Saturday, August 26, 2017

Edah Ikan Bakar Kuala Perlis | Tempat Makan Best Dan Menarik Di Perlis

Edah Ikan Bakar Kuala Perlis | Tempat Makan Best Dan Menarik Di Perlis

Edah Ikan Bakar Kuala Perlis | Tempat Makan Best Dan Menarik Di Perlis

Edah Ikan Bakar Kuala Perlis | Tempat Makan Best Dan Menarik Di Perlis | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Seterusnya, hari ini kita akan terus sambung dengan port WAJIB JJCM di Perlis iaitu Edah Ikan Bakar Kuala Perlis. Sebenarnya gerai ikan makan ini terletak di Medan Ikan Bakar Kuala Perlis.


Keluarga kecilku, Alhamdulillah

Nikmati Makanan Laut Yang Pelbagai | Edah Ikan Bakar Kuala Perlis

Nikmati Makanan Laut Yang Pelbagai | Edah Ikan Bakar Kuala Perlis | Di Medan Ikan Bakar Kuala Perlis ni memang macam-macam gerai iakn bakar yang ada. Rasanya lebih dari 10 gerai. Ada yang memang sudah menjadi sebutan dan dikenali. Tetapi, untuk hari kejadian, saya memilih untuk tidak 'go for the name'. Saya lebih kepada meninjau dengan sendiri dahulu jenis dan kepelbagaian makanan laut yang ditawarkan oleh gerai-gerai di Medan Ikan Bakar Kuala Perlis itu.

Makanya, biasalah kalau dah namanya Medan Selera atau Medan Ikan Bakar, sudah pasti anda akan di dekati oleh pengusaha-pengusaha gerai untuk duduk dan makan di gerai mereka kan2. Saya FAHAM, tapi memang terkilan dengan satu pengusaha gerai ikan bakar yang agak ternama itu, yang seperti tidak menghormati pelanggan. Mereka seolah memaksa pelanggan untuk duduk dan makan di gerai mereka. Apabila kita memberi jawaapn nak lihat-lihat dahulu, boleh pulak dengan menjuihkan mulut terus berkata dengan nada memperli "Sama ja kak, pi la tengok kedai mana pun. Sama ja ikan n udang yang ada". #eh3, sama ka tak sama ka, itu hak pelanggan la kan3. Nak tengok ka, nak bertanya ka, nak makan ka. Saling menghormati hak masing-masing.

Saya memang menggalakkan jika anda ingin menikmati makanan laut di Medan Ikan Bakar Kuala Perlis ini, silalah rajinkan diri untuk suvey dahulu sebelum membuat keputusan akhir untuk makan di gerai mana. Selain perbezaan jenis makanan laut yang ditawarkan, kesegaran serta harga juga dalah berBEZA yer. Maka pilihlah dengan bijak dan mengikut bajet anda. Oklah, saya tidak mahu membebel panjang lgi, jom layan ceritera bergambar pilihan makanan laut kami sekeluarga di hari kejadian.                                 

Tadaaaaaaaaa
Menu pilihan di gerai Edah Ikan Bakar Kuala Perlis :
Ikan Merah Bakar
Lala bercili
Sotong celup tepung
Kailan ikan masin
telur dadar
Ulam ulaman dan air asam
Air tembikai

WIN :
Ikan Bakar (Psssttt, saya memang suuukaaa sangat ikan bakar jenis tidak bersambal. Setakat ini hanya di Perlis sahaja saya dapat merasai ikan bakar yang jenis letak garam kunit ni sahaja. Memang terselah keSEGARAN dan manis ikan tu tau)
Sotong celup tepung (Psssttt, sotong tu memang saya pilih. Jenis sotong yang besar dan panjang tu. Sekali lagi memang SEGAR ya amat. Tepung celup tu pun memang sedap)
Ulam-ulam (Pssttt, memang mabeles sungguh laaaaa rebung dan terung bakar dia, teringat sampai sekarang)
Air Tembikai (Psstttt, memang fresh dan penuh rasa buah. Berbalo-baloi sebab memang satu jug besar tau3)

TOTAL Harga semua kalau tak silap tak lebih RM90.00
Bagi saya MURAH sangat2

Psssttt, cumanya agak terkilan dengan dua item iaitu lala bercili dengan kailan goreng. Ini kerana untuk lala tu, saya tidaklah pilih seekoe-seekor kan2, yang saya lihat dipamerkan didalam bekas (mentah) tu semua hidup2 lagi, tetapi malangnya bagi pinggan yang dihidangkan (masak) kepada kami, boleh dikatakan separuh dari lala itu busuk/hanyir a.k.a tidak segar. Saya malas nak komplen dekat pemilik gerai kerana cuba bersangka baik a.k.a mungkin memang lala mentah itu telah bercampur. Untuk kailan pula, portion yang dihidangkan tu sedikit sangat he3. Rasanya tu ok. Itu sahaja komen ikhlas berdasarkan pengalaman saya sendiri. 

Lokasi Dan Maklumat Perhubungan | Edah Ikan Bakar Kuala Perlis

Lokasi Dan Maklumat Perhubungan | Edah Ikan Bakar Kuala Perlis | Bagi anda yang ingin mencuba Edah Ikan Bakar, bolehlah rujuk maklumat seperti dibawah ini :





~~~ To Be Continued ~~~

No comments:

Post a Comment