Thursday, August 24, 2023

CTY Aquatic & Pet | Pusat Sehenti Bagi Pencinta Haiwan

CTY Aquatic & Pet | Pusat Sehenti Bagi Pencinta Haiwan

CTY Aquatic & Pet | Pusat Sehenti Bagi Pencinta Haiwan | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Untuk entry kali ini saya nak share satu lokasi riadah yang mesra haiwan di Penang. Chew Thean Yeang Aquatic & Pet (CTY), yang terletak di Jalan Burma, George Town.


Sebenarnya dah lama dah CTY ini bertapak di bumi Penang (ceewaahhh). Sebenarnya, saya mula menjejakkan kaki ke kedai ini semasa zaman cintan cintun dengan Mr Hubby. Back on the year of 2009, kira-kira 14tahun yang lepas. Mr Hubby pula katanya, memang ke kedai ini sedari dia kecil (sekolah rendah) tau3. Haaa, nampak dak betapa lamanya kedai ini sudah mula beroperasi. Cuma yang bezanya ialah, dulu kedainya kecil sahaja, sekarang memang sebesar-besarnya dan siap ada cawangan lagi tau3. Dulu hanya menjual keperluan binatang peliharaan, sekarang sudah siap ada pet center, pets hotel, aquatic corner dan aquarium showroom tau3. Sesiapa sahaja yang memasuki HQ CTY di Jalan Burmah pasti akn terpegun. Sekali masuk tak habis sejam dua, pasti tak sah tau3.


Baiklah, untuk enrty kali ini saya nak share tentang satu tarikan di petting zone di CTY, yang ala-ala seperti mini zoo. Yang mana ianya terletak di tingkat dua.  Untuk memasukinya juga akan dikenakan bayaran tiket tau3. Dah lupa dah harganya, tapi tak mahal pun, bawah dari RM5/per person. Dalam bahagian ini, kita bukan sahaja dapat melihat, malahan kita dapat berinteraksi sevara terus dengan petting kesemua haiwan yang ada tu tau3. Dan tiada had masa ditetapkan, cumanya bila dah keluar tu, nak masuk semula kena bayar semula la naaaaaaaaa :P. Ajiiooomm layan ceritera bergambar di bawah.


Ada bahagian petting rabbit


Ada bahagian petting untuk haiwan seperti hamster, landak kecil (hedgehog), iguana, sesumpah dan haiwan amfibia yang lain (katak, etc)


Ada bahagian petting untuk musang kecil


Dan bahagian paling besar ialah untuk petting zone kucing




~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment