Sushi King vs Sushi Mentai vs Empire Sushi | Boboboy Seketul Hantu Sushi
Sushi King vs Sushi Mentai vs Empire Sushi | Boboboy Seketul Hantu Sushi | Assalammualaikum dan selamat petang Khamis semua. Mulai esok kita akan bercuti sempena pilihanraya kan3. Dan kemungkinan besar Isnin pun akan cuti juga kan3 :P (walaupun belum umum secara rasmi oleh pihak yang memang). So long weekend la jadinya kan3. Saya suka, saya suka, saya suka, he3 :P.
So hari ini semangat nak up satu lagi entry. Entry hari ini tentang anak nan seketul saya tu laaaa. Ada pun seketul tu ja kan3, sah2 la kena banyak cerita tentang dia kan3 :P. Kalau nak recap semula sejarah silam keterjebakkan Boboboy dengan kancah ke-sushi-an ini, panjang ceritaranya, penuh liku dan onak duri. Tapiiii, dek kerana kekangan masa, saya akan ringkaskan sebagai panduan di masa hadapan:P. Ceceewaaaaahh, kemaheeennn intro sejarah bagai he3 :P. Mula la nak merepek kan3. Ok3, meh sini kita cerita betul-betul naaaaa.
Sebenarnya dari Boboboy berumur 3tahun lagi Boboboy dah suuukaaaa sangat ke restoran sushi. Niat utama anak nan seketul di waktu itu, bukanlah nak makan sushi, tapi teruja nak main tangkap-tangkap makanan dari moving tray dalam restoran sushi tu haaaaa :P. Saya pernah up entry di SINI. Di masa itu dia hanya menikmati chawan mushi dan binatang yang berada di atas sushi itu, tapi nasi sushi tu Ibu dengan arwah Opah la yang kena makan he3. Memang Ibu dan arwah Opah peminat sushi sedari dulu. Sejarah Ibu dan Opah tak payah recap la naaaaa :P. So walaupun time tu Boboboy belum lagi meminati sushi, tapi dia kerap ikut Ibu dan Opah menikmati sushi. Dan ketika itu, kami hanya akan ke Sushi King sahaja tau3.
Sehinggalah Boboboy dah besar sedikit, rasanya dalam umur 5tahun macam tu, Boboboy dah mula enjoy sushi. Seingat saya diwaktu itu kesukaan Boboboy adalah yang jenis telur ikan tu. Tak kira la ebiko ka, tsubuko ka, tobiko ka, masago ka, ikura ka. Tapiiiii, pujaan hati eh sah3 la ebiko/tobiko. Dan di waktu itu, pilihan port sushi kami ialah Sushi King dan juga Empire Sushi. Sehinggalah arwah Opah eh meninggal. Hampir setahun jugalah kami tidak menjejakkan diri ke mana-mana kedai sushi. Sebab itulah port "me time" kami 3 beranak. Sangat-sangat strong memory dengan arwah, so kami belum kuat untuk pergi kesana tanpa arwah Opah eh. Sebab memang kalau ke sushi, hanya kami 3 beranak, arwah Opah eh, saya dan Boboboy, Mr Hubby tidak pernah ikut, sebab dia memang tak makan langsung.
Setelah itu, entry INI merupakan pertama kali saya dan Boboboy menikmati semula sushi. Dan diwaktu itu ebiko/tobiko masih lagi pujaan hati dinda si Boboboy. Tetapi di waktu itu Boboboy dah mula berjinak-jinak dengan raw salmon, tuna bagai tu haaaa tau3. Semuanya bermula bila Boboboy follow Ibu review buffet dinner dekat hotel. Time tu favourite sungguh la kalau dapat pekena salmon sushi, tuna sushi, white tuna sushi bagai tu haaaa. Even sashimi dengan smoked salmon pun Boboboy enjoooyyy tau.
Kemudiannya dalam few months selepas itu, baru saya mula ke Sushi King berdua bersama Boboboy. Saya cuba cari gambar 1st dine in tu tak jumpa la pula :P. Sempat sekali tu ja la dine in dalam restoran sushi, then dah kena lock down dek kerana Covid-19. Elok PKP dah dilonggarkan, dah boleh tapau sendiri bagai tu, lelajuuuu la anak seketul tu request sushi. Time tu Mr Hubby suggest try new sushi dekat rumah iaitu Sushi Mentai. Sebab Mr Hubby kata lebih murah dari Sushi King. Mr Hubby tahu pun sebab dia selalu kena hantar, ramai orang order Grab. Sekali cuba terus terjebak weeeiii he3.
Nampak daaaakkkk??? Wajah kegembiran ituuuu??? Cair hati Ibu Ayah weeeeiii
Pssttt, kami anak beranak men-Sushi Mentai kebanyakkan semasa masih dalam PKP/PKPP bagai tu. Kiranya sewaktu dine-in masih belum dibenarkan. So memang akan order though Grab atau pun terus ke restoran eh untuk order take away
Ninjiiiiaaa menu pilihan hati setiap kali mencemar duli ke Sushi Mentai
Pssstt, memang sah2 la wajib dengan ebiko/tobiko eh dan juga salmon eh naaaa. Ada juga try few others menu yang tak ingat nama, but sekali tu ja la, sebab tak kena dengan tekak. So memang hanya akan repeat lagi dan lagi dan lagi menu yang sama ja kebiasaannya, sebab tahu hanya menu itu sahaja yang memang akan buat diri puuuaasssss, gitcheewww
Ini wajah-wajah kegembiraan Boboboy dine-in di Sushi King pula
Psstt, kalau dengan Sushi King, memang wajib dine-in la kan3. Sebab Boboboy seketul tu dari baby lagi memang enjoy sangat-sangat dok main tangkap-tangkap makanan dari moving tray Sushi King tu kan3. Tambah sekarang dah tambah lagi satu automatik tray yang siap boleh bercakap (macam robot tu haa), yang hantar makanan yang kita special order tu. Lagiiii la seronok Boboboy seketul tu. So lepas PKP, & dine-in dibenarkan memang lelaju la bawa boboboy seketul dine-in kan3. Seronok tak terkata la anak seketul tu tau3. Then kami repeat lagi dan lagi dan lagi dan lagi. Ada few times memang paksa rela Ayah eh turut serta, walaupun Ayah eh tak makan :P. Tapi akhirnya ayah eh makan la juga sejenis dua. Tu pun kena sushi yang fully cooked he3. Even bento set pun kami try juga, tapi still tak kena dengan tekak anak beranak, so sekali tu ja la try
Seperti mana yang saya ada sebutkan di awal tadi, sebuah lagi port pilihan sushi bagi kami anak beranak alalah Empire Sushi. Tapinya, gambar memang tiada. Sebabnya setiap kali beli memang untuk take-away, dan Boboboy akan lelaju makan terus on the spot he3.
Secara kesimpulannya, ceceewaaaaah, entry sushi pun saya main kesimpulan bagai :P, untuk kami anak beranak, setakat ini, port yang memang menjadi pilihan untuk bersushi adalah 3 jenama yang dinyatakan di atas la. Kerana ini yang kena dengan selera kami, dan kami sudah selesa sedari dahulu lagi. Semestinya akan ada next, next, dan next trip selepas ini.
~~~ The End ~~~
saya pun suka sushi. haha mentai pun baru saya belajar makan. nippon sushi dah pernah cuba?
ReplyDeleteLagi best dine in kan dari take away sebab boleh tangkap atas belt tu. Tul tak?
ReplyDelete