Tempat Makan Best & Menarik di Perlis | Jalan-jalan Cari Makan

9:14:00 AM

Tempat Makan Best & Menarik di Perlis | Jalan-jalan Cari Makan

Tempat Makan Best & Menarik di Perlis | Jalan-jalan Cari Makan

Tempat Makan Best & Menarik di Perlis | Jalan-jalan Cari Makan | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Rasanya macam dah agak lama saya tidak berkongsi dengan pembaca tentang Jalan-jalan Cari Makan kan3. Baiklah, kali ini saya akan berkongsi tentang sesi Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) saya bersama Mr. Hubby di negeri Indera Kayangan a.k.a Perlis.

Sebenarnya ini merupakan misi singkat kami suami isteri tau3. Iyerla kami bertolak dari Penang dalam jam 8.00 pagi dan balik dalam 3.00pm. Memang sesi rempitan ini hanya untuk JJCM dan ronda2 sahaja. Plan ini hanya dibuat sehari sebelum he3. Iyerla, tiba2 sahaja sewaktu 'pillow talk' sebelum tido, Mr. Hubby cakap macam dah lama kami berdua tidak 'merempit' berdua-duan. Iyerlah rasanya selepas Mr. Hubby let go motor Z8 dia tu la. Kesian pulak dengan Mr. Hubby. So saya terus kata ok la, jom dating merempit keesokkannya. Walaupun merempit dengan motor kecil, tapi jadilah untuk melepaskan gian he3.

Kebetulan pulak kakak saya akan datang ke Penang untuk jumpa mak saya, so bolehlah kami tinggal anak seketul tu kan3. Bolehlah dia ralit dapat main-main dengan sepupu-sepupu dia. Kalau tidak memang tak terlangkah juga nak tinggalkan anak seketul tu walaupun kami pergi untuk tempoh sebentar sahaja. Iyerla, tambah-tambah Boboboy sekarang dah besar, so memang dah tak boleh nak 'tipu sunat' kata Ibu & Ayah "work' sekejap di hujung minggu. Boboboy memang dah tahu, Isnin-Khamis Ibu & Ayah 'work', Sabtu & Ahad Ibu & Ayah cuti :P. #eh3 terpanjang pulak membebel. Tanpa melengahkan masa lagi, jom layan ceritera Rempitan JJCM kami suami isteri ke negeri Perlis Indera Kayangan.


Mr Hubby & Mrs Wifey
Rempitan JJCM suami isteri ke negeri Perlis


Restoran Ramly Burger di Hentian R&R Gurun | Tempat Makan Best & Menarik di Perlis

Restoran Ramly Burger di Hentian R&R Gurun | Tempat Makan Best & Menarik di Perlis | Seperti mana di awal tadi saya maklumkan kami bertolak dari Pulau Pinang dalam jam 8.00 pagi. Kami singgah sarapan di Hentian R&R Gurun. Restoran Ramly Burger menjadi pilihan. Untuk yang belum pernah sampai ke R&R Gurun, di sini terdapat pelbagai pilihan tempat makan yer. Memang besar hentian ini. Anda mempunyai pilihan yang pelbagai iaitu sama ada untuk makan di 'food court', KFC ataupun Restoran Ramly Burger ni la.


 Menu pilihan Hubby & Wifey untuk sarapan berdua
Milo Ais
Kentang Goreng
Burger Daging
Oblong Daging

Psssssttt, harga untuk item2 ini saya dah terlupa he3. Tapi total semua tak sampai RM20.00. So bagi saya harga dia berpatutan la kan3. Bagi rasanya pula, bagi tekak kami suami isteri SEDAP. Licin kami makan. Suami suka sungguh oblong daging tu, sebab sos lada hitam dia memang 'pure'. Cumanya kalau nak komen bab 'service wise' tu nak compare dengan restoran makanan segera yang lebih kukuh (Mc D atau KFC) tu memang kurang sedikit tahap kecekapan perkhidmatan yang diberikan. Iyerla, konsep restoran makanan segera Ramly Burger ni mungkin masih baru dan banyak yang perlu dipelajari dan diperbaiki

Restoran Kak Su Laksa Beras Asli & Segar | Tempat Makan Best & Menarik di Perlis

Restoran Kak Su Laksa Beras Asli & Segar | Tempat Makan Best & Menarik di Perlis | Kalau dah menjejakkan kaki ke Perlis, memang WAJIB singgah di Kak Su Laksa Beras Asli & Segar. Haaaaaaa, nampak tak??? Dari nama restoran pun anda dah boleh tahu kenapa ianya WAJIB he3. Laksa beras ASLI, kuah pekat ASLI. Semuanya segar dari ladang, #eh3 he3.


Inilah Restoran Kak Su Laksa Beras Asli & Segar

 Dua pinggan laksa, dua pinggan teh o ais
Peerrrrghhhhhhh
Sendiri buat entry
Sendiri up gambar
Sendiri yang meleleh air liur
Sekian.....................

Pssstttt, nanti saya akan up satu entry khas Laksa Kak Su ini yer :)

Nostalgia Honey Daging Bakar | Tempat Makan Best & Menarik di Perlis

Nostalgia Honey Daging Bakar | | Tempat Makan Best & Menarik di Perlis | Ini kira sebagai pit stop terakhir JJCM kami. Dua kali pergi baru dapat duduk dan menikmati juadah di sini tau3. Iyerla mulanya kami tiba di gerai ini kira-kira jam 11.30am, memang berderet-deret kereta di tepian jalan. Di dalam gerai memang sudah dapat dilihat dari kejauhan tiada kerusi kosong. Siap ada ramai lagi yang sudah berdiri, untuk menantikan meja kosong. Penyudahnya Mr. Hubby ajak ronda2 dahulu & cakap nanti lepas waktu lunch kita cuba sekali lagi. Kalau masih ramai, lain hari sahajalah kita cuba. Pada waktu itu hati saya macam dah mula nak sob3. Memang teringin sangat nak cuba nasi daging bakar itu. 

Alhamdulillah kira-kira jam 3.00pm kami datang semula dan dilihat lautan manusia sudah berkurangan. Masih ramai lagi, dan belum putus-putus yang datang, cumanya kali ini dapat dilihat beberapa meja yang kosong. Saya buat muka kesian sebenarnya, barulah Mr. Hubby kata ok3 jom masuk makan :p. Nasib baik he3, kalau tidak tak lena tidur la saya.

Nostalgia Honey Daging Bakar
100% daging segar tempatan

Psstttt, gerai ini memang betul-betul di tepi jalan besar. Seperti Laksa Kak Su, untuk Nostalgia Honey Daging Bakar ni pun nanti saya akan up satu entry khas :)

Nah saya belanja sekeping gambar Nasi Daging Bakar

Hoooooooiiiiiiiiiiii
Sendiri buat entry
Sendiri up gambar
Sendiri yang meleleh air liur
Sekian sekali lagi .....................



~~~ To Be Continued ~~~

You Might Also Like

3 comments

  1. wah... mai perlis... is memang duk perlispun... ada lagi satu kedai laksa sedap, tapi yang nasik daging bakaq tu memang bes (^___^)V

    sekali sekala dating berdua, bahagiakan =p

    ReplyDelete
  2. Tap pernah sampai lagi kat Perlis

    ReplyDelete

Blog Dekat di Hati