BBQ Bounty Buffet Dinner Di Amaya Food Gallery | Amari SPICE Penang Friday & Saturday Buffet Dinner
BBQ Bounty Buffet Dinner Di Amaya Food Gallery | Amari SPICE Penang Friday & Saturday Buffet Dinner | Assalammualaikum dan selamat pagi Khamis semua. Kita semakin menghampiri hujung minggu sekali lagi kan3. Semestinya ianya merupakan waktu untuk dipenuhi bersama yang tersayang. Pekongsian saya kali ini semestinya dinanti-nantikan bagi para pembaca setia semua. Iyerlah, semuanya pasti teruja untuk mengetahui lebih lanjut tentang tawaran terkini buffet makan malam di sebuah lagi hotel bertaraf lima bintang di Pulau Pinang ini kan3.
Amari SPICE Penang telah memulakan operasinya pada tahun 2022, dan ianya merupakan sebuah hotel di bawah naungan The Amari dan pengurusan ONYX Hospitality Group. Anda pasti akan terpaku tatkala melangkah masuk ke ruangan lobinya. Rekaan hiasan dalaman yang menggamit pengunjung, adalah terhasil daripada konsep kotemporari yang diimaginasikan semula dari akar umbi budaya Thailand tau3, yang mana The Amari bermula. Selain itu, keunikannya juga terletak pada haruman memikat yang merupakan signature scented bagi setiap hotel di bawah jenama The Amari. Sememangnya ianya berada di dalam kelasnya tersendiri.
Kini hotel ini telahpun mendapatkan pengiktirafan siji HALAL bagi semua dapurnya, dan ini termasuklah bagi Amaya Food Gallery, yang merupakan sebuah lokasi buffet makan malam yang digemari di kawasan Bayan Lepas secara khususnya. Dengan ini, barisan team chef kulinari Amaya Food Gallery telah menyediakan aneka pilihan buffet untuk para pengunjung. Inilah dia peluang dan ruang untuk bersama-sama menikmati tawaran menu makanan yang menyelerakan bersama keluarga dan sahabat handai dikala hujung minggu. Rekaan hiasan dalam Amaya Food Gallery turut merupakan hasil gabungan rekaan kotemporari dan keanggunan jalinan pengcahayaan semulajadi dari dinding kacanya (floor-to-ceiling). Ditambah pula dengan kesan pengcahayaan lampu yang membangkitkan suasana yang indah dikala malam menjelang. Inilah yang menjadikan Amaya Food Gallery sebuah restoran all-day dining tau3.
Secara keseluruhannya, Amaya Food Gallery menawarkan hidangan menu masakan antarabangsa east-meets-west, masakan terkenal tempatan, serta diselitkan juga unsur masakan Thai. Terkini, Amaya Food Gallery, menampilkan tema buffet makan malam terbaru pada hari Jumaat dan Sabtu, iaitu BBQ Bounty Buffet Dinner. Apakaaahhhh yang isimewanya?? Haaa, meh sini saya share secara terperinci dengan gambar berceritera di bawah.
Amaya Food Gallery, Amari SPICE Penang
PEMBUKA SELERA
Seafood On Ice
Aneka barisan makanan laut seperti udang, kupang hijau&hitam, tiram, kupang buluh, scallops, snow crab, spanner crab, yabbies dan abalone
Pssttt, pabila mata terpandang sahaja deretan makanan laut (raw seafoods) di bahagian seafood on ice ini, pastinya memang akan teruja, terkagum dan terkesima. Memang betul-betul eksklusif barisan makanan laut yang ditawarkan tau3. Ada yang pernah kita lihat, ada yang jarang kita lihat serta ada yang memang tidak pernah kita lihat. Contohnya, ini memang merupakan pertama kali seumur hidup saya dapat melihat di depan mata spanner crab itu. Yabbies itu pula dah lamaaaaa saya tidak bersua muka he3:P. Tu segala jenis tiram tu pun ada berjenis-jenis yang berbeza tau3. Memang rambang maaaaataaaaaaa
Japanese Selection
Barisan Sashimi (Maguro, tako & salmon) dan sushi (Makizuchi, futo maki, gunkan maki, inarisuhi, kamo sushi dan banyak lagi) bersama sides seperti shoyu, wasabi, radish, dan pickled ginger
Psssttt, ini merupakan antara hot items naaaa. Segala sashimi itu, segala sushi itu dan segala maki itu memang menjadi rebutan. Back to back kitchen team kena refill lagi dan lagi dan lagi, he3. Manakan tidak, semuaaaaa fresh dan enak
Premix Salad
Pilihan seperti som tum, thai beef salad, coleslaw with raisin, tuna salad, cold pasta salad, hawaian salad dan potato salad
Salad Bar
Aneka jenis salad bersama pilihan dressings dan condiments
Buah-buahan Segar, Jeruk Pak Ali dan Cold Cuts&Cheese Board
Aneka jenis buah-buahan segar, jeruk buah Penang serta Cold Cuts&Cheese Board
AMAYA SHOW KITCHEN
Soups
Dua jenis pilihan sup yang berasaskan makanan laut iaitu seafood chowder dan seafood tom yam, bersama aneka pilihan jenis roti
Pssstt, satu sup sejenis yang berkrim, satu lagi jenis yang pedas masam. Pilihlah ikut anak tekak masing-masing, gitchew. Kalau mampu, silalah nikmati kedua-duanya, supaya tidak menyesal dikemudian hari :P he3
Menu seperti boneless chicken with bbq sauce, udang goreng oatmeal, siakap masam manis dan sayur campur bersama cendawan
Weekend's Kawah Dish
Menu yang ditawarkan adalah asam pedas daging tetel, masak lemak cili api siput (escargot), serta sambal udang
Psssttt, menu di bahagian ini adalah merupakan chef specialities tau3. Sooooooo, sila jangan skip untuk cuba setiap satunya naaaaaa. Dijamin tidak akan menyesal, bahkan akan teringat-ingat tau3
Chef Prak Muan - The Thai Cuisine Specialist
Menunya adalah Thai garlic & pepper fried crab, Thai otak otak seafood, Thai Bangkok steamed seafood, dan Thai squid with dried curry paste
Psssttt, bahagian ini sekali lagi merupakan sebuah karya terunggul Chef Amaya Food Gallery, dan ianya mengkhususkan kepada makanan dari negara Thailand. Inginkan masakan dengan citarasa Thai?? Sudah tidak perlu ke negara jiran itu lagi, hanya perlu ke Amaya Food Gallery, dan your cravings will be satisfied, gitchew he3
International Hot Spread
Bahagian ini membariskan menu seperti seafood jambalaya, mutton masala, braised mussels aglio olio, dan fish and chip with tartar sauce
BARBEQUE AT AMAYA TERRACE PARK
Carving Station
Pilihan makanan laut yang dipanggang dan digrill adalah seperti slipper lobster, ketam, udang, ikan jenahak, serta fingernail clam
Terdapat juga sayuran panggang, jagung bakar, terung bakar, labu panggang, serta dilengkapkan dengan aneka piliha sos dan juga gravy seperti sos lada hitam, sos cendawan, sos smocked bbq, creamy garlic sauce dan air asam jawa
ASIAN SECTION
Menawarkan dua jenis pilihan sup iaitu seafood moi sup dan juga steamed seafood hot bowl
Psssttt, untuk bahagian ini, ianya disediakan mengikut permintaan naaaa. Anda hanya perlu ambil mangkuk, pilih apa sahaja item yang ada inginkan. Yang mana antara item yang ada ialah flower crab, spanner crab, kerang, kepah, sotong, udang, abalon, scallops, mussels, isi ikan, serta aneka jenis sayur. Seterusnya, buat pilihan sama ada hendak makan bersama moi ataupun sup sahaja, dan ianya akan disediakan panas-panas di hadapan anda. Sebagai penambah perisa, terdapat juga aneka pilihan sos, seperti sos cili, sos cili hijau, sweet sauce dan garlic oil
Barisan pencuci mulut dari pastry kitchen, seperti chocolate fountain, aneka jenis aiskrim, ABC, aneka jenis kek, cup cake, tart, moussse, puding, candies, buah-buahan potong serta kuih traditional Melayu
Dan, tadaaaaaaaaaaaaaaa.....
v
v
v
v
v
v
v
v
Bertingkek-tingkek menunya :P
Pssttt, secara keseluruhannya, BBQ Bounty Buffet Dinner di Amaya Food Gallery merupakan sorgaaaaaa makanan laut tau3. Memang rambang selera betul dengan segala menu makanan laut yang ada. Toleh kiri makanan laut, toleh kanan makanan laut, toleh belakang makananan laut, toleh belakang pun makanan laut tau3. Dari pilihan menu yang mentah (raw), hinggalah ke menu yang dimasak. So sememangnya this is the best place for all seafoods lovers out there he3. Tetapiiiiiiii, jangan risau, jangan gundah gulana, bagi mereka yang tidaklah berapa in-to seafoods, BBQ Bounty Buffet Dinner di Amaya Food Gallery, tetap menawarkan menu lain yang semestinya juga akan menambat citarasa anda tau3. Bagi say secara personal, antara semuaaaaaaaa binatang laut dan darat serta menu yang ditawarkan seperti di atas ini, yang paliiiinggg terpahat di hati ialah mussels raw, salmon sashimi, mako sushi, fish&chip, asam pedas daging tetel, masak lemak cili api siput (escargot), roasted rib eye, boneless lamb leg, aiskrim potong dan chocolate fountain itu. So, jangan tunggu lagi, segeralah tempah tempat duduk anda. Meh sini saya belanja details dibawah sebagai rujukan anda:
v
v
v
Selain BBQ Bounty Buffet Dinner ini, Amaya Food Gallery, Amari SPICE Penang turut menawarkan beberapa pilihan buffet makan malam dan makan tengah hari yang lain tau3. Sama menarik, sama istimewanya. Boleh rujuk details dibawah ini juga yaaaaaaaaa
Penutup entry dengan gambar sekeping puan blog di dalam tandas Amari SPICE Penang yang sengaaattt santeeeeeeekkkkkkk. :P he3
~~~ The End ~~~
No comments:
Post a Comment