Kenangan Menarik Aktiviti Persekolahan | Tadika PERKIM Pulau Pinang
Kenangan Menarik Aktiviti Persekolahan | Tadika PERKIM Pulau Pinang
Kenangan Menarik Aktiviti Persekolahan | Tadika PERKIM Pulau Pinang | Assalammualaikum & selamat petang semua. Untuk entry kali ini, saya akan simpan kenangan beberapa aktiviti-aktiviti sekolah yang telah diadakan di Tadika PERKIM sepanjang Boboboy belajar disana. Memang seronok sangat bila tiba masa untuk melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti ini. Ada sesetengah aktiviti turut melibatkan penyertaan Ibu Bapa. Baiklah jom layan ceritera saya di seterusnya.
Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Beramai-ramai | Kenangan Menarik Aktiviti Persekolahan
Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Beramai-ramai | Kenangan Menarik Aktiviti Persekolahan | Sebenarnya saya telahpun membuat sambutan ulang tahun kelahiran Boboboy di Tadika PERKIM. Boleh rujuk ENRTY INI. Sambutan itu saya buat pada Januari 2017 iaitu bulan kelahiran Boboboy.
Sebenarnya dari awal lagi saya telah dimaklumkan oleh pihak tadika bahawa pihak tadika memang akan membuat sambutan hari lahir anak-anak secara beramai-ramai. Tetapi sambutan ini dikumpulkan. Sebagai contoh, untuk anak-anak yang lahir pada bulan Januari, Februari dan Mac, sambutan akan dibuat secara beramai-ramai pada bulan Mac. Disebabkan Boboboy lahir bulan Januari dan sambutan rasmi di tadika hanya akan diadakan pada bulan Mac, makanya sebab itulah saya buat keputusan untuk sambut dahulu hari lahir Boboboy pada bulan Januari dan kemudiannya pada bulan Mac sambut lagi sekali secara beramai-ramai. Makanya Boboboy celebrate sekali lagi ulang tahun kelahirannya untuk tahun 2017 pada awal bulan Mac. Mari kita layan ceritera bergambar semasa hari sambutan.
Mamang meriah kek-kek untuk anak-anak yang disediakan oleh Ibu Bapa masing-masing
Psssttt, kek Boboboy yang MINION itu he3. Boboboy sendiri yang request. Saya tempah custom made chocolate moist cake
Rakan-rakan sekelas Boboboy yang lahir pada bulan Januari, Februari dan Mac bersama cikgu Zaili (cikgu kelas)
Anak-anak menikmati hidangan jamuan makan
Psssttt, masa balik sekolah tu pun Boboboy bawa bekalan makanan lagi tau3. Goodies bag memang bertingkek2 la. Cumanya isi goodies tu banyak yang Boboboy tak makan, contohnya macam candies. Jadinya Ayah la tukang perabih he3
Untuk makluman semua, konsep makan sewaktu acara-acara di Tadika PERKIM ni memang konsepnya seperti gambar di atas yer. Konsep bersila ala-ala kenduri he3. Tetapi apabila waktu rehat/makan sewaktu sesi persekolahan biasa, konsep makannya adalah dikantin seperti dalam entry pertama Boboboy (SINI).
Pemeriksaan dan Lawatan Dari Klinik Gigi | Kenangan Menarik Aktiviti Persekolahan
Pemeriksaan dan Lawatan Dari Klinik Gigi | Kenangan Menarik Aktiviti Persekolahan | Lawatan pemeriksaan gigi ini diadakan pada penghujung bulan Mac 2017. Nurse dari Klinik Pergigian Pulau Pinang, datang ke tadika untuk memberikan taklimat ringkas tentang penjagaan gigi, membuat pemeriksaan gigi anak-anak serta membuat demo bagi cara-cara yang betul untuk menggosok gigi. Jom terus layan ceritera bergambar bagi hari kejadian.
Sesi taklimat sedang berjalan
Pssstttt, macam kusyuk ja anak-anak mendengar kan3
Ini pula sesi demo dan tunjuk ajar menggosok gigi dengan betul
Pemeriksaan gigi secara individu juga diadakan. Alhamdulillah, gigi Boboboy berada dalam keadaan baik. Ada juga sesetengah rakan Boboboy yang perlu membuat pemeriksaan lanjut di Klinik Gigi akibat gigi rosak. Sebenarnya pada hari sebelum pemeriksaan dilakukan, Boboboy ada cakap dia takut nanti doktor cabut gigi dia. Saya terus cakap, "Gigi abang kan elok, cantik. Gigi cantik Doktor tak cabut la, sebab tu Ibu selalu suruh abang gosok gigi", baru la anak seketul nak senyum dan tidak sabar nak buat pemeriksaan gigi, he3.
Lawatan Sambil Belajar ke Perpustakaan Kanak-kanak Pulau Pinang | Kenangan Menarik Aktiviti Persekolahan
Lawatan Sambil Belajar ke Perpustakaan Kanak-kanak Pulau Pinang | Kenangan Menarik Aktiviti Persekolahan | Lawatan ini diadakn pada awal bulan Apil 2017. Ini adalah merupakan aktiviti luar sekolah yang PERTAMA bagi Boboboy tau3. Pihak sekolah memaklumkan bahawa anak-anak akan dibawa ke perpusatakaan dengan menaiki bas sekolah. Boboboy seketul tu bukan main seronok la bila dengar nak naik bas dengan kawan-kawan. Ayah & Ibu yang tak berapa nak sedap hati. Hover kan3. Bukannya jauh pun tadika dengan perpustakaan tu, Dalam 10minit perjalanan sahaja he3. Tu pun nak risau kan3 :P.
