Thursday, August 24, 2017

Restoran Nostalgia Honey Daging Bakar | Tempat Makan Best Dan Menarik Di Perlis

Restoran Nostalgia Honey Daging Bakar | Tempat Makan Best Dan Menarik Di Perlis

Restoran Nostalgia Honey Daging Bakar | Tempat Makan Best Dan Menarik Di Perlis

Restoran Nostalgia Honey Daging Bakar | Tempat Makan Best Dan Menarik Di Perlis | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Entry ini berkesinambungan dari entry Tempat Makan Best Dan Menarik di Perlis a.k.a Jalan-jalan Cari Makan di Perlis (JJCM). Dalam entry itu saya dan Mr. Hubby 'merempit' berJJCM di Perlis kan3. Seterusnya saya telah berceritera lebih lanjut tentang satu port WAJIB JJCM Perlis iaitu Restoran Kak Su Laksa Beras Asli Dan Segar

Selepas sesi rempitan JJCM hubby & wifey itu, kami sekeluarga sekali lagi bercuti-cuti dan berJJCM di Perlis. Bezanyanya misi JJCM kali ini adalah kami tidak merempit berdua sahaja, tetapi pergi bersama-sama sekeluarga. Kