Birthday Ayah Eh Yang Ke......... | Surprise Yang Tidak Menjadi :P
Birthday Ayah Eh Yang Ke......... | Surprise Yang Tidak Menjadi :P | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Aduduuuuuu, baru perasan saya belum mencatatkan kenangan sambutan hari lahir Ayah eh pada bulan Oktober yang lepas. Sekarang dah menghampiri penghujung November dah hoooiiii. So ajiom layan saya throwback serba sedikit sambutan hari ulang tahun kelahiran Ayah eh yang ke ........ pada 15 Oktober 2022 yang lepas.
Sedari awal memang Ayah eh dah plan (sendiri plan :P), nak makan-makan kami 3 beranak dan jalan-jalan family time semasa hari ulang tahun kelahirannya tu haaaa. Just buat yang simple2 sahaja, almaklumlah umur dah lanjut katanya :P. Then seminggu sebelum tiba harinya, Ibu dengan Boboboy buat last minit plan untuk buat small surprise tepat jam 12 tengah malam (kiranya malam sebelum birthday day tu la kan3). Bukanlah beria sangat surprisenya, simple2 juga, sendiri deco & kek kecik coet ja pun he3. Oklah ajiioom la terus layan ceritera bergambar :p.
Setel deco ala-ala sahaja ketika jam masih lagi 10.30pm, 14.10.2022
Pssstt, dah nama pun surprise kan3, mestilah tak maklum kepada Ayah eh kan3. Macam yang saya kata di awal tadi, kami 3 beranak dah plan untuk family lunch and jalan-jalan sahaja on the day of birthday Ayah eh sahaja kan3. So Ayah eh memang tak expect la surpise bagai ni haaa. Seperti biasa habis kerja hakiki, Ayah eh akan sambung buat grab food. Ibu pun lupa nak pesan dekat Ayah eh untuk balik awal ka apa ka. Yerla, takkan nak pesan pula, kalau pesan karang kantoi la nak surprise bagai tu kan3. So, Ibu dengan Boboboy just tungguuuuuuu. Seperti biasa, kalau buat grab pun, Ayah eh akan call, tanya makan malam dah ka belum, buat apa, bla bla bla la kan3. Then Ibu saja ja auta kata nak tidur awal gitchew, so Boboboy ja akan tunggu Ayah. Ni kira buat macam biasa la tau3. Then sambung tunggu, tunggu dan tunggu, sampai dah 12.30 tengah malam, Ayah eh tak kunjung tiba lagi. Ibu mulaaaaaa la hangiinnn. Dah mula panas hati, so simpan balik segala kek, dessert, tutup lampu lip lap surprise bagai, terus masuk tidur. Bukannya boleh tidur pun, tapi dah geram, kita buat la tidur2 ayam :P. Then dah lepas jam 1pagi baru Ayah eh balik. Ibu buat-buat lena lagi, tapi dengar la Ayah eh cakap "laaaaa, ada surprise ka, kenapa tak bagitau Ayah bla bla bla". So yang dok melayan Ayah eh, si Boboboy la kan3. So, lepas tu Ayah eh terus mandi bersihkan badan semua dahulu, dan Ibu masih buat-buat lena sebab panas hati surprise tak jadi :P. Seterusnya, birthday boy la kena pujuk Ibu yang merajuk kan3. Takkan Ibu nak pujuk diri sendiri, atau Boboboy pujuk Ibu kan3. Dekat sejam la juga rasanya (agak-agak ja) baru pujukan separa menjadi. Ibu dah kurang merajuk, tapi still merajuk :P. So terus sambung acara nyanyian happy birthday, potong kek, sesi bergambar bagai....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Boboboy dengan Ayah eh di malam kejadian
Pssstt, gambar Ibu tiada malam kejadian sebab masih separa merajuk keeennn :P. Setel semua rasanya dah dekat jam 2.30pagi dah tau3. So esok tu, dek kerana Ibu masih separa merajuk, so Ayah eh la yang kejut kami semua bangun dan bersiap-siap untuk official family birthday celebration gitchew. Ayah eh memang tahu kalau Ibu tengah merajuk, walau sikit-sikit, dia tetap akan pujuk sampai Ibu betul-betul ok :P. So dalam tengah sesi bersiap untuk outing tu, Ayah sambung sesi memujuk Ibu. Dan sesi ini diselangi dengan penyibuk antarabangsa a.k.a Boboboy tu. Dan akhirnya ayah eh berjaya pujuk Ibu eh sepenuhnyaaaa. Then barulah ada gambar kami 3 beranak :P
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Keluarga kecil saya
Pssst, selesai sesi bergambar sekeping dua, kami 3 beranak terus birthday outing la kan3. Terus ke Queensbay Mall, untuk sesi lunch dan jalan-jalan. Nama ja birthday Ayah eh, tapi Boboboy yang pilih nak makan apa :P. Memula Boboboy nak sushi la kan3, dah hantu sushi. Tapiiiiiii, tak kena la sebab Ayah eh bukan makan sushi puunn. Setakat semulut dua boleh la. So pujuk punya pujuk, pilih punya pilih, fikir punya fikir, akhirnya sepakat memilih Nandos, tapinyaaaa sushi tetap adaaa, kita tapau :P
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Mamak Penang hantu sushi :P
Pssstt, saya dah up entry Boboboy hantu sushi dalam ENTRY INI
Ayah eh birthday lunch di Nandos
Our chosen set
Pssstt, terus ambil sekor ayam, baru puas kokak anak beranak kan3 :P. Flavour ayam tu separuh ambil mild, separuh lagi spicy. Sides kami ambil mediterranean rice, spicy rice dengan wedges. Air ambil satu gelas jaaaa, kan free refill, so jimaaaaattt he3
Tak habis pun weeiii, memang puas ambil set seekor ayam ni
Alhamdulillah, tapau mana yang tak habis, sambung jalan-jalan window shopping dalam Aeon dan juga Queensbay Mall. Kemudian balik kepenatan he3. Selesai sudah sambutan simple birthday Ayah eh untuk tahun 2022. Mohon doa ramai untuk kesejahteraan dan kebahagiaan suami saya bersama kami sekeluarga, amiiiinnnn.
~~~ The End ~~~
No comments:
Post a Comment