Friday, August 25, 2023

China Muslim Restaurants | Chinese Halal Foods Di Penang

China Muslim Restaurants | Chinese Halal Foods Di Penang

China Muslim Restaurants | Chinese Halal Foods Di Penang | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Meh sini saya share satu port makanan halal chinese foods yang ada di Penang ni haaaa. Sebenarnya dah lama dah saya makan di restoran ini tau3, sejak tahun 2014 macam tu. Sebabnya masa itu restoran ini terletak di bawah ofis saya sahaja. So time lunch kadang-kadang makan sini, kurang-kurang pun seminggu sekali tau3. Sebabnya ketageh he3.


Apa yang best sangat-sangat disini time tu ialah nasi goreng daging eh dan juga mee tarik daging eh tau3. Sebabnya dah nama pun lunch waktu berkerja, sah-sah kena cari menu mesra poket kan3. Menu ni sahaja yang harganya mesra poket iaitu hanya dalam RM6/7 macam tu. Dah la murah, di dalam nasi dan mee tarik tu, isi daging yang lembut, berjus, dan wangiiiiiii bau daging memang bersepah-sepah tau3. Seriously daging eh dekat sini lain tau rasa dan baunya. Sedaaaaappp, tak tau nak haabbiiiaaqq. Daging dekat sini sama rasanya macam yang saya pernah makan sewaktu ke negara Taiwan dan China, yang mana kami ke restoran Halal di sana. So, setiap kali makan disini memang terubat rindu makanan di sana tau3. Saya tak sure la pula jika daging yang digunakan disini memang diimport dari sana ataupun tidak tau3. Tapi rasa sama dan sungguh sedap di tekak saya. 


Sebenarnya, kalau nak diikutkan, menu masakan yang lain di CMR ini pricey tau3. Itu kalau menu yang dipilih adalah set menu hidang untuk makan secara berkumpulan. Menunya ialah masakan panas berhidang, dengan nasi dan lauk pauk chinese style cooking. Contohnya seperti ikan, itik, ayam, kambing, makanan laut, sayuran yang dimasak secara chinese style cooking seperti steam, goreng rangup, goreng/masak pedas, goreng berepmah, masak teh cina bersos, sweet sour, masak berempah, masak jintan, masak lada hitam, masak sos tiram, sup, sup herba dan banyaaakkk lagi la jenis masakan. Kiranya boleh pilih ala carte specific menu yang dikehendaki ataupun ambil yang memang dah siap dalam set. Minimum sekali makan pun sah-sah beratus-raus kalau 3-4org makan tau3. 


Setelah lebih dari 5tahun tidak menjejakkan kaki ke Restoram CMR ini, akhirnyaaaa baru-baru ini kami sekeluarga singgah untuk makan. Itupun sekadar untuk lapik perut sahaja motifnya. Memang aimed untuk makan mee tarik dan nasi goreng. Tetaaaaappiiii, agak kuciwaaaa kerana sudah tiada nasi goreng daging yang kucintai ituuuuuuu. Menu terbaru yang ada ialah dimsum dan dumpling. So ajiiooomm layan ceritera bergambar di bawah, review peribadi dari kami untuk pengalaman menikmati menu makanan di Restoran CMR.


China Muslim Restaurants, Bayan Baru


Pssstt, kaedah pesanan dengan tandakan apa yang dingini di dalam form seperti di atas. Pass kepada pelayan dan tunggu makanan anda dihidangkan, setel. Mudah dan efektif


Prawn dumpling, RM 7/set


Psstttt, menu ni memang sedap nak matiiiiiii. Seriously saya suka sangat-sangat. Sebenarnya, pada mulanya saya tidaklah meletakkan harapan tinggi untuk menu ini. Ini adalah kerana diawalnya saya melihat sos pencicah yang dibekalkan itu seperti sos cili botol tu haaaaa. Memang frust rasa time tu. Sebab saya ni kalau ke restoran makanan chinese foods ini, memang mengharapkan untuk menikmati garlic chilly oil la kan3. Tup2 tengok dapat seperti sos avodo, so frust laa. Itulah orang kata, don't judge the book by it's cover. Sekali, pabila saya cicah prawn dumpling itu kedalam sos dan merasainya, peeerrghhhh, sedap nak matik sos itu. Dumpling tu memang dah sedap dek kerana panas-panas, isinya fresh, siap ada ketulan udang, dan pabila dicicah dengan sos itu terus rasanya menjadi bombastik tau3. Seriously memang wajib makan kalau ke CMR tau3


Mee tarik goreng daging (Beef Fried Lamian) RM12 dan Nasi goreng Yang Zhou RM10


Pssttt, nasi goreng itu macam nasi goreng cina. Menu ini menu Boboboy seketul. Walaupun habis licin anak seketul Ibu Ayah makan, tetapiiiiiiii, memang tak rekemen la untuk ambil menu ini tau3. Rasa nasi kosong, isinya juga kosong. Jangankan seketul isi ayam secoet nak ada dalam nasi itu, telur pecah dalam tu pun jenuh cari baru jumpa weeiii. Dengan harganya memang tak berbaloi langsung. Haaa, untuk mee tarik tu pula, kami sukaaaaaa. Seddaaapppp nak matik juga, sama seperti prawn dumpling itu. Gravynya penuh rasa manis daging, walaupun hirisan daging dalam sepinggan mee tu hanya dalam 5-6 hiris. So saya rekemen juga untuk try menu ini


Air ambra asamko RM8 dan air longan RM5


Psssttt, untuk air ini pula, ambra asam ko memang sedap, dan air longan tu out terus. Takda rasa langsung, macam air masak, cumanya dapat sebiji setengah hirisan buah longan didalam itu



~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment