Premium Room, The Granite Luxury Hotel | Tarikan Terkini Penginapan Mewah Di Pulau Pinang
Premium Room, The Granite Luxury Hotel | Tarikan Terkini Penginapan Mewah Di Pulau Pinang | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Kali ini saya akan berkongsi sebuah Hotel terbaru di Pulau Pinang iaitu The Granite Luxury Hotel, yang terletak di tengah-tengah bandaraya Georgetown. Hotel ini merupakan pilihan terbaik bagi percutian romantik bersama yang tersayang, ataupun untuk percutian bersama keluarga, mahupun bagi tujuan rasmi (kerja dan perniagaan).
The Granite Luxury Hotel terdiri daripada dua bangunan (interconnected), yang secara keseluruhannya menawarkan sehingga 52 single/double rooms (Superior Room, Premium Room, Luxury Room), serta 100 suites (The Serene, The Baroque, The Razzle, The Deluxe, The Classic, The Splendor). Bagi penginapan yang lebih selesa, serta privasi, untuk percutian keluarga, pengunjung boleh memilih untuk interconnecting rooms ataupun bilik suites-nya. Dengan lokasi hotel yang terletak di tengah-tengah bandaraya Georgetown, semestinya ianya menjanjikan pemandangan penuh bersejarah bagi setiap biliknya. Pengunjung yang menginap pasti akan terpesona dengan pemandangan terus menara ikonik Pulau Pinang iaitu KOMTAR serta pemandangan keseluruhan bandaraya bersejarah itu sendiri. Walaupun Hotel ini masih baru, tetapi ianya telah menempa nama di kelasnya yang tersendiri kerana tersenarai di dalam Malaysia Book of Records, sebagai The Highest Acrylic Bottom Swimming Pool dan juga The Tallest Automated Hotel Car Park. Baiklah, jom kita bersama-sama layan serba sedikit review bergambar di bawah ini untuk gambaran serba sedikit The Granite Luxury Hotel.
The Granite Luxury Hotel, Georgetown, Penang
Entrance ruang lobby di wing baru The Granite Luxury Hotel
Lobby The Granite Luxury Hotel
Pssttt, sudah terserlah ciri-ciri kemewahan dari setiap inci rekaan dalamannya termasuklah perabot, kaunter, hiasan dinding, lantai serta dengan kombinasi warna golden, putih dan juga hitam
The Premium Room
Psstt, sekali lagi hiasan dalaman bilik masih mengekalkan ciri-ciri kemewahan kan3. Simple yet luxurious. Bagi Premium Room, pengunjung mempunyai pilihan untuk twin bed/super king bed, ataupun king bed.
Complimentary from The Granite Luxury Hotel
Ruang wardrobe, dengan kemudahan ruang sangkut & simpanan, peti keselamatan, iron board, iron, hair dryer, bathrobes dan juga slippers
Ruang tandas & mandi
Pssttt, ruang tandas dan shower ini dipisahkan dengan ruangan sinki di tengah-tengahnya. Sehinggakan ke dalam ruangan bilik air pun ciri-ciri kemewahan masih dikekalkan. Ini dapat dilihat melalui penggunaan wall granite kombinasi warna hitam dan emas, serta kelengkapan (toilet fittings) yang juga keemasan. Toiletriesnya juga merupakan dari jenama yang ekslusif iaitu Nugget. Bukan itu sahaja taaauuu, satu lagi ekslusifnya ruangan bilik mandi di The Granite Luxury Hotel ini, adalah glass wallnya boleh diuabah laras untuk see through atau tidak tau3.
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Tadaaaaaaa, sekejap nampak, sekejap tak nampak :P
Pssstt, pengunjung boleh mengubah permukaan dinding kaca di bilik mandi ini dengan menggunakan suis khas. So pilihan di tangan anda, pilihlah dengan bijak #eh3 :P
View dari bilik Premium Room iaitu menara ikonik Pulau Pinang iaitu KOMTAR yang tersergam indah sejak puluhan tahun
The Mirage Pool Deck di waktu malam
Psssttt, The Mirage Pool Deck terletak di tingkat 13, dengan view direct menara ikonik Pulau Pinang, iaitu KOMTAR. Selain terdapat kolam renang dewasa dan kanak-kanak, disini terdapat juga ruang santai dan bench by the pool. Lifeguard yang sememangnya mesra dan helpfull, sentiasa ada untuk menjamin keselamatan para pengunjung. Selain menjadi ruang pilihan untuk bermandi manda di dalam kolam renang, disini juga sangat sesuai sebagai port OOTD tau3. Dengan view yang cantik, tidak kira siang atau malam, dekorasi ruangan santai serta lampu siling LEDnya memang unik dan menarik untuk para pengunjung capture their precious moments here
Awesome view at The Mirage Pool Deck Day vs Night
The award winning, Malaysia Book of Records for Highest Acrylic Bottom Swimming Pool
Psssttt, inilah merupakan The Highest Acrylic Bottom Swimming Pool yang tercatat di dalam Malaysia Book of Records. Kolam renang pertama seumpanya di Pulau Pinang. Ianya memberikan peluang kepada para pengujung untuk menikmati satu pengalaman berbeza, serta mencabar diri dalam mengatasi ketakutan ketinggian
Ruang Gymnasium
Sewaktu sesi mengeluarkan kenderaan dari Parking Automatik The Granite Luxury Hotel
Ruang Parking Automatik The Granite Luxury Hotel
Pssttt, ini juga merupakan satu lagi keunikan The Granite Luxury Hotel yang telah memenangi Malaysia Book of Record, bagi Tallest Automated Hotel Car Park. Sememangnya satu pengalaman yang sungguh mengujakan tau3
Promosi sempena pilihan raya ke 15
Pssttt, jangan lepaskan peluang keemasan untuk menikmati penginapan penuh luxurious di The Granite Luxury Hotel
~~~ The End ~~~
Uniknya. saya paling tertarik kat part swimming pool tu. kalau stay hotel ni memang tak keluar lah. nampak mewahnya
ReplyDelete