Home Made Wet Food Untuk Si Bulus | Beginilah Ibu Anak Dua
Home Made Wet Food Untuk Si Bulus | Beginilah Ibu Anak Dua | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Dari entry adik bulus ini saya dah ceritera tentang anak kedua saya kan3. Anak berbuluuuussss, he3. Seketul Izaan, adik kepada Abang eh yang tak berbulusss a.k.a Boboboy :P. So untuk entry kali ini saya cerita pula tentang pemakanan anak seketul itu pula.
Basically, jantan bulus tu makan kibbles dan juga home made wet foods sebagai makanan utama eh. Setiap hari saya akan bagi wetfoods bersama kibbles dan air. So terpulang la nak gilir-gilir makan dan minum yang mana mengikut dambaan hati eh. So kali ni saya nak share resipi wetfoods si anak bulus seketul itu. Ajiom layan ceriterea dibawah.
Versi Ayaaaammm
Versi ikaaaann
Pssstt, sememangnya utk protein hanya akan menggunakan sama ada ayam ataupun ikan. Saya akan mencambourkan juga dengan labu kuning ataupun lobak merah. Salah satunya. Contohnya ayam dengan labu, atau ayam dengan lobak merah. Begitu juga dengan ikan. Ikan yang pernah saya gunakan adalah seperti ikan kayu, ikan kembung, dan ikan cencaru. Bahan-bahan ini akan saya masukkan ke dalam Pressure Cooker Noxxa, dan PC-kan selama 40minit. Kemudian asingkan tulangnya dan terus lenyek atau hancurkan isi semua bagi sebati. Masukkan di dalam bekas dan simpan di dalam sejuk beku. Biasanya sekali buat saya akan buat untuk stok seminggu terus. By the time nak makan just defros atau steamkan sahaja. Ohhhh, jangan masukkan apa-apa perasa langsung yaaaaa
Makanan 4 beranak :P
Tu tengooookkk tu anak bulus makan, liciiiinnnnn
Psssstt, kalau nak bandingkan antara ikan dan ayam, jantan bulus ni sukakan ayam lagi. Dan jika dibandingkan lobak merah dan labu, dia sukakan labu lagi. Saya ada juga belanja anak bulus makan wetfoods dipasaran. Tetapi tidak selalu, sebab tidak mahu biasakan dia. Sebab setahu saya, yang itu mempunyai kandungan garam yang tinggi, so tak bagus untuk kesihatan bulu dia. Sekali sekala tak apalah kan2. Kadang saya bagi wetfoods kadang-kadang saya bagi treats tu haaaa. seminggu atau dua minggu sekali sahaja, buat raso-raso, he3. Kurang-kurang kalau dia bersembang dengan kucing lain, taklah dia tak tahu langsung tentang rasa wetfoods di pasaran itu kan3. Taklah malu sangat he3 :P tibeeeerrrrrr
~~~ The End ~~~
No comments:
Post a Comment