Thursday, September 22, 2022

Makan Best Di Food Republic Pavilion KL | Sekali Pi Tak Cukup Bak Kata Orang Penang :P

Makan Best Di Food Republic Pavilion KL | Sekali Pi Tak Cukup Bak Kata Orang Penang :P

Makan Best Di Food Republic Pavilion KL | Sekali Pi Tak Cukup Bak Kata Orang Penang :P | Assalammualaikum dan selamat petang semuaaaaaa. Ajiom kita sambung lagi ceritera cuti-cuti Aidilfitri May hari tu. Entry sebelum dah ada ceritera JJCM KL eh kan3, so kali ini meh sini saya nak share details pula JJCM di Pavilion Kuala Lumpur pula naaaaaaa. 


Dek kerana pepagi lagi kami 3 beranak dah menaiki monorail ke Bukit Bintang, makanya sesampainya sahaja di Pavilion, kelaparan la kami he3. Dengan lelajunya singgah sarapan di Burger King. Buat lapik peruit sahaja tema eh. Then terus sambung jenjalan dalam Pavilion. Tak sampai pun berapa jam jalan, dah tak larat dah hooiii. Iyerla, ini kerana tadi kan dah berjalan dari stesen monorail Bukit Bintang ke beberapa shopping complex di sepanjang Jalan Bukit Bintang tu haaaaa (Sungei Wang Plaza, lot 10, Fahrenheit bagai tu haaaaaa). So kaki memang lenguh tak sangga dah la kan3. Boboboy dah request kata lapar, so teruslah kami ke pusat makanan dalam Pavilion tu a.k.a Food Republic.


Seperti mana saya rambang mata di Food Garden Sogo, begitulah juga saya rambang mata di Food Republic Pavilion. Ikutkan nak membeli tu, macam-macam lagi naaaakkk, tapi tak lalu nak beratur untuk setiap stall tu haaaaa. Memang penuh manusia sedangkan waktu tu barrruuuu  ja nak menghampiri tengah hari (dalam 11.30am macam tu), di hari raya kedua tu tau3. Saya dok ingatkan, manusia lain semua sibuk beraya dengan sanak saudara, di kampung halaman, sebab ramai riuh tak dapat balik raya sebelum ni sebab PKP kan3. Kami ni lain la, sebabnya kami ni kan golongan yang tiada kampung halaman, tiada mak bapa dah, dan tak ramai saudara mara. Sebab tu kami dok ingat kami ja la yang beraya di shopping complex, food court bagai ni haaaa :P. Ditemani bangla, indon, myanmar, arab, dan segala warga asing tu haaaa kan3. Rupanya tidaaaaakkkk he3. Memang penuh Food Republic Pavilion tu dengan orang melayu weeeiiiii. Dah rasa macam hadiri rumah terbuka Aidilfitri pula :P. Disebabkan itu jenuh satu-satu stall tu kena beratur lebih sejam untuk dapat order. Makanya kenalah pilih yang paliiiiiiiing teringin nak rasa sajalah. Setelah musyawarah suami isteri (konooonn, sedangkan, saya sorang yang decide :P
), kami sepakat memilih Dubai, Express Teppanyaki dan Ken-Chan Curry. Jangankan kata nak beratur beli makan ja yang berejam, nak beratur beli air pun berejam hooiiiii. Naik senget kaki kami suami isteri tara nak dapat duduk dan menikmati menu pilihan hati weeeeiiii he3. Nasib baik laaaaaa tok laki mak redha kali ni. Setelah lebih dari 2 jam beratur sana sini, barulah kami 3 beranak dapat menikmati hidangan pilihan.


Cap ayah & anak di Food Republic Pavilion yang sabooooorrr menanti Ibu eh setel snap gambor makanan eh :P


Pssttt, diatas inilah menu yang kami try di hari kejadian. Dari stall Express Teppanyaki, kami cuba slice beef set eh yang tak kena dengan taste wise kami suami isteri, dan saya dah up review di SINI (sila baca sendiri :P). Then, dari stall Ken-Chan Curry, kami cuba nasi goreng eh, iaitu Chicken Cutlet Cream Cheese Omelete Rice. Akhir sekali dari stall Dubai kami mencuba aneka jenis baklava/pencuci mulut turkish eh dan semestinya wajib untuk cuba dia punya Kunafa cheese laaaa kan3
v
v
v
v
v
v
v

Ni gambar versi all-in


Chicken Cutlet Cream Cheese Omelete Rice dari stall Ken-Chan Curry


Pssstt, ini  menu pilihan Boboboy. Komen saya makanan ni OK la, tak la tak best, dan bukanlah best sangat. Kalau sekadar hanya untuk merasa, boleh la :P. Lagi satu portion dia agak kecil/sikit. Potongan chicken cutlet tu berbaloi. Gravy dia Boboboy suka sebab bertelur, bercream dan becheese kan3. bagi tekak saya tak berapa la, setakat semulut dua boleh la he3


Slice beef set dari stall Express Teppanyaki


Pssstt, yang menu ni malas nak komen banyak lagi sebab dah komen panjang lebar di SINI kan3


Ini dari stall Dubai


Pssssttt, inilah gerai yang paliiiiinnggg saya rambang mata nak pilih menu untuk dicuba. Ini adalah kerana sememang sudah lamaaaaa ku idamkan untuk mencuba the real Timur Tengah/Turkish desserts ni tau3. Masa tu tak jumpa di Penang (sekarang Penang pun dah adooooooo). Dan juga memang Dubai ni ramai sangat yang dok kata sedap, sedap, sedap. Bila dah tiba depan mata sendiri terus jadi rambang mata. Dengan aneka jenis nasi eh, aneka menu ayam/kambing eh, dengan desserts eh yang bermacam jenis. Tapinya tak boleh la nak cuba semua, rabaaakkk la poket weeeeei :P. Kena sedar diri bukan golongan T20 :P. Makanya kita pilih serba sedikit buat habuan rasa-rasa sajiaaa he3


Sebagai penutup, saya cuma nak kata, sekali pi memang tak cukup wweeeeeeiii. TAK PUUUAASSSS, memang nak kena REPEAT :P



~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment