Monday, September 5, 2022

Teppanyaki Sogo Food Garden vs Express Teppanyaki Food Republic Pavilion | Yang Mana Pilihan Hati??

Teppanyaki Sogo Food Garden vs Express Teppanyaki Food Republic Pavilion | Yang Mana Pilihan Hati??

Teppanyaki Sogo Food Garden vs Express Teppanyaki Food Republic Pavilion | Yang Mana Pilihan Hati?? | Assalammualaikum dan selamat pagi Isnin semua. Haaaaaaa, ceritera JJCM yang ini yang saya simpaaannn dari masa cuti-cuti Aidilfitri bulan May yang lepas tau3. Ini kerana time tu la 1st time saya torai teppanyaki di Kuala Lumpur gitcheeewww. Punya dah lamaaaa teringin nak ber-teppanyaki, akhirnya dapat juga yang berkenan di hati wei. Itu pun nuuuunnn jauh di kotaraya Kuala Lumpur he3.


Sebenarnya dari Penang lagi saya dah aim untuk torai Express Teppanyaki Food Republic Pavilion, semasa JJCM cuti-cuti Aidilfitri hari itu tau3. Yer laaa, kalau kita google, ramaaaiii yang rekemen kan3. Time tu tak jumpa pun review atau suggestion untuk teppanyaki dekat Sogo haaaaa. 


Tetapiiiiii, al-kisahnya, pada cuti-cuti Aidilfitri tu, memang ambil hotel berdekatan dengan Sogo, dan memang aim untuk window shopping di Sogo kan3. Lagipun kebanyakan restoran luar memang TUTUP, so sah-sah la pilihan yang saya confirm buka adalah di dalam food court Sogo la kan3. Masa mula-mula terjah Sogo Food Garden dekat tingkat 6 tu, memang rambang mataaaaaaa. Luuaaass dan bermacam jenis gerai dan restoran yang ada di level tu tau3. Jalan punya jalan, punya jalan, tibeerrrr hidung tertusuk sejenis bau smokey yang sedaaappsssss. Tengok-tengok, tudiiiaaaaaaaa, ada gerai Teppanyaki di hujuuunggg nuuunn (dekat dengan waterfall di Food Garden). So apa lagi, menggelenjat terus la saya he3. Mula runtun Mr Hubby, nak torai teppanyaki ituuu he3. Si Boboboy dah chop nak makan Nandos, tapi kena makan teppanyaki dulu baru teruskan ke Nandos pula he3 :P.  Ikutkan stall Teppanyaki tu ada section yang kita boleh duduk betul-betul dihadapan dapur dan tengok live action sesi memasak teppanyaki itu naaaaa. Tapiiiiii, dah ada orang duduk, so kami anak beranak hanya duduk di seat berdekatan dengan waterfall. Duduk pi la tang mana puunn, saya terima seadanya asalkan dapat merasai teppanyaki ituuu, he3. Oh, one more thing, yang live action cooking ni taklah macam yang canggeh-canggeh, senduk terbang2, berapi-api bagai tu naaaaa. Just aksi memasak yang normal tu ja :P.


Tidak terhenti disitu, the next day, kami sekeluarga terjah pula Pavillion untuk Express Teppanyaki di Food Republic eh tu haaaa. Walau dah makan dekat Sogo tapi tetap kena cuba juga tempat viral yang diwar-warkan tu kaaaaaan. Dah alang-alang ke KL keeennn, wajib la bedal semua JJCM yang boleh kan3. Taklah nanti dah balik Penang dok teringat-ingat kan3, he3. Banyak betul kan, kan, kan :P. Express Teppanyaki Food Republic Pavilion ni terletak di level 1 naaaaa. Food court Pavillion ni puuunnn luas nak mampuusshhh he3. Dengan manusia yang ramai ya amat la masa kami anak beranak pi haritu. Sekali lagi kami rambang mata :P. Aim makan dekat sini adalah untuk Teppanyaki eh, Dubai eh (Arabic dessert) dan juga Ken-Chan Curry eh (Japanese style foods).


Oklah, jiom kita sambung ceritera review teppanyaki dahulu naaa untuk kali ini. Untuk JJCM KL yang lain, kita sambung next entry naaaa.


Teppanyaki Sogo Food Garden


Pssttt, untuk percubaan pertama kali ini, kami hanya ambil satu set sahaja. Nama sebenar menu ini saya dah lopaaaaaa he3. Tapi yang ni kira mix punya tau. Kandungan mix-grill teppanyaki ini terdiri daripada sayuran (taugeh, sawi, carrot, daun bawang & crunchy garlic) bersama udang, sotong, daging, kambing dan juga ayam. Set ini juga didatangkan lengkap bersama satu mangkuk nasi dan juga sup miso. Harga tepat set ini juga saya lupa he3, tapiiiii berbaloi la bagi saya secara peribadi. Estimate harga kalau tak silap dalam RM28-29 atau RM30-34 macam tu. Banyak taaauuu portion makanan satu set ni, kami suami isteri kongsi bersama pun kenyang tau3. Kalau anda lihat gambar di atas, boleh nampak isi di dalamnya juga banyak kan3. Bukanlah semata-mata sayur yang penuh pinggan tau3. Portion seimbang sayur dan juga isi eh. Daging dan kambing juga tebal dan juicy tau2. Seafoods eh juga fresh. Dari segi rasa saya memang suka sangat-sangat, terbaiiikkkkk sehingga saya terkenang-kenang weeeiii. Gravy teppanyaki ni memang kena betul dengan tekak saya dan tidak kedekut langsung, saya jilat sehingga licin tau3 he3. Kombinasi semua item (taugeh, sawi, carrot, daun bawang, crunchy garlic, udang, sotong, ayam, daging, kambing, nasi dan sup miso) pabila dimakan bersama memang sedap tak terkata. Miso sup dia pun dia sedap tau3, broth itu rasa pure betul bila dihirup


Express Teppanyaki Food Republic Pavilion


Pssstttt, kali ini saya ambil slice beef set, RM26.00. Dari gambar dah boleh nampak portion eh kan3. 3/4 pinggan sayur sahaja, dan penuh dengan kobis, dengan hanya sedikit taugeh. Slice beef tu nipis-nipis dan secoet sahaja kan3. Taste wise ok2 sahaja. Gravy eh pun secoet. Kiranya tak puas la makan. Nasib baiiiikkklah dah puas makan Teppanyaki Sogo, kalau dak memang kempunan la jawabnya:P. Oleh kerana sudah jatuh hati dengan Teppanyaki Sogo Food Garden, makanya untuk 2nd cuti-cuti KL di SINI, memang dah decide untuk REPEAT
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Tadaaaaaa, mentamak haloba :P


Psst kali ini saya mencuba chicken breast set RM16.90, salmon fish set RM22.90, dan terderloin set RM24.90. Kami ambil 3 set, kongsi makan ramai-ramai (5org). Kenyang tedahak semua he3. Bedal sampai betul-betul licin, walaupun sebenarnya dah kenyang, tapi sayaaanggg tak habiskan sebab sedaaappss he3. 


Avelanjer zoom in set Teppanyaki Sogo Food Garden yang sedap ya amaaattt


Pssstt, tu nampak dak bersepah crunchy garlic atas set salmon ituuuuu??? Peerrgh, seriously weeii, memang sedap ya amat crunchy garlic deme ni tau2. Tapi kalau nak diikutkan portion untuk set salmon tu yang paling banyak crunchy garlic tu tau3. Set yang lain tu ada, tpi tak la sebanyak dalam set salmon tu tau3. Sekali lagi memang cravings satisfied betul la makan teppanyaki ni. Rasa Gravy eh dengan sup miso eh memang tak lari dari yang 1st time saya cuba hari tu. Portion pun sama banyak tau3. Ampa nampak kan beef cube itu, jauh bezakan dengan slice beef dari Express Teppanyaki Food Republic Pavilion yang di atas tuuuuuu??. Even salmon eh pun bapoookk lebor kan3


Makanya sebagai kesimpulan untuk JJCM kali ini ialah, yang viral, yang famous, yang ramai orang, tak semestinya itu yang sedap naaaaaaa. Seriously kalau anda google atau search dalam FB memang yang akan keluar adalah Express Teppanyaki Food Republic Pavilion. Teppanyaki Sogo Food Garden memang payah la nak jumpa, jenuh scroll weeeeiiii, jumpa la seketul dua post/entry tentangya. Samalah kalau anda datang ke Penang, yang dok pi serbu tempat yang dok beratoq panjang tu, hat tu kami orang Penang tak pi pun wweeeiiii, he3. 



~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment