Thursday, October 26, 2023

Mee Kari/Kicap Ipoh Di Bayan Baru | Makan Best Di Penang

Mee Kari/Kicap Ipoh Di Bayan Baru | Makan Best Di Penang | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Berkesinambungan dari entry Staycation Di Eastin Hotel Penang dan Makan Best di Penang, entry kali ini saya akan review secara details satu lagi port sarapan best di Penang. Secara spesifiknya, lokasi port ini terletak di kawasan Bayan Baru. Menu killer eh adalah Mee Kicap Ipoh. Sebelum ini, kalau saya nak menikmati mee kicap yang kena dengan tekak saya, tudiiaaaaa kena lajak sampai ke Ipoh nuuuunnn. Baruuuulah cravings' satisfied. Tetapiiiiiiiiiiiii, sekarang ini, sudah tidak perlu lagi. Hanya perlu ke Bayan Baru he3. Dekat sesungguh tau3. 


Sebenarnya. gerai ini dah lama daaahhh wujud. Dahulu lokasinya betul-betul tepi jalan, bertentangan dengan pintu masuk utama Masjid Besar Bayan Baru. Tetapi sekarang ini, ianya telah pindah di lokasi lain. Masih di jalan yang sama, cuma gerainya sekarang terletak bertentangan dengan Hotel Seri Malaysia Bayan Baru pula. Baiklah ajiom layan ceritera bergambar dibawah.


Tadaaaaaaaaa, THEEEEEEE Mee Kicap Ipoh di Bayan Baru, Penang


Lokasi gerai betul-betul di tepi jalan besar


Pssstt, tuuu dalam gamabr di atas, dapat lihatkan bumbung Masjid Besar Bayan Baru kan3. Kiranya gerai ini dibahagian jalan yang bertentangan. Gerai Dibahagian kanan jalan, bertentangan dengannya betul-betul (a.k.a sebelah kiri jalan) adalah Hotel Seri Malaysia, dan kedepan sedikit akan jumpa simpang untuk ke Pasar Besar Bayan Baru (disebelah kiri jalan), dan kedepan lagi akan jumpa Masjid Besar Bayan Baru di sebelah kiri jalan juga


Gerai Mee Kicap Ipoh, Bayan Baru


Pssttt, tuuu dapat tengok sendiri list menu yang ditawarkan di gerai ini. Kita ada Mee Kicap, Mee Kari, dan Mee Kerang (goreng). Bagi mereka yang tidak makan mee, jangan ghisaaaauuu, anda boleh ja request untuk tukar mee itu kepada bihun atau ko teow naaa. Jenis masakan masih sama cumanya tukar jenis eh tu sajia


Ninjiaaaa Mee Kicap Ipoh eh


Pssttt, tediaaaa, ampa boleh tengok serving portion eh memang bapaaaakk banyak. Actually ni memang sharing portion tau3. Sudahlah mee banyak, taugeh banyak, fillinganeka bebola dlm sup tu pun banyak tau3. Walaupun di hari kejadian kami habis licinkan sepinggan seorang, tapi elok setel memang kenyang tersandor, tak boleh buat apa dah. So it is advisable order satu set sahaja, barulah boleh try bersama menu yang lain dan taklah over floated perut masing-masing kan3. Btw, bagi yang tidak pernah melihat dan merasa apakah itu mee kicap, meh sini saya terangkan serba sedikit. Mee kicap ni merupakan satu menu mee yang digaul dengan kicap, dan diletakkan pes pekat kari, bersama taugeh dan daun bawang & sup di dalam satu pinggan. Kemudian ianya didatangkan bersama semangkuk clear sup yang berisi aneka bebola. Kedua-duanya perlu dimakan bersama-sama naaaa. Tidak kiralah terus dituang dan digaul bersama semuanya, ataupun dihirup terus atau dicicah terus. Yang penting masa masuk dalam mulut dan tekak tu semuaaaaanyaa bersama-sama he3 :P


Mee Kari Ipoh eh


Pssttt, ini kejadian berbeza on our 2nd visit tau3. Hat ni pun kena sangat-sangat dengan tekak kami tau3. Pekat elok, penuh rasa, cumanya yang kurang kepedasan eh sikit. Sebab saya suka mee kari yang didatangkan bersama topping seperti sambal secoet tu haa. Sebagai penambah pedas gictheewww. Dan sekali lagi the serving portion memang besar dan penuh isi


Koay Teow Kerang spesial eh


Pssstt, hatni pula on our 3rd visit he3. Tu nampak dop betapa meriahnya koay teow kerang spesial ituuuuu. Bukan takat ada kerang di dalamnya, ada juga bermacam jenis bebola tau3. Siap telur mata diatasnya haaaaa. Secara total memang rekemen untuk semua cuba semuaaaaaa menu di gerai ini tau3



~~~ The End ~~~

0

Wednesday, October 25, 2023

Ber-Sushi King | Wordless Wednesday #23/2023

Ber-Sushi King | Wordless Wednesday #23/2023 | Assalammualaikum dan selamat pagi Rabu semua. Seperti biasa inilah dia hari untuk ber-WW, so ajiioomm layan ajeerrr..


Sesi melayan tekak Boboboy men-Sushi King



~~~ The End ~~~

0

Tuesday, October 24, 2023

Nikmatnya Menjamu Selera di Eastin Hotel Penang | Makan Best Di Pulau Pinang

Nikmatnya Menjamu Selera di Eastin Hotel Penang | Makan Best Di Pulau Pinang | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Entry hari ini merupakan sambungan dari Tempat Penginapan Menarik Di Pulau Pinang. Di dalam entry tersebut, saya telah share dengan para pembaca tentang keunikan penginapan di Eastin Hotel Penang kan3. So kali ini saya akan share pula perihal yang PENTING & WAJIB pabila kita bercuti, iaitu MAKAN. Iyerlah, dah bercuti mestilah nak makan kan3. Eh, tak bercuti pun wajib makan, inikan pula jikalau bercuti, lagiiiiiiilah wajib kan3. Sebelum saya masuk ke perkongsian JJCM yang berdekatan dengan Eastin Hotel Penang, meh sini saya share dahulu JJCM di dalam Eastin Hotel Penang itu sendiri.


Oooohh, btw, untuk entry makan-makan di Eastin Hotel Penang ni, saya kena up entry berasingan dari entry review bilik eh, adalah dek kerana banyaaaakkk yang saya nak share tentang kenikmatan menjamu selera di Eastin Hotel Penang ni tau3. Dari makan malam di The Lounge eh, ke in-room service eh, sehingga ke sarapan pagi di Swez Brasserie eh. Tanpa melengahkan masa lagi ajiiooomm layan ceritera bergambar di bawah naaaaa


MAKAN MALAM DI THE LOUNGE, EASTIN HOTEL PENANG

The Lounge, Eastin Hotel Penang


Psstt, The Lounge ini merupakan lokasi untuk anda menikmati makan malam serta menikmati minuman bersama kek & pastry, sambil berehat dan menikmati momen yang ada. Entry kali ini saya akan share beberapa menu makan malam yang boleh dinikmati jika berkunjung ke The Lounge, Eastin Hotel Penang


Menu pembuka selera dengan sup Al Funghi


Pssstt, wajib naaa, wajiiiibbb, memang wajiiiiibb untuk mencuba menu ini. Ianya merupakan sup cendawan liar dengan topping kerak rangup keju parmesan serta sentuhan serbuk cendawan porcini. Enak dihirup begitu sahaja mahupun dicicah bersama bun comel itu tau3. Antara menu sup lain yang boleh anda cuba adalah Pak Dan Sup Ekor (menu tempatan dan juga merupakan chef recommended menu), serta Sopa De Mariscos (sup sentuhan Mexican). Manakala menu pembuka selera yang lain pula adalah seperti Spiedini, Dungeness Crab, Caesar Salad, dan Caprese Salad


Antara barisan menu utama bersama minuman panas & sejuk
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Salmon Vongole


Pssstt, menu ini sememangnya akan menjajikan kepuasan sepenuhnya bagi peminat ikan salmon. Kepingan ikan salmon yang dihidangkan bersama sos mentega kima daun selasih, bersama kentang lenyek dan sayuran. Apa yang memberikan sentuhan ajaib di dalam menu ini adalah gravynya itu tau3. Sememangnya sebuah citarasa yang unik dan signature yang tersendiri. Komplimen kepada chef untuk penghasilan menu sebaik ini


Grass-Fed Beef Steak


Psstt, stik sirloin panggang yang dihidang bersama skewer tomato kering-cendawan, kentang lenyek bawang putih, sayuran serta jus halia. Sebuah lagi menu dengan sentuhan ajaib. Kepingan stik sirloin itu sememangnya penuh rasa, secukupnya, dari luar sehingga kedalam. Perapan yang digunakan sememangnya menaikkan lagi rasa manis dan berjus daging itu sendiri. Tidak perlu sebarang sos pencicah, hanya nikmatinya begitu sahaja sudah lebih dari enak tau3. Sekali lagi komplimen kepada chef untuk penghasilan menu sebaik ini


