Friday, August 25, 2023

China Muslim Restaurants | Chinese Halal Foods Di Penang

China Muslim Restaurants | Chinese Halal Foods Di Penang | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Meh sini saya share satu port makanan halal chinese foods yang ada di Penang ni haaaa. Sebenarnya dah lama dah saya makan di restoran ini tau3, sejak tahun 2014 macam tu. Sebabnya masa itu restoran ini terletak di bawah ofis saya sahaja. So time lunch kadang-kadang makan sini, kurang-kurang pun seminggu sekali tau3. Sebabnya ketageh he3.


Apa yang best sangat-sangat disini time tu ialah nasi goreng daging eh dan juga mee tarik daging eh tau3. Sebabnya dah nama pun lunch waktu berkerja, sah-sah kena cari menu mesra poket kan3. Menu ni sahaja yang harganya mesra poket iaitu hanya dalam RM6/7 macam tu. Dah la murah, di dalam nasi dan mee tarik tu, isi daging yang lembut, berjus, dan wangiiiiiii bau daging memang bersepah-sepah tau3. Seriously daging eh dekat sini lain tau rasa dan baunya. Sedaaaaappp, tak tau nak haabbiiiaaqq. Daging dekat sini sama rasanya macam yang saya pernah makan sewaktu ke negara Taiwan dan China, yang mana kami ke restoran Halal di sana. So, setiap kali makan disini memang terubat rindu makanan di sana tau3. Saya tak sure la pula jika daging yang digunakan disini memang diimport dari sana ataupun tidak tau3. Tapi rasa sama dan sungguh sedap di tekak saya. 


Sebenarnya, kalau nak diikutkan, menu masakan yang lain di CMR ini pricey tau3. Itu kalau menu yang dipilih adalah set menu hidang untuk makan secara berkumpulan. Menunya ialah masakan panas berhidang, dengan nasi dan lauk pauk chinese style cooking. Contohnya seperti ikan, itik, ayam, kambing, makanan laut, sayuran yang dimasak secara chinese style cooking seperti steam, goreng rangup, goreng/masak pedas, goreng berepmah, masak teh cina bersos, sweet sour, masak berempah, masak jintan, masak lada hitam, masak sos tiram, sup, sup herba dan banyaaakkk lagi la jenis masakan. Kiranya boleh pilih ala carte specific menu yang dikehendaki ataupun ambil yang memang dah siap dalam set. Minimum sekali makan pun sah-sah beratus-raus kalau 3-4org makan tau3. 


Setelah lebih dari 5tahun tidak menjejakkan kaki ke Restoram CMR ini, akhirnyaaaa baru-baru ini kami sekeluarga singgah untuk makan. Itupun sekadar untuk lapik perut sahaja motifnya. Memang aimed untuk makan mee tarik dan nasi goreng. Tetaaaaappiiii, agak kuciwaaaa kerana sudah tiada nasi goreng daging yang kucintai ituuuuuuu. Menu terbaru yang ada ialah dimsum dan dumpling. So ajiiooomm layan ceritera bergambar di bawah, review peribadi dari kami untuk pengalaman menikmati menu makanan di Restoran CMR.


China Muslim Restaurants, Bayan Baru


Pssstt, kaedah pesanan dengan tandakan apa yang dingini di dalam form seperti di atas. Pass kepada pelayan dan tunggu makanan anda dihidangkan, setel. Mudah dan efektif


Prawn dumpling, RM 7/set


Psstttt, menu ni memang sedap nak matiiiiiii. Seriously saya suka sangat-sangat. Sebenarnya, pada mulanya saya tidaklah meletakkan harapan tinggi untuk menu ini. Ini adalah kerana diawalnya saya melihat sos pencicah yang dibekalkan itu seperti sos cili botol tu haaaaa. Memang frust rasa time tu. Sebab saya ni kalau ke restoran makanan chinese foods ini, memang mengharapkan untuk menikmati garlic chilly oil la kan3. Tup2 tengok dapat seperti sos avodo, so frust laa. Itulah orang kata, don't judge the book by it's cover. Sekali, pabila saya cicah prawn dumpling itu kedalam sos dan merasainya, peeerrghhhh, sedap nak matik sos itu. Dumpling tu memang dah sedap dek kerana panas-panas, isinya fresh, siap ada ketulan udang, dan pabila dicicah dengan sos itu terus rasanya menjadi bombastik tau3. Seriously memang wajib makan kalau ke CMR tau3


Mee tarik goreng daging (Beef Fried Lamian) RM12 dan Nasi goreng Yang Zhou RM10


Pssttt, nasi goreng itu macam nasi goreng cina. Menu ini menu Boboboy seketul. Walaupun habis licin anak seketul Ibu Ayah makan, tetapiiiiiiii, memang tak rekemen la untuk ambil menu ini tau3. Rasa nasi kosong, isinya juga kosong. Jangankan seketul isi ayam secoet nak ada dalam nasi itu, telur pecah dalam tu pun jenuh cari baru jumpa weeiii. Dengan harganya memang tak berbaloi langsung. Haaa, untuk mee tarik tu pula, kami sukaaaaaa. Seddaaapppp nak matik juga, sama seperti prawn dumpling itu. Gravynya penuh rasa manis daging, walaupun hirisan daging dalam sepinggan mee tu hanya dalam 5-6 hiris. So saya rekemen juga untuk try menu ini


Air ambra asamko RM8 dan air longan RM5


Psssttt, untuk air ini pula, ambra asam ko memang sedap, dan air longan tu out terus. Takda rasa langsung, macam air masak, cumanya dapat sebiji setengah hirisan buah longan didalam itu



~~~ The End ~~~

0

Thursday, August 24, 2023

CTY Aquatic & Pet | Pusat Sehenti Bagi Pencinta Haiwan

CTY Aquatic & Pet | Pusat Sehenti Bagi Pencinta Haiwan | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Untuk entry kali ini saya nak share satu lokasi riadah yang mesra haiwan di Penang. Chew Thean Yeang Aquatic & Pet (CTY), yang terletak di Jalan Burma, George Town.


Sebenarnya dah lama dah CTY ini bertapak di bumi Penang (ceewaahhh). Sebenarnya, saya mula menjejakkan kaki ke kedai ini semasa zaman cintan cintun dengan Mr Hubby. Back on the year of 2009, kira-kira 14tahun yang lepas. Mr Hubby pula katanya, memang ke kedai ini sedari dia kecil (sekolah rendah) tau3. Haaa, nampak dak betapa lamanya kedai ini sudah mula beroperasi. Cuma yang bezanya ialah, dulu kedainya kecil sahaja, sekarang memang sebesar-besarnya dan siap ada cawangan lagi tau3. Dulu hanya menjual keperluan binatang peliharaan, sekarang sudah siap ada pet center, pets hotel, aquatic corner dan aquarium showroom tau3. Sesiapa sahaja yang memasuki HQ CTY di Jalan Burmah pasti akn terpegun. Sekali masuk tak habis sejam dua, pasti tak sah tau3.


Baiklah, untuk enrty kali ini saya nak share tentang satu tarikan di petting zone di CTY, yang ala-ala seperti mini zoo. Yang mana ianya terletak di tingkat dua.  Untuk memasukinya juga akan dikenakan bayaran tiket tau3. Dah lupa dah harganya, tapi tak mahal pun, bawah dari RM5/per person. Dalam bahagian ini, kita bukan sahaja dapat melihat, malahan kita dapat berinteraksi sevara terus dengan petting kesemua haiwan yang ada tu tau3. Dan tiada had masa ditetapkan, cumanya bila dah keluar tu, nak masuk semula kena bayar semula la naaaaaaaaa :P. Ajiiooomm layan ceritera bergambar di bawah.


Ada bahagian petting rabbit


Ada bahagian petting untuk haiwan seperti hamster, landak kecil (hedgehog), iguana, sesumpah dan haiwan amfibia yang lain (katak, etc)


Ada bahagian petting untuk musang kecil


Dan bahagian paling besar ialah untuk petting zone kucing




