Resipi D'Dapur Sup Ayam 15 Minit | Mudahnya Memasak Dengan Periuk Ajaib Noxxa

9:30:00 AM

Resipi D'Dapur Sup Ayam 15 Minit | Mudahnya Memasak Dengan Periuk Ajaib Noxxa

Resipi D'Dapur Sup Ayam 15 Minit | Mudahnya Memasak Dengan Periuk Ajaib Noxxa

Resipi D'Dapur Sup Ayam 15 Minit | Mudahnya Memasak Dengan Periuk Ajaib Noxxa | Assalammualaikum & selamat pagi semua. Dah laaaamaaaaaa nak kongsi dengan pembaca resipi-resipi D'Dapor dengan periuk ajaib Noxxa. Dari bulan Januari lagi saya dah simpan segala resipi. Hari ini baru berkesempatan untuk mula berkongsi dengan semua, sob3. Sebelum saya mulakan penerangan bahan-bahan dan kaedah memasak Sup Ayam 15  minit dengan periuk ajaib Noxxa, meh sini saya belanja dahulu hasilnyaaaaaaaaa.........................
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Sup Ayam 15 Minit Periuk Ajaib Noxxa

Bahan-bahan Dan Kaedah Memasak | Resipi D'Dapur Sup Ayam 15 Minit 

Bahan-bahan Dan Kaedah Memasak | Resipi D'Dapur Sup Ayam 15 Minit | Memang mudah sangar-sangat nak memasak Sup Ayam ni. Potong-potong, cuci-cuci, lempar masuk dalam periuk, set time, set cara masak dan tunguuuuuuuu. Bila periuk ajaib Noxxa berbunyi terus SIAP. Apapun boleh rujuk perincian bahan-bahan dah kaedah memasak di bawah yer sayang-sayang semua.


Bahan-bahan Sup Ayam 15 Minit Periuk Ajaib Noxxa:

Bawang Merah (3ulas) ~ diracik halus
Bawang putih (2 ulas) ~ diracik halus
Halia (1inci) ~ diketuk sedikit
Ubi Kentang (5 biji) ~ dipotong dadu
Sup bunjut (1nos)
Ayam setengah ekor (dipotong kecil)
Air (untuk kuah)

Kaedah Memasak Sup Ayam 15 Minit Periuk Ajaib Noxxa:

~ dengan menggunakan mode STIR FRY, tumis bwang merah, bawang putih dan halia (tanpa minyak) dalam 1minit
~ masukkan ubi kentang dan kacau sebati
~ masukkan air secukupnya sebagai kuah
~ masukkan ayam dan kacau sebati
~ off-kan mode STIR FRY
~ tutup periuk ajaib Noxxa
~ pusingkan penutup ke arah STEAM
~ setkan timer STEAM selama 15 minit
~ setelah timer tamat, periuk ajaib Noxxa akan berbunyi
~ off-kan mode STEAM
~ tunggu sehingga semua wap telah berhenti (dari serombong penutup periuk)
~ boleh buka penutup dan menikmati hidangan Sup Ayam 15 Minit Periuk Ajaib Noxxa

Psssttt, sebenarnya lebih sedap jika anda sediakan bawang goreng beserta daun bawang/sup. Pada hari kejadian tahap kemalasan saya memuncak dan stok daun bawang/sup tiada, makanya saya tak sediakan bersama sup ayam. Itu pun licin jugak kami sekeluarga hadap he3



~~~ The End ~~~

You Might Also Like

1 comments

Blog Dekat di Hati

Blog Archive