Chicken Paitan Ramen


Psstt, sebuah menu Japanese style. Mee ramen di dalam sup paitan yang dihidang bersama roulade ayam, wakame, daun bawang dan telur. Menu yang sesuai untuk mereke yang menginginkan sentuhan menu ala-ala Korea. Simple yet penuh dengan rasa. Kuah sup paitan itu nampak kosong tetapiiii sememangnya penuh dengan rasa tau3. Hidangan ini juga cukup lengkap dengan adanya roulade ayam, telur serta sayuran. Juga merupakan menu yang sangat sesuai untuk anak-anak yang tidak makan pedas


Menu hidangan sampingan dengan Yangnyeom Wings


Pssst, sebuah menu Korean style. Kepak ayam goreng bersalut sos pedas Korea yang dihidang bersama kentang furikake. Pedaassss berapi dengan sedikit manis membuatkan menu ini sungguh enak. Sememangnya menu wajib bagi penggemar makanan Korea. Seriously anda akan vote menu ini sebagai the best chicken wings Korean style ever tau3


Menu pencuci mulut
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Torta Di Crespelle 


Pssttt, merupakan kek krep coklat dengan filling krim keju, kacang pistachio, strawbery coulis dan dihidang bersama dengan aiskrim vanila. Anak-anak semestinya akan menyukainya. Budak mana tak suka coklat and aiskrim kan3


Shijuku


Psssttt, merupakan kek shijuku yang dilayerkan sos karamel diatasnya dan dihidangkan bersama krim putar dan juga aiskrim vanila. Haaaaa, menu yang ini semestinya akan mencuri hati para wanita tau3


IN ROOM DINING, EASTIN HOTEL PENANG

Menu In Room Dining, di Eastin Hotel Penang


Pssstt, sebenarnya menu yang anda boleh order untuk room servis tidak jauh beza dengan menu yang di order di The Lounge tu tau3. So jangan risau jika anda tidak dapat turun makan di The Lounge, anda masih lagi dapat menikmati segala menu terbaik air tangan chef Eastin Hotel Penang ini dengan membuat pesanan In Room Dining ini naaaaaa
v
v
v
v
v
v
v

Tadaaaaaa, antara menu in room dining di Eastin Hotel Penang


Psstt, pembuka selera dengan Spiedini (skewer udang yang dihidangkan bersama salad keju feta ala yunani), ke menu utama iaitu Korean Beef Steak (stek daging bakar bersalut sos bijan dan kacang yang dihidangkan bersama nasi goreng kimchi dan sayuran), serta minuman jus tembikai sejuk. Haaaa yang pencuci mulutn pandan burnt cheseecake tu dihidangkan khas dengan ucapan Happy Birthday tau3. So, anda boleh menikmati makan malam romantik berdua bersama yang tersayang sambil menyambut hari istimewa berdua di dalam bilik tuuuuuuu. Best kan3


SARAPAN PAGI DI SWEZ BRASSERIE, EASTIN HOTEL PENANG

Barisan buffet line di Swez Brasserie untuk sarapan pagi


Psstt, sememangnya Eastin Hotel Penang sentiasa meletakkan F&B-nya disatu level yang berbeza. Manakan tidak, untuk spread sarapan paginya ini, menu yang ditawarkan sememangnya lain dari yang lain tau3. Tidak akan anda jumpa kombinasi serta keunikan seperti ini tau3. Secara dasar ianya menyatukan pilihan menu masakan dari menu tempatan (Malay&Chinese) serta juga menu antarabangsa, iaitu secara lebih spesifik unsur masakan Jepun, Korea dan juga Barat. Dan satu lagi ianya mengetengahkan healthy food choice. Memang tersendiri tau menu yang dibariskan. Nak tahu lebih lanjut, ajiiooomm terus layan ceritera bergambar dibawah


Section action stall dengan pilihan beberapa jenis menu


Psssttt, antara menunya adalah seperti menu berasaskan telur (omelet, sunny side up, over easy, half boiled egg), pancakes, roti canai kuah kari ayam, sweet potato & spinach strata, sauteed cherry tomato with herbs, bubur ubi keledek, dan thai glass noodle


Aneka jenis menu pilihan yang tersedia di kaunter buffet spread di bahagian tengah (Centre buffet line counter)


