Ada Apa Dengan Salmon??? | Boboboy Seketul Hantu Salmon
Ada Apa Dengan Salmon??? | Boboboy Seketul Hantu Salmon | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Semoga hari Jumaat ini melimpahkan Rahmat dan Hidayah yang melimpah ruah kepada semua umat Islam di dunia ini amiiinnn.
Baiklah, berbalik kepada tujuan sebenar entry ini, sekali lagi saya nak share dengan para pembaca semua tentang ke-hantu-an seterusnya bagi seketul Boboboy. Haaaaaa, di ENTRY INI kan saya dah ceritera tentang Boboboy hantu Sushi kan3. So kali ini satu lagi makanan yang Boboboy cannot say no ialah salmon. Makanya dengan rasmi, Boboboy pun hantu salmon la kan3 he3. Pergi hotel ka, pergi western restaurant ka, pergi sushi ka, memang Boboboy akan sentiasa say yes untuk menu yang ber-salmon :P. Dek kerana salmon kebiasaannya menu yang mahal diluar sanaaaaa, makanya Ibu pun lebihkan meng-salmon dirumah untuk lebih jimat :P. So meh sini saya kongsikan beberapa resepi mudah kami 3 beranak pabila ber-salmon dirumah.
Perapan salmon sebelum di grill
Pssstt, kebiasaannya pabila ingin membeli salmon, saya hanya akan buat keputusan sama ada nak yang lebi mahal atau yang lebih murah. Jika nak yang lebih fresh, gred salmon eh tu ala-ala norweigian salmon tu haaa, saya akan membuat tempahan untuk COD dari pembekal barang basah saya sedari waktu PKP dahulu lagi, iaitu Mutiara Bersatu. Mengkala kata salmon kaaaa, yang depa supply memang thorbaik la, harga tu agak mahal, tapi berbaloi. Cumanya bagi rakyat marhaen seperti saya ni, tak boleh la amal selalu. Kalau sekali-sekala terasa sedikit kaya, saya akn order dari mereka inilah. Tapi kebiasaannya sebagai rakyat marhaen, saya akan membeli di Lotus, dan jarang sangat saya beli di Giant. Dan untuk apa pun jenis masakan yang saya nak buat dengan salmon itu, step pertama yang saya buat ialah perap (minimum dalam 1jam) dengan garam, mix herbs dan juga serbuk lada hitam, kemudiannya di grill
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Salmon yang di grill dengan menggunakan sedikit olive oil
Psssttt, untuk grill salmon ni jangan lama-lama, nanti overcooked. Each side dalm 3-4 minit sahaja. Kalau nak bahagian kulit dia tu lebih rangup, bolehlah tambahkan masa 1-2 minit lagi tau3. Api sedang2 sahaja semasa mengrill. Tetapi sebelum masukkan ikan, pastikan kuali betul-betul dah panas tau3
Salmon grilled with spaghetti Aglio olio, wedges & salad
Salmon grilled with whipped potato & salad
Ini kira dua menu makan begitu sahaja la tau3. Meratah gitcheewww
Salmon grilled in teriyaki sauce
Pssstttt, yang ini sebenarnya satu resepi dari Abang Brian (Master Chef). Menu ni Boboboy yang masak bersama Abang Brian dalam program masakan di dalam FB. Sebab musabab tercetusnya resepi ini kerana Abang Brian dapat tahu Boboboy suka makan sushi (makanan orang Jepun), so teriyaki gravy ni kan sinonim dengan makanan orang Jepun, tu yang jadi salmon in teriyaki sauce tu haaaaaa, he3
Salmon grilled masak kicap pedas
Psssttt, haaaaa, yang ini saya yang sesuka hati buat resepi sendiri. Sebabnya nak makan bersama nasi. So kita bedal ja olah sendiri buat salmon masak kicap. Apa da hal kan3, kita yang buat dia, yerdak?? :P
Salmon grilled in cheesy tomato & mushroom gravy
Psssttt, haaa, inilah menu yang paaliiiinnggg disukaai Boboboy seketul itu. Dah berkali-kali repeat buat resepi ini tau3. Resepi ni pun saya olah sendiri ikut suka hati, ikut suka tekak kami anak beranak, he3. Menu ni boleh makan begitu sahaja ataupun makan dengan nasi tau3
~~~ The End ~~~
perghhh terangkat.. memang nk beli salmon bg harraz mkn
ReplyDeleteGreat post. Looking forward to reading more. Thanks for taking the time to write this.
ReplyDeletetop cloud service providers in malaysia