Friday, August 25, 2017

Padang Besar | Jalan-jalan Cari Makan Di Perlis

Padang Besar  | Jalan-jalan Cari Makan Di Perlis

Padang Besar  | Jalan-jalan Cari Makan Di Perlis

Padang Besar  | Jalan-jalan Cari Makan Di Perlis | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Baiklah, sebelum sambung ke motif sebenar entry ini, ingin saya war-warkan terlebih dahulu, bahawasanya untuk tempoh beberapa hari ini, segala entry yang saya up adalah berkisar tentang misi Jalan-jalan Cari Makan di Perlis bersama keluarga tersayang saya yer. 

Sesudah memenuhkan perut sekeluarga dengan nasi daging bakar di Nostalgia Honey Daging Bakar, kami sekeluarga seterusnya meneruskan perjalan ke Padang Besar. Ini merupakan misi singkat jalan-jalan cuci mata dan juga jalan-jalan cari makan (sudah semestinya la kan3). Jom layan ceritera bergambar seterusnya.

 Padang Besar, Perlis

Membeli-belah Dan BerJJCM | Padang Besar, Perlis

Membeli-belah Dan BerJJCM | Padang Besar, Perlis | Sebenarnya kami singgah sebentar sahaja di Padang Besar ni. Saja-saja nak cuci mata dan poket. Kalau nak diikutkan tidak ada apa sangatpun yang kami sekeluarga borong. Saya cuma membeli 4helai tshirt untuk Boboboy. Opah seperti biasa memang akan beli buah mempelam he3. Mr. Hubby turut memborong beberapa helai seluar jeans. Haaaaaaa selain itu, Ayah & boboboy dah tersangkut membeli cermin mata hitam. Anak & Ayah beli yang sama, boria la kan3. Oleh kerana kami pergi tu waktu tengah hari, dah tentu panas berbahang. Memang tidak boleh lama. Cepat-cepat beli dan terus sambung dengan JJCM serba sedikit di Padang Besar. 


Pulut Ayam

Aneka minuman dan sosej

Nak saya upah gambar Boboboy dengan cermin mata hitam barunya :P


Sebenarnya kami lebih banyak beli minuman dari makanan di Padang Besar ni. Iyerla cuaca memang panas terik dengan bahangnya. Setel membeli-belah dan makan kami terus meneruskan perjalan untuk check in hotel. Entry selepas ini saya akan sambung dengan JJCM untuk makan malam dulu yer. Pada akhir episod baru saya akan up entry review hotel di Perlis. 



~~~ To Be Continued ~~~

No comments:

Post a Comment