Keperluan Utama Masa Kini | Monthly Stock-up Routine
Keperluan Utama Masa Kini | Monthly Stock-up Routine | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Enrty ni sebenarnya dah lamaaaa sangat saya nak up, tapi asyik tertangguuuuuuuhhhh sahaja. Macam biasa la kan3 :P. So kali ini saya kena up juga, sebagai perkongsian dengan semua dan catitan peribadi diri saya. Semoga serba sedikit, bermanfaat untuk yang membaca kan3.
Semenjak di fasa PKP pertama lagi, sudah menjadi rutin saya untuk restock aneka jenis peralatan dan keperluan kesihatan. Baik dari segi ubat-ubatan, vitamin, makanan tambahan, serta kerperluan dan peralatan kesihatan yang lain. Iyerla, semenjak kita hidup dikelilingi Covid ni, kita kena senantiasa berjaga-jaga dan mencuba sedaya upaya untuk memperbaiki kesihatan kita kan3. Sehingga kini saya memang khaskan one corner of my room sebagai my health corner. Nak tahu apa yang ada di 'MY HEALTH CONER' ???? Ajiiiooooommm layan ceritera bergambar di bawah..................
Wajib stock up dari semasa ke semasa
Psssttt, this is my latest stock up. Ini hanya bahagian ubat-ubatan, vitamin, dan makanan tambahan sahaja naaaaa. Untuk yang lain meh sini kita layan ceritera lagiiiiiiiiii
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
My Health Corner
Pssstt, ni saya snap di waktu yang berbeza-beza taaaauu. Sedari awal kewujudanya tau3. This has been my favourite spot in my house, besides' my kitchen laaaa kan3. Ok meh sini saya cuba go into details, apa yang ada. Walau tidak cover kesemuaaa tapi saya akan cuba ceritera antara item yang penting gitchew
v
v
v
v
v
v
Antara peralatan yang ada
Pssstt, dari gambar di atas ni, saya ada fog machine, nano spray gun, mist sprayer (auto&manual), oximeter, infrared thermometer, diffuser, humidifier, digital arm blood pressure monitor, dan glucometer. Sekarang ni kedua-dua spray gun, satu humidifier dan YL diffuser tu dah rosak tau3. So sekarang ni saya lebih menggunakan mist sprayer sebagai ganti
Antara ubat-ubatan, vitamin, makanan dan alatan kesihatan tambahan
Pssstttt, antara keperluan penting adalah ubat-ubatan (demam, batuk, kahak, sakit tekak, selsema, antibiotik), vitamin, nasal spray, essential oil, habbatussauda, madu, self test kit, sanitizer, fogging disinfected liquid, cool fever, balm, inhaler, dan dettol wipes/handwash liquid/spray
Lain-lain keperluan
Pssstt, haaa ampa nampak tak tuuuu??? Siap dengan ala-ala PPE lagi mak sediakan :P. Tu diwaktu panik melanda la tu tau3:P. Sewaktu PKP pertama :P. Dah kita belum bervaksin bagai tu kan. Tetapi, sehingga sekarang ianya tidak pernah digunakan he3. Yang lainnya adalah seperti face mask, face shield, plastik sampah, cleaning towel, dan pinggan/cawan/mangkuk/sudu garfu plastik. Untuk face mask, mula-mula dahulu saya menggunakan jenis fabrik, kerana boleh dicuci. Saya hanya menggunakan fabric face mask bersama filter. So setelah dipakai, filter kita buang dan face dibasuh. Kemudiannya saya tukar kepada disposable face mask. Sekarang ini, terdapat 3 jenis face mask yang kami gunakan. Saya menggunakan jenis duckbill, Ayah eh menggunakan KF94 dan Boboboy menggunakan KN95. Walaupun sekarang kita sudah tidak diwajibkan untuk memakai face mask, tapi untuk keluarga saya masih lagi wajib terutama jika dikawasan public, sempit dan tertutup. Face shield memang untuk kegunaan Boboboy sedari awal, tetapi sekarang ini setelah kita memasuki fasa pasca pandemik, dan Boboboy sudah lengkap vaksin 2 dose, saya bagi kelonggaran untuk dia tidak menggunakan face shield dah
Itulah serba sedikit bebelan saya yang tidak seberapa tentang persediaan keluarga saya sedari awal Covid-19 melanda. Walaupun sudah berada di pasca pandemik, tetapi bagi saya, saya masih mengekalkan langkah berjaga-jaga. Tidaklah ketat seperti waktu awal dahulu, tapi masih lagi tidak ambil sambil lewa. Basicly saya masih mengekalkan persediaan awal ubatan dan vitamin. Serta persediaan diri seperti face mask, sanitizer dan jaga penjarakan. Kita cuba mana yang mampu, Allah jua penentuNya kan3. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan tahmatNya, amiinnnn. Stay safe semuaaaaaaa.
~~~ The End ~~~
No comments:
Post a Comment