Pao Pei All-You-Can-Eat Dim Sum Sunday Buffet Lunch | Sememangnya Dinantikan Oleh Penggemar Halal Chinese Style Foods
Pao Pei All-You-Can-Eat Dim Sum Sunday Buffet Lunch | Sememangnya Dinantikan Oleh Penggemar Halal Chinese Style Foods | Assalammualaikum dan selamat pagi Jumaat semua. Bermula August 2023, Royale Chulan Penang, akhirnya kembali menawarkan sesuatu yang istimewa pada setiap hari Ahad, iaitu Buffet Makan Tengah Harinya. Kali ini para pengunjung pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk sama-sama menikmati Pao Pei All-You-Can-Eat Dim Sum Sunday Buffet Lunch. Terutamanya, bagi para penggemar makanan Chinese style foods yang Halal.
Dim sum adalah merupakan sejenis makanan Kantonis yang semakin popular dikalangan penggemar makanan, tanpa mengira bangsa dan agama. Ianya sememangnya sesuai untuk dinikmati bersama keluarga tersayang mahupun dinikmati bersama rakan taulan. Walaupun menu ini semakin popular, tetapi ianya bukanlah begitu mudah untuk kita menikmatinya tanpa rasa was-was iaitu dijamin Halal di luar sana kan. Dan dek kerana inilah pihak Royale Chulan Penang telah merealisasikan Halal dim sum buffet yang istimewa ini. Bagi penggemar masakan berkonsepkan chinese style dan secara spesifiknya mengkhususkan kepada masakan berasaskan dim sum, semestinya ini merupakan sesuatu yang dinanti-nantikan. Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang gitchew. Jom bersama-sama saya melayari serba sedikit perincian tawaran menu yang ada di Pao Pei All-You-Can-Eat Dim Sum Sunday Buffet Lunch.
Pao Pei All-You-Can-Eat Dim Sum Sunday Buffet Lunch
Pssstt, memang menjadi-jadi keterujaan pabila melihat table sitting di dalam Sri Tanjung Cafe, Royale Chulan Penang bersempena dengan Pao Pei All-You-Can-Eat Dim Sum Sunday Buffet Lunch ini tau3
PEMBUKA SELERA
Barisan pembuka selera yang terdiri daripada pie tee, hot&cold platter, aneka jenis kerabu & salad (kerabu mangga, kerabu kaki ayam&ketam lembut, salad mee, salad ayam&limau), pasembur, sengkuang calit, serta aneka buah-buahan
Pssttt, oheeemmgeeee pie tee ituuuuuuu. Wajib cuba taaauu. Tidak dilupakan juga sengkuang calit, dan pasemboq (tak Penang la kalau tiada pasemboq kan3 :P). BTW, that hot& cold platter pun unik untuk dinikmati
MENU UTAMA
Barisan menu utama yang terdiri daripada nasi goreng Yang Chow bersama ayam & udang, Hong Tu Mee bersama makanan laut, sayur cincang goreng bersama sos Bulgogi, koktail ikan bersama sos ulam, jejari sotong bersama sos tartar, serta Kaarage Ayam bersama sos mayonis & paprika
Pssttt, untuk menu utama ini semestinya yang menarik dan wajib dinikmati ialah nasi goreng Yang Chow, sayur cincang goreng bersama sos Bulgogi serta Kaarage Ayam bersama sos mayonis & paprika. Gabungan keti-tiga menu ini didalam satu pinggan memang lengkap dan dijamin akan memenuhi kehendak citarasa anda
KAUNTER BUBUR TEOCHEW
Section ini menawarkan bubur ubi keledek, bersama telur dadar (Claypot Chai Po Egg), dan kaki ayam rebus (Claypot Braised Chicken Feet with Peanuts) serta aneka condiments (kacang rebus, salad&sayur jeruk, telur masin, daun bawang)
KAUNTER SOUP
Dua pilihan sup iaitu Nyonya Kiam Chai Ark dan Penang Chi Kut Teh
Pssttt, yang sup berwarna cerah/puti itulah Nyonya Kiam Chai Ark, manakala sup yang berwarna gelap/coklat itu pula ialah Penang Chi Kut Teh. Nyonya Kiam Chai Ark merupakan sup berherba tau2. Boleh dilihat bermacam jenis herba di dalam gambar diatas kan3. Bagi Penang Chi Kut Teh pula, ianya diaspirasikan dari sejenis sup popular di kalangan orang cina iaitu Bak Kut Teh (yang mana ianya tidak Halal kerana menggunakan khinzir). Penang Chi Kut Teh ini digantikan dengan menggunakan ayam dan sah-sah la Halal kan3
KAUNTER PENGKALAN WELD WANTAN MEE
Mee wantan (kering atau sup)
Psssttt, semestinya ini juga menu wajib cuba naaaaa. So jangan skip this menu, nanti tak lena tidur he3
KAUNTER GO GREEN GO HEALTHY VEGGIE CORNER
Aneka pilihan sayur hijau dan sos pencicah
KAUNTER PREMIUM CANTONESE GUA BAO
Kaki kambing panggang dimakan bersama bun daun teratai kukus, sayur hijau dan sos hoisin
Psssttt, oohooiiiii, sebuah lagi karya terhebat dari Chef Royale Chulan Penang. Bukan selalu dapat menikmati bun daun teratai ini taaaaauuu. So dah ada di depan mata wajib la cubaaaaa. Gabungan hirisan daging kaki kambing bersama sayuran dan sos hoisin, menarik tau3. BTW, sos hoisin itu manis-manis sedikit tau, so adjust amaun ikut rasa tekak masing-masing naaaaaa
KAUNTER PAU & GO
Aneka jenis pau dan mantao (kukus dan goreng), serta boleh dimakan bersama kaya dan susu pekat manis
Psssstt, seriously memang heaavveeeen ke Pao Pei All-You-Can-Eat Dim Sum Sunday Buffet Lunch. Segala item memang yang dinantikan-nantikan. Sama seperti section pau dan mantao iniiii. Peerrrghhh, sekali lihat dah teruja, baik yang jenis kukus mahupun yang digoreng. Masih terasa dihujung-hujung lidah, kerangupan dan kelembutan pau dan mantao serta kemanisan yang terserlah apabila dinikmati bersama kaya dan susu pekat manis ituuuuuu
KAUNTER ABC, CENDOL & AIS KRIM
Pilihan item sejuk dengan ABC, cendol ataupun aiskrim pelbagai perisa
PENCUCI MULUT
Aneka pilihan pencuci mulut seperti pengat pisang, tau fu fah bersama gula merah&putih, cakoi bersama teh badam, jeli osmanthus bersama buah goji, rice sponge cake, serta aneka jenis kek, cupcake dan tart
Pssstt, haaaaaa sekali lagi deria rasa anda akan terangsang dengan pilihan pencuci mulut ini kan3. Manakan tidak, teruja untuk merasai tau fu fah ituuuuu. Teruja untuk menimati cakoi bersama teh badam ituuuu. Teruja untuk mencuba jeli osmanthus bersama buah goji ituuuu. Dan semestinya turut teruja untuk mencuba segala barisan kek dan tart ituuuu jugaaaaaaa kan3
~~~THE END~~~
Eh3, tungguuuuuuuuu. belum the end lagiiiiii. Jangan ingat bila dah sampai ke bahagian pencuci mulut, kita sudah tiba di penghujungnya taaauuuuu. Kali ini berbezaaaaaa. Lots more to be enjoooyyyyyy taauuu. Haaaaaa, ninjia the best part with Pao Pei All-You-Can-Eat Dim Sum Sunday Buffet Lunch, iaituuuuuu pilihan A La Cart tanpa had. Bukan hanya menu masakan dari buffet line yang sememangnya telah terhidang itu sahaja yang All-You-Can-Eat tau3, ditambaaahhh pula dengan A La Cart menu yang akan disediakan upon order yang turut tanpa had. Ajiiooomm layan ceritera selanjutnya dibawah untuk perincian lebih jelas
v
v
v
v
v
v
v
v
v
UNLIMITED A LA CART
Pilihan A La Cart ini terdiri daripada masakan jenis rebus, goreng, kukus, dan Chef speciality
Pssttt, ikutkan ketamakkan haloba memang pertama kali order nak tick ja semua yang ada dalam list ituuuu :P. Tapiiiiii jangaaaannn. Jangan tamak, jangan takut, jangan risau. Kan dah maklum awal-awal, semuaaaaa ini adalah UNLIMITED. So, kita pelan-pelan order, kita pelan-pelan nikmati hidangan fresh dari dapur ke meja gitcheeewww. Memaaanngg ohhhseeeeemmmm
Antara menu pilihan hati of the day
Pssstt, adududuuuu, inilah dia nikmat duniaaaaa. Seriously bagi semua peminta Chinese style foods, dim sum dan juga itiiikkkkk kwek kwek, adalah wajiiibbb anda tempah tempat duduk anda di Pao Pei All-You-Can-Eat Dim Sum Sunday Buffet Lunch ini. Lihatlaaahhh segala barisan menu yang saya telah listkan di atas ini. Semuanya menyelerakan dan pastinya your taste bud cravings will be satisfied. Dengan menu seperti braised duck, fried gyoza, fried prawn dumpling, har kaw (dim sum shrimp dumplings), giant curry fishball, salted egg bun, steamed seabass with soy sauce, smoked duck with orange sauce, typhoon shelter prawn dan semestinya termasuk aneka jenis siew mai. Semuanya sememangnya berbalooiiiiiiii-baaloooiiiii tau3. So jangan tunguuuuuu lagiiiii, boleh rujuk perincian dibawah untuk membuat tempahan anda
v
v
v
v
v
~~~ The End ~~~
sedapnya semua menu dia tu..terlioq terukkkk
ReplyDelete