~~~ The End ~~~

0

Wednesday, August 23, 2023

Random Photosssssss | Wordless Wednesday #17/2023

Random Photosssssss | Wordless Wednesday #17/2023 | Assalammualaikum dan selamat pagi Rabu semuaaaa. Ajiom layan WW dari ENTRY INI dengan entry hari ini.............


Nasi itik, nasi ayam & nasi goreng di Queens Hall, Queens Bay Mall


Ayam panggang lada hitam, Ayamas


Nasi Ikan Bawal Bawah Pokok Sawit, Juru


Nasi kandar Ali Ameir


Nasi kandar Restoran Subaidah USM


Nasi Dalcha Rahim


La Bohome, Queensbay Mall


Borong lokching


Harum manis Perlis vs harum manis Kemboja



~~~ The End ~~~

0

Thursday, August 17, 2023

BBQ Bounty Buffet Dinner Di Amaya Food Gallery | Amari SPICE Penang Friday & Saturday Buffet Dinner

BBQ Bounty Buffet Dinner Di Amaya Food Gallery | Amari SPICE Penang Friday & Saturday Buffet Dinner | Assalammualaikum dan selamat pagi Khamis semua. Kita semakin menghampiri hujung minggu sekali lagi kan3. Semestinya ianya merupakan waktu untuk dipenuhi bersama yang tersayang. Pekongsian saya kali ini semestinya dinanti-nantikan bagi para pembaca setia semua. Iyerlah, semuanya pasti teruja untuk mengetahui lebih lanjut tentang tawaran terkini buffet makan malam di sebuah lagi hotel bertaraf lima bintang di Pulau Pinang ini kan3. 


Amari SPICE Penang telah memulakan operasinya pada tahun 2022, dan ianya merupakan sebuah hotel di bawah naungan The Amari dan pengurusan ONYX Hospitality Group. Anda pasti akan terpaku tatkala melangkah masuk ke ruangan lobinya. Rekaan hiasan dalaman yang menggamit pengunjung, adalah terhasil daripada konsep kotemporari yang diimaginasikan semula dari akar umbi budaya Thailand tau3, yang mana The Amari bermula. Selain itu, keunikannya juga terletak pada haruman memikat yang merupakan signature scented bagi setiap hotel di bawah jenama The Amari. Sememangnya ianya berada di dalam kelasnya tersendiri. 


Kini hotel ini telahpun mendapatkan pengiktirafan siji HALAL bagi semua dapurnya, dan ini termasuklah bagi Amaya Food Gallery, yang merupakan sebuah lokasi buffet makan malam yang digemari di kawasan Bayan Lepas secara khususnya. Dengan ini, barisan team chef kulinari Amaya Food Gallery telah menyediakan aneka pilihan buffet untuk para pengunjung. Inilah dia peluang dan ruang untuk bersama-sama menikmati tawaran menu makanan yang menyelerakan bersama keluarga dan sahabat handai dikala hujung minggu. Rekaan hiasan dalam Amaya Food Gallery turut merupakan hasil gabungan rekaan kotemporari dan keanggunan jalinan pengcahayaan semulajadi dari dinding kacanya (floor-to-ceiling). Ditambah pula dengan kesan pengcahayaan lampu yang membangkitkan suasana yang indah dikala malam menjelang. Inilah yang menjadikan Amaya Food Gallery sebuah restoran all-day dining tau3. 


Secara keseluruhannya, Amaya Food Gallery menawarkan hidangan menu masakan antarabangsa east-meets-west, masakan terkenal tempatan, serta diselitkan juga unsur masakan Thai. Terkini, Amaya Food Gallery, menampilkan tema buffet makan malam terbaru pada hari Jumaat dan Sabtu, iaitu BBQ Bounty Buffet Dinner. Apakaaahhhh yang isimewanya?? Haaa, meh sini saya share secara terperinci dengan gambar berceritera di bawah.


Amaya Food Gallery, Amari SPICE Penang


PEMBUKA SELERA

Seafood On Ice

Aneka barisan makanan laut seperti udang, kupang hijau&hitam, tiram, kupang buluh, scallops, snow crab, spanner crab, yabbies dan abalone


Pssttt, pabila mata terpandang sahaja deretan makanan laut (raw seafoods) di bahagian seafood on ice ini, pastinya memang akan teruja, terkagum dan terkesima. Memang betul-betul eksklusif barisan makanan  laut yang ditawarkan tau3. Ada yang pernah kita lihat, ada yang jarang kita lihat serta ada yang memang tidak pernah kita lihat. Contohnya, ini memang merupakan pertama kali seumur hidup saya dapat melihat di depan mata spanner crab itu. Yabbies itu pula dah lamaaaaa saya tidak bersua muka he3:P. Tu segala jenis tiram tu pun ada berjenis-jenis yang berbeza tau3. Memang rambang maaaaataaaaaaa


Japanese Selection

Barisan Sashimi (Maguro, tako & salmon) dan sushi (Makizuchi, futo maki, gunkan maki, inarisuhi, kamo sushi dan banyak lagi) bersama sides seperti shoyu, wasabi, radish, dan pickled ginger


Psssttt, ini merupakan antara hot items naaaa. Segala sashimi itu, segala sushi itu dan segala maki itu memang menjadi rebutan. Back to back kitchen team kena refill lagi dan lagi dan lagi, he3. Manakan tidak, semuaaaaa fresh dan enak 


Premix Salad

Pilihan seperti som tum, thai beef salad, coleslaw with raisin, tuna salad, cold pasta salad, hawaian salad dan potato salad


Salad Bar

Aneka jenis salad bersama pilihan dressings dan condiments


Buah-buahan Segar, Jeruk Pak Ali dan Cold Cuts&Cheese Board

Aneka jenis buah-buahan segar, jeruk buah Penang serta Cold Cuts&Cheese Board



AMAYA SHOW KITCHEN

Soups

Dua jenis pilihan sup yang berasaskan makanan laut iaitu seafood chowder dan seafood tom yam, bersama aneka pilihan jenis roti


Pssstt, satu sup sejenis yang berkrim, satu lagi jenis yang pedas masam. Pilihlah ikut anak tekak masing-masing, gitchew. Kalau mampu, silalah nikmati kedua-duanya, supaya tidak menyesal dikemudian hari :P he3


Nasi kukus, nasi goreng XO dan juga char kway teow kerang


From Chinese Kitchen

Menu seperti boneless chicken with bbq sauce, udang goreng oatmeal, siakap masam manis dan sayur campur bersama cendawan


Weekend's Kawah Dish

Menu yang ditawarkan adalah asam pedas daging tetel, masak lemak cili api siput (escargot), serta sambal udang


Psssttt, menu di bahagian ini adalah merupakan chef specialities tau3. Sooooooo, sila jangan skip untuk cuba setiap satunya naaaaaa. Dijamin tidak akan menyesal, bahkan akan teringat-ingat tau3


Chef Prak Muan - The Thai Cuisine Specialist

Menunya adalah Thai garlic & pepper fried crab, Thai otak otak seafood, Thai Bangkok steamed seafood, dan Thai squid with dried curry paste


Psssttt, bahagian ini sekali lagi merupakan sebuah karya terunggul Chef Amaya Food Gallery, dan ianya mengkhususkan kepada makanan dari negara Thailand. Inginkan masakan dengan citarasa Thai?? Sudah tidak perlu ke negara jiran itu lagi, hanya perlu ke Amaya Food Gallery, dan your cravings will be satisfied, gitchew he3


International Hot Spread

Bahagian ini membariskan menu seperti seafood jambalaya, mutton masala, braised mussels aglio olio, dan fish and chip with tartar sauce



BARBEQUE AT AMAYA TERRACE PARK

Carving Station

Membariskan menu seperti roasted rib eye, boneless lamb leg, dan ayam percik


Dilengkapkan juga dengan menu garlic mashed potato serta macaroni and cheese


From Josper Hybrid Oven

Pilihan makanan laut yang dipanggang dan digrill adalah seperti slipper lobster, ketam, udang, ikan jenahak, serta fingernail clam


Terdapat juga sayuran panggang, jagung bakar, terung bakar, labu panggang, serta dilengkapkan dengan aneka piliha sos dan juga gravy seperti sos lada hitam, sos cendawan, sos smocked bbq, creamy garlic sauce dan air asam jawa


ASIAN SECTION

Menawarkan dua jenis pilihan sup iaitu seafood moi sup dan juga steamed seafood hot bowl


Psssttt, untuk bahagian ini, ianya disediakan mengikut permintaan naaaa. Anda hanya perlu ambil mangkuk, pilih apa sahaja item yang ada inginkan. Yang mana antara item yang ada ialah flower crab, spanner crab, kerang, kepah, sotong, udang, abalon, scallops, mussels, isi ikan, serta aneka jenis sayur. Seterusnya, buat pilihan sama ada hendak makan bersama moi ataupun sup sahaja, dan ianya akan disediakan panas-panas di hadapan anda. Sebagai penambah perisa, terdapat juga aneka pilihan sos, seperti sos cili, sos cili hijau, sweet sauce dan garlic oil



PENCUCI MULUT

Barisan pencuci mulut dari pastry kitchen, seperti chocolate fountain, aneka jenis aiskrim, ABC, aneka jenis kek, cup cake, tart, moussse, puding, candies, buah-buahan potong serta kuih traditional Melayu


Dan, tadaaaaaaaaaaaaaaa.....

v

v

v

v

v

v

v

v

Bertingkek-tingkek menunya :P


Pssttt, secara keseluruhannya, BBQ Bounty Buffet Dinner di Amaya Food Gallery merupakan sorgaaaaaa makanan laut tau3. Memang rambang selera betul dengan segala menu makanan laut yang ada. Toleh kiri makanan laut, toleh kanan makanan laut, toleh belakang makananan laut, toleh belakang pun makanan laut tau3. Dari pilihan menu yang mentah (raw), hinggalah ke menu yang dimasak. So sememangnya this is the best place for all seafoods lovers out there he3. Tetapiiiiiiii, jangan risau, jangan gundah gulana, bagi mereka yang tidaklah berapa in-to seafoods, BBQ Bounty Buffet Dinner di Amaya Food Gallery, tetap menawarkan menu lain yang semestinya juga akan menambat citarasa anda tau3. Bagi say secara personal, antara semuaaaaaaaa binatang laut dan darat serta menu yang ditawarkan seperti di atas ini, yang paliiiinggg terpahat di hati ialah mussels raw, 
salmon sashimi, mako sushi, fish&chip,  asam pedas daging tetel, masak lemak cili api siput (escargot), roasted rib eye, boneless lamb leg, aiskrim potong dan chocolate fountain itu.  So, jangan tunggu lagi, segeralah tempah tempat duduk anda. Meh sini saya belanja details dibawah sebagai rujukan anda:

v

v

v



Selain BBQ Bounty Buffet Dinner ini, Amaya Food Gallery, Amari SPICE Penang turut menawarkan beberapa pilihan buffet makan malam dan makan tengah hari yang lain tau3. Sama menarik, sama istimewanya. Boleh rujuk details dibawah ini juga yaaaaaaaaa









Penutup entry dengan gambar sekeping puan blog di dalam tandas Amari SPICE Penang yang sengaaattt santeeeeeeekkkkkkk. :P he3




~~~ The End ~~~

0