Citadines Connect Georgetown Penang | Tempat Penginapan Menarik Di Pulau Pinang
Citadines Connect Georgetown Penang | Tempat Penginapan Menarik Di Pulau Pinang | Assalammualaikum dan selamat petang Jumaat semua. Sekali lagi kita telah tiba di hari terakhir berkerja bagi minggu ini, dan seterusnya kita akan menikmati cuti hujung minggu bersama keluarga tersayang. Alhamdulillah, syukur dengan kesempatan dan anugerah oleh Allah atas segala nikmatnya. So, apa perancangan anda semua untuk minggu ini???? Semestinya antara yang di dalam list adalah bercuti ataupun jalan-jalan cari makan kan3????
Haaa, apa kata meh sini saya share sebuah lokasi terkini yang patut masuk di dalam list percutian anda apabila berkunjung ke pulau Mutiara, pulau bersejarah, Pulau Pinang. Tidak kiralah ianya sekadar percutian singkat hujung minggu mahupun ianya merupakan percutian jangka panjang. Tidak kira juga sama ada ianya merupakan percutian romantik berdua bersama pasangan, ataupun percutian keluaga termasuk anak-anak, ataupuuunn merupakan satu trip rasmi/kerja/perniagaan. Inilah dia hotel yang pastinya akan membuatkan penginapana anda sebuah pengalaman yang menarik.
Namanya saja sudah cukup menyerlahkan keunikannya dan menjadi daya tarikan untuk dikenali lebih lagi, Citadines Connect Georgetown Penang. Terletak di tengah-tengah kota bandaraya Georgetown, ibu negeri Pulau Pinang ataupun dengan bahasa mudahnya 'heart of the island', haa gitchheewww. Dikelilingi dengan pelbagai tarikan dan kemudahan, seperti pusat bersejarah, shopping complex, supermarket, restaurants, cafe, hawker shops, pusat hiburan (malam). Meh sini saya share beberapa tarikan utama, antaranya ialah Prangin Mall, 1st Avenue, KOMTAR, Gama, The Top Penang Theme Park, Tech Dome Penang, Rainbow Skywalk, Hin Bus Depot, Sup Hameed, Deen Maju Nasi Kandar, Rumah Kacha, Komtar Walk, dan banyaaaakkk lagiii. Kalau nak senarai semua memang jenuhlah kan3. Dan semuuuuaaaaaa ini hanya dalam 1-5 minit berjalan kaki dari hotel taaaaauuuuuu.
Citadines Connect Georgetown Penang
Psstt, bangunannya berkonsepkan warna putih dan mengekalkan ciri-ciri sejarah bangunan lama pastinya menarik setiap mata yang memandang
LOBBY
Kaunter resepsi dan juga ruangan menunggu di lobi
Pssstt, simple yet elegant. Ada ciri-ciri moden, dan semestinya ada sentuhan 'green' ya. Pabila melangkah masuk keruangan ini memang terasa welcomed and cosy
LOBBY LOUNGE
Lobby lounge di Citadines Connect Georgetown Penang
Psstt, terletak bersebelahan dengan ruangan lobi / kaunter resepsi. Masih mengekalkan hiasan dalaman dengan sentuhan yang sama iaitu simple yet elegant. Ada ciri-ciri moden, dan juga sentuhan 'green'nya. Ruangan ini memang sesuai untuk kita lepak, chill and rilex tau3
Welcoming drinks dengan coffeeeeeee and cookies
HOTEL INTERNAL AREA
Pintu keselamatan yang menghubungkan dintara ruang lobi dan juga ruang bilik-bilik penginapan
Psstt, anda tidak perlu risau dengan keselamatan kerana untuk memasuki ruang ini, ianya memerlukan access card dan pintu ini juga sentiasa dijaga oleh pengawal keselamatan tau3
Lif dan juga ruang menunggu sementara disebelahnya
Psstt, boleh dijadikan ruang untuk chill sementara menunggu lif ataupun kenalan/keluarga
Koridor dan juga ruang pantry
Psstt, disetiap tingkat bilik penginapan ada diseiakan ruang pantry khas yang mempunyai kemudahan sinki dan juga microwave tau2. Very thoughtfull, dan berguna tau3. Iyerla kita boleh memanaskan atau memasak makanan kan3. Memang memudahkan pengunjung
TWO BEDROOM EXECUTIVE
~ Keluasan 40sqm / 430sqft
~ Connecting room
~ Max 4 pax
~ Mempunyai ruang tamu/makan, bilik tidur utama, bilik tidur kedua, bilik air, dan ruang kemudahan coffee& tea (kitchen-ette)
Pssstt, seriously this is one of the best rooms offered by Citadines Connect Georgetown Penang . Sesuai untuk penginapan bersama keluarga mahupun penginapan dalam kumpulan ramai. Ini kerana ianya menpunyai dua bilik berasingan dan boleh memuatkan sehingga 4 pax tau3. Dengan kemudahan ruangan ruang tamu/makan untuk lepak, menonton TV dan makan beramai-ramai. Selain bilik ini, Citadines Connect Georgetown Penang juga ada menawarkan pilihan jenis bilik yang lain seperti Studio Twin, Studio Executive, Studio Executive Twin, dan Studio Classic Kichenette
Ruang tamu / makan
~ 2 seater sofa
~ Meja kopi
~ TV cabinet dengan flat screen TV & cable channels
v
v
v
Bilik tidur utama
~ King size bed
~ Flat screen TV dengan cable channels
~ Meja tulis, lampu meja boleh laras & kerusi
~ Pengering rambut & lampu suluh (recharge-able)
~ Meja sisi katil
~ Kabinet baju bersama penyangkut & jubah (open concept)
v
v
v
Balkoni / pemandangan bilik
~ Bay window dengan pemandangan
v
v
v
Kitchen (ette)
~ Kemudahan coffee & tea
~ Peti sejuk mini
v
v
v
KOLAM RENANG
~ Terletak di rooftop / tingkat 3
~ Kolam renang berkedalaman 4kaki
~ Waktu operasi dari 6am sehingga 11pm
~ Dilengkapi dengan jacuzzi
v
v
v
SARAPAN PAGI
~ Pilihan sarapan pagi dengan 4 jenis pilihan set
~ Roti bakar dengan assorted jams, cereal with fresh milk, coffee and tea, air jus, fruits & salad bar with condiments & dressings, serta makanan ringan untuk kanak-kanak (buffet / free flow)
v
v
v
Untuk maklumat lanjut boleh rujuk :
Citadines Connect Georgetown Penang
No. 202
Lebuh Noordin
Georgetown
Tel : 04-2020888
Email : enquiry.penang@the-ascott.com
FB : citadinesconnectgeorgetownpenangmy
IG : citadinesconnectgeorgetownpgmy
Laman Web : Citadines Connect Georgetown Penang
~~~ The End ~~~
wahh hotel nampak esklusif gituu
ReplyDeletemesti selesa