Monday, November 14, 2022

Bonding Time Dengan Berkaraoke | KStar Family Karaoke vs I-Ketupat Family KTV vs Karaoke Box Prangin Mall

Bonding Time Dengan Berkaraoke | KStar Family Karaoke vs I-Ketupat Family KTV vs Karaoke Box Prangin Mall

Bonding Time Dengan Berkaraoke | KStar Family Karaoke vs I-Ketupat Family KTV vs Karaoke Box Prangin Mall | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Untuk entry kali ini saya nak share beberapa port pusat karaoke keluarga yang saya pernah pergi untuk riadah keluarga kecil saya naaa. 


Bagi mereka yang memang follow saya, pasti tahu kami sekeluarga memang meminati sesi karaoke kan. Saya selalu share di media sosial saya (FB & IG) dan juga mencoretkan di dalam blog kesayangan saya perihal sesi karaoke kami sekeluarga gitchew. Antaranya adalah entry familia-karok-session-2015nostalgia-sesi-karaoke-2018 dan riadah-keluarga-kecilku-2022


So kali ini saya ingin berkongsi pengalaman kami sekeluarga berkaraoke di 3 buah port karakoe, atau pusat karaoke keluarga yang berbeza yang ada di Pulau Pinang. Iaitu KStar Family Karaoke, I-Ketupat Family KTV serta Karaoke Box Prangin Mall. So ajiiiooomm layan ceritera dibawah.


 KStar Family Karaoke


Pssstt, pusat karaoke ini terletak di bangunan The Promenade, Bayan Lepas. Bangunan rumah kedai, dan kalau tidak silap ada tiga tingkat miliknya. Bilangan bilik juga mempunyai beberapa pilihan, dan total unit bilik juga banyak, jangan risau. Secara detailnya pilihan bilik yang ada adalah regular, medium dan vvip. Harga pula terdapat dua pilihan , iaitu happy hour (11am-7pm) dan normal hour (7pm-3am). Harga bermula dari serendah RM12/jam sehingga paling mahal ialah RM30/jam. Pusat karaoke ini buka setiap hari tau3, 11am-3am. Walaupun bilik yang ada memang banyak, tetapiiiii, kadang-kadang full-house juga wweeeeiiiii. So kalau nak pergi time peak hours, better call dan buat tempahan terlebih dahulu la noooooo


Bilik regular


Pssttt, kami memang sentiasa memilih bilik yang paling murah iaitu bilik regular sahaja. Iyerlah kami 3 beranak ja pun. Then yang nak melalak memekik hanya cap Ayah eh dan anak eh ja kan3. Ibu eh senantiasa menjadi pemerhati a.k.a photog ja kan3 :P. Kebiasaannya pun kami akan pergi masa happy hour, kerana murah dan orang tidaklah seramai time normal hour tu haaaaaa


Cap Ayah & anak sedang berusaha memilih lagu


Pssttt, nampak dak seriusnya dua beranak tu memilih lagu. Siap cekak pinggang, kejap bediri kejap duduk bagai he3. Haaaa, tiap kali sebelum memekak karok bagai, part pilih laguuuuu ni la yang paling ghaplah. Sebelum masuk bilik, kemahen dok ingat nak nyanyi macam-macam lagu, elok tiba masanya, habis lupa, lepastu seksa sebab tak jumpa cari lagu yang diingini he3. Kadang-kadang, Ibu eh ada juga  list few lagu yang Ibu nak Ayah eh karok, tapiiiiii, kadang tu memang tak jumpa weeeiii :P. Sebab kami selalu hanya ambil sejam ja pun, tu yang tak mahu buang masa dekat part memilih lagu. So ayah eh memang bedal ja mana lagu dia jumpa :P. By luck kalau jumpa lagu yang Ibu nak memang Ayah eh pilih la, kalau dak, bedal ja apa adanya, asal karok he3


Sambil duduk dalam sinaran lampu pun booolleeeeehhh


Tak cukup duduk, kebas pung*ong, berdiri pula dalam kegelapan pun boolleeeehhhh :P


Berkaraoke 3 beranak dengan berlampu disco gitcheeewww


I-Ketupat Family KTV


Pssstt, pusat karaoke ini terletak di Relau, Bayan Lepas. Waktu operasi juga setiap hari dan harganya bermula dari RM25/jam. Jenis bilik pun ada beberapa, tapi lebih mahal so saya tak ambil details eh semua tu la noooo. Sebenarnya, kami saja ja try pusat karaoke yang ni. Pi sekali ni ja la, lepas ni tak mau dah :P. Sebabnya harga jauh lebih mahal, bilik jauh lebih kecil, then sound system eh kelaut dalam. Bergema, berdengung sampai bingit telinga weeiii. Ayah eh kata saja ja nak try pi yang KTV, sebab sound system lagi elok. Tup-tup, hauukkkkk weeeiii :P


Karaoke Box Prangin Mall


Pssttt, karaoke box ini terletak di dalam Pusat Hiburan Keluarga di tingkat 5, Prangin Mall. Dah nama pun karaoke box, memang kecik coet ja la kan3. Muat2 elok ja kami 3beranak dalam tu weeii. Sound system pun ala-ala ja. Jangan la dok mengharapkan lebih-lebih yaaaaa. Sila faham apa itu karaoke box dan juga pusat karaoke naaaa, berbezaaaaa. Harga yang dikenakan mengikut bilangan lagu, RM1 untuk satu lagu. Banyak mic yang rosak, so sila la lompat dari box ke box untuk mendapatkan dua mic yang berfungsi :P



~~~ The End ~~~

1 comment:

  1. saya kalau dah jumpa pusat karok yang best, memang ulang-ulang pergi situ jelah.

    ReplyDelete