Pada hari kejadian memang saya pesan dekat Opah untuk tengok semasa Boboboy naik bas. Saya berkerja, anak-anak menaiki bas pada jam 9.30am. Opah hantar laporan semua OK, baru la rasa lega, he3. Yerla yerla, jom layan ceritera bergambar di hari kejadian.
Sesi interaksi antara pihak perpustakaan dan juga anak-anak tadika PERKIM
Cuba spot my Boboboy seketul tu he3 :P
Haaaaaaa, Boboboy tengah pulun mewarna beramai-ramai
Anak-anak Tadika PERKIM bergambar kenangan di Perpustakaan Kanak-kanak Pulau Pinang
Hari Sukan | Kenangan Menarik Aktiviti Persekolahan
Hari Sukan | Kenangan Menarik Aktiviti Persekolahan | Hari Sukan Tadika PERKIM diadakan pada penghujung bulan April 2017 bertempat di Padang Auditorium Taman Belia Pulau Pinang. Seawal jam 7.00 pagi kami sekeluarga telah tiba ke lokasi. Semangat jitu he3. Jom berceritera bergambar di hari sukan tadika PERKIM he3.
Kami #teamkuning
Pssttt, gigih saya paksa Ayah & Opah untuk berbaju kuning juga tau3 :P
Acara dimulakan dengan perarakan masuk mengikut pasukan
Seterusnya acara menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri Pulau Pinang, lagu tadika PERKIM dan lagu temasya sukan tadika PERKIM
Seterusnya acar persembahan senamrobik dan tarian
v
v
v
v
v
Ni Boboboy tengah membuat persembahan penguin dance
Nah saya belanja video persembahan Chicken dance Boboy he3
Pssstttt, silalah abaikan suara gelak ketwa Ibu dibelakang tabir video itu yer. Sehingga hari ini, bila saya tonton balik video ini pasti tergelak dengan gelagat anak sekeul tu :P
Pssstttt, silalah abaikan suara gelak ketwa Ibu dibelakang tabir video itu yer. Sehingga hari ini, bila saya tonton balik video ini pasti tergelak dengan gelagat anak sekeul tu :P
Boboboy sertai acara "kacang dalam guni"
Pssttt, sebenarnya saya dah lupa nama sebenar sukaneka yang Boboboy sertai. Yang saya tahu ada perkataan kacang dan guni he3 :P
Meri sini saya belanja satu lagi video Boboboy semasa acara sukaneka Tadika PERKIM
v
v
v
Alolooooooooo, ish3 anak dembot Ibu & Ayah seketul ni laaaaaaaa :P
Muka kegembiraan Boboboy dapat Naib Johan
Ni gambar yang official photog bagi
Psstttt, tengoklah gambar Boboboy semasa bermain sukaneka, sampai tejelir-jelir lidah dia he3
Psstttt, tengoklah gambar Boboboy semasa bermain sukaneka, sampai tejelir-jelir lidah dia he3
Sambutan Hari Guru| Kenangan Menarik Aktiviti Persekolahan
Sambutan Hari Guru | Kenangan Menarik Aktiviti Persekolahan | Pada pertengahan bulam Mei 2017, pihak Tadika PERKIM telah mengadakan Sambutan Hari Guru. Yang menariknya sambutan ini bertema. Nak tahu tema apakah??? Jom layan ceritera bergambar dibawah.
BAJU TIDO yer tema sambutan Hari Guru Tadika PERKIM 2017
Semasa sesi perhimpunan dan acara permainan bersempena sambutan hari guru
Psssttt, pada sambutan ini juga dibuat sambutan hari lagir untuk anak-anak tadika yang lahir pada bulan April-Jun. Seperti biasa, untuk sebarang aturcara sambutan yang diadakan di tadika, makanan yang disediakan memang meriah. Ada makanan pelbagai yang disediakan oleh pihak tadika sendiri, serta sumbangan dari Ibu Bapa. Alhamdulillah
Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017| Kenangan Menarik Aktiviti Persekolahan
Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017| | Kenangan Menarik Aktiviti Persekolahan | Sambutan ini diadakan pada pertengahan Julai 2017. Ini merupakan acara ataupun sambutan terakhir bagi Boboboy di Tadika PERKIM.
Manis dan kacak anak-anak Tadika Perkim berbaju raya
Para guru dan makcik kantin yang gigih menyediakan segala juadah untuk sambutan bersama-sama anak-anak Tadika PERKIM
Anak-anak tadika PERKIM di sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017
Gambar terakhir Boboboy bersama rakan sekelas (Kelas Matahati) Tadika PERKIM Pulau Pinang
Masa ni memang saya rasa sedih. Sebabnya saya memang berpuas hati dengan Tadika PERKIM. Layanan dan tunjuk ajar yang diberikan pada Boboboy memang saya berpuas hati. Kalau ikutkan Mr. Hubby, dia masih nak teruskan persekolahan Boboboy di Tadika PERKIM sehingga hujung tahun. Tetapi saya yang membuat keputusan untuk berhenti dan bertukar ke tadika yang dekat dengan rumah baru kami. Bukan apa, ini demi keselesaan dan kemudahan Opah dan Boboboy juga. Panjang cerita sebenarnya, nanti kalau berkesempatan saya akan terangkan dengan terperinci sebab musabab segala yang berlaku yer.
~~~ To Be Continued ~~~
No comments:
Post a Comment