Pssttt, antara menu yang dibariskan seperti aneka jenis roti dan pastri, cheese platter, aneka bijirin bersama topiings (kekacang & buah kering) serta susu, aneka jenis detox water, aneka flavour yogurt (sweet muesli, mango, strawberry), fresh honey station, bubur bersama bersama condiments, oatmeal, miso sup, chawanmushi, Japanese rice, aneka jenis dim sum, lotus rice, chicken pie, potato onion quiche dan fried radish cake. Haaaaaa, teddiiiaaaaaaaaaaa. Nampak dak kombinasi yang diketengahkan oleh team F&B Eastin Hotel Penang??? Memang another level kan3. Tengok terus rasa nak nikmati setiap satunya kan3. Ni baru spread di bahagian tengah naaaaaa. Ajiom kita sambung lain spread line seterunsya
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Aneka jenis menu pilihan yang tersedia di kaunter buffet spread di bahagian tepi pula


Pssstt, ajiom kita cuba senarai satu persatu menunya. Antaranya ialah spicy vegetarian tteokbokki, vegetarian fried yee mee, potato fritters, chicken sausages, chicken strips, beef streaky, hash brown, onion miso baked bean, soba fish teriyaki, nikujaga beef, wantan soup, hot tau fu fah with plam and white syrup, nasi lemak, rendang kerang and condiments, aneka jenis salad & dressings, fruit compote, buah-buahan segar. Haaaaaaaa, bertambah kagum dengan spread yang ditawarkan kan3. Mana nak dapat weeeeii untuk sarapan ada all these Japanese, Korean and Chinese punya menu weeeiiii. Untuk penggemar makanan Japanese, Korean and Chinese seperti saya ni, memang heaven hooiiiiiii bila terbentang depan mata all these spreads haaaa. Sarapan dengan miso sup, soba fish, tteokbokki, wantan sup, hot tau fu fah, serious ini another level niii wweeeii


Buffet line untuk minuman panas dan sejuk


Pssstt, pilihan teh tarik, warm water, coffee & tea serta fresh fuit juices



Haaaaa, tediaaaa bertingkek-tingke entry tentang menjamu selera di dalam Eastin Hotel Penang. Kalau nak diikutkan, sudah lebih dari cukup dah JJCM punya list mengkala kata bercuti dan menginap di Eastin Hotel Penang ni tau3. Tetaaaappiiiiiii, jangan risaaaauuuuu, saya faham semestinya jika anda orang luar dan datang ke Penang, mestilah anda nak menikmati JJCM Penang local delights kan3. Dah nama pun syurga makanan, mestilah yang ke Penang nak menikmati menu makanan tempatan kan3. 


Baiklah sebelum kita mengakhiri entry review ini, meh sini saya senaraikan beberapa local spot untuk anda jika ber-JJCM di Penang. Ada yang saya telah buat entry review eh, dan ada yang entry review eh masih dalam draf naaaaa. Semua yang saya senaraikan ini ialah yang berdekatan dengan Eastin Hotel Penang naaaaaaa. Kita mulakan dengan port sarapan best di Penang, iaitu antaranya ialah Tamcruz Roti BakarRestoran Kakak Bising, dan Mee Kari/Kicap Ipoh Bayan Baru. Antara local port makan tengah hari pula ialah Restoran KapitanNasi Dalca BawangNasi Ayam NazirRestoran Hameediyah (Cawangan Sungai Ara), Udin Nasi AyamNasi 7 BenuaLaksa Tempurung Teluk Kumbar, dan Nasi Kandar DEEN Baru Relau. Seterusnya ialah port makan malam, anda boleh mencuba Warung Nasi Lemak Kukus Pendekar MustarNurul Ikan BakarMamu Jamal Bihun SingaporeNaughty JohnThe Fat BurgerMiki The OriginalChinese Muslim RestaurantSany Char Koay Teow,  Char Koay Teow Longkang Bayan Baru, Medan Ikan Bakar Teluk Tempoyak, Dataran Pantai Queensbay, serta Dataran Bawah JK2PP. Haaaaaaa, bertingkek-tingkek keeeennn. Sebenarnya banyaaaakkk lagi, tapi yang ini dahulu la noooooo. So pilihlah dengan bijak he3.


Eh saaattt, saatttt. Belum betul-betul habis lagi. Sekali lagi sebagai penutup, saya akan share sekali lagi tawaran istimewa khusus untuk para pembaca blog aryshafayyadh..............

Promosi penginapan istimewa untuk hujung minggu di Eastin Hotel Penang

Dari serendah RM458+

Tawaran sah dari 20.10.2023 - 31.12.2023

Promosi untuk weekend naaa, maksudnya check in pada hari Jumaat atau Sabtu

Tempahan boleh dibuat dari laman web Eastin Hotel Penang, dan jangan lupa masukkan promo kod (KISAHKASEH) tu naaaaaa

Sooooo jangan tunggu lagiiiiii, tempah bilik anda dengan segera!!!!

Dijamin akan puas hati 150% he3


~~~ The End ~~~

1