Rahim vs Nasi Dalca Bawang vs Kedai Makan Ceri | Yang Mana Satu Pilihan Hati | Assalammualaikum dan selamat pagi. Entry kali ini berkesinambungan daripada WW semalam la naaaaa. Kiranya semalam tu ala-ala teaser bagi memperkenalkan port nasi dalca yang best di Pulau Pinang. Entry kali ini saya akan go into depth tentang perincian eh pulaaaa gitchew. 


Dah nama pun Pulau Pinang, syurga makanan kan3, so kalau nak diikutkan bersepah merata macam-macam gerai dan restoran yang menjual nasi dalca la kan3. Pulau Pinang ni selain syurga nasi kandar, syurga nasi beriani, syurga nasi tomato, ianya juga syurga nasi dalca he3. Apakah itu nasi dalca??? Ianya adalah nasi tumis yang dimakan bersama kuah dalca dan lauk pauk lain seperti ayam goreng, ayam masak merah, kurma daging/kambing telur rebus, dan lain-lain lagi. Nak kata nasi minyak bukan, nak kata nasi planta pun bukan, ianya adalah nasi dalca. Faham ka tak faham???? Buat-buat ja la faham noooo. Kalau betul-betul nak lebih faham kena datang Penang dan cuba sendiri nasi dalca Penang :P, he3.


Deduluuuu, zaman masih belajar degree di USM, saya memang hantu nasi dalca Kassim Mustafa. Sehinggalah masa sambung master (masih di USM), saya dah mula stop makan di Kassim Mustafa dek kerana harganya yang dah memang mencekik. Iyerla, time tu dia dah mula viral, dah ramai orang luar dok serbu. Beratur punya panjang, berejam-jam semua sanggup demi sepinggan nasi dalca. Saya memang tak laaaaa :P. Sehingga sekarang saya masih tidak makan di Kassim Mustafa dah weeeiii. Sekarang ni kalau lalu di restoran dia, dah kuraaaaanngg sangat orang. Pakat lari habis la kot sebab dah kena sembelih kaw kaw :P. 


Semasa mula berkawan dengan Mr Hubby (masa sambung PhD, dan masih di USM juga :P), dialah yang memperkenalkan sebuah port nasi dalca original Penang kepada saya. Selepas kali pertama itu, saya telah jatuh cinta (bukan jatuh cinta dengan Mr Hubby lagi tau3), jatuh cinta dengan Nasi Dalca Rahim, yang terletak di Georgetown :P. Dan ianya menjadi port dating dinner kami berdua he3. Kemudiannya selepas berkahwin, kami jumpa satu lagi port baru nasi dalca di Bayan Lepas, iaitu Nasi Dalca Bawang. Kemudiannya setelah ada Boboboy seketul tu, kami menghantui port seterusnya iaitu nasi dalca di Kedai Makan Ceri, Georgetown. BTW, selain tiga restoran/gerai ini, ada banyaaaakkk lagi kedai/restoran lain yang menjual nasi dalca yang kami pernah makan la naaaa, tapiiiii hanya tiga ni yang paling terkesan di hati gitchew. Ajiom layan ceritera bergambar keenakkan nasi dalca mereka ini, he3.


Ninjiiaaaa nasi dalca dari gerai Nasi Dalca Rahim


Psssttt, nasi dalca ni dia mempunyai aromanya yang tersendiri. Kiranya kalau anda melintas atau melalui berhampiran gerainya anda pasti akn tertarik dan terikut-ikut punca aroma nasi dalca itu tau3. Kalau dah bau, tak sah la tak singgah tema eh. Nampak simple ja nasi eh, tapi paduuuuuu rasa dia weeii. Lagi satu, kalau di Nasi Dalca Rahim ni, killer menu dia adalah sambal kelapa eh, ayam goreng eh, kuah pedas eh dan yang utama adalah dalca lemak kambing eh hooiiiiiii
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Tadaaaaaaaa, dalca lemak kambing terpadu di alam semesta gitcheeww


Psssstt, setahu saya dalca lemak kambing ini hanya boleh didapati di Nasi Dalca Rahim ja tau3. Dah lebih 20 tahun saya tinggal di Penang, tak pernah tahu lagi tempat lain yang ada menu seperti ini tau3. Mr Hubby yang memang lahir di Penang pun kata hanya di sini ada menu ni haaaa. Semua orang tahu, nak masak daging kambing bukan boleh sesuka hati ja, tak semua orang boleh masak menu kambing, dek kerana baunya kan3. Tambah la kalau nak masak lemak kambing tu kan3. Tapi Nasi Dalca Rahim nailed it weeeii. Sedaaapp tak taaaaauuu nak habbiiaaqqq hooii dalca lemak kambing dia ni weeeiii. Ni saya tengok gambar ni, saya sendiri teliur weeeii. Si Boboboy seketul tu pun peminat kuah dalca ni tau3, walaupun dia bukan makan lemak kambing itu, tapi kuah dalca dia memang tersangat sedap dek kerana penggunaan lemak kambing tu tau3


Gerai Nasi Dalca Rahim, Queen Street, Georgetown


Nasi dalca Boboboy dari gerai Nasi Dalca Bawang


Nasi dalca Ibu dari gerai Nasi Dalca Bawang


Psssstt, kami sekeluarga mula makan disini kerana terbau aroma nasi dari gerai ini sewaktu melalui jalan berhampiran gerai ini tau3. Gerai ini mulanya beroperasi berdekatan dengan tapak pasar malam Bayan Lepas. Selepas itu ia berpindah ke dalam kompleks makanan MPPP, sehinggalah sekarang. Kelainan nasi dalca disini adalah bawang goreng eh tu haaaa, serta lauk pauknya. Apa yang saya boleh katakan, lauknya lebih ke arah kemelayuan berbanding Nasi Dalca Rahim yang pure mamak. Antara lauk yang kami minati adalah ayam goreng (semestinya), ayam masak merah, telur sotong, dan juga kurma


Gerai Nasi Dalca Bawang, Jalan Rajawali, Bayan Lepas



Kedai Makan Ceri, Jalan Tramway, Georgetown


Psssttt, yang ini baru menjadi kegilaan kami anak beranak dalam 2-3 tahun kebelakangan ini. Sebenarnya, Mr Hubby memang dah makan di gerai ini dari dia kecil, tapi kami ni yang baru sahaja cuba makan disini naaaa. Iyerlah kalau nak diikutkan, merata alam lagi gerai original Penang yang kami belum cuba weeeiii. Untuk perincian kedai makan ini, nantikan next entry. Sebabnya saya belum berkesempatan untuk snap gambar gerai dan menu dari gerai ini :P. Asyik beli makan terus, lupa selalu nak tangkap gambar he3. Sebagai teaser meh sini saya beritahu killer menu disini ialah sambal kelapa eh, telur ikan eh, masak kerang eh dan kari bawal eh. So tungguuuuuuu naaaaaaa 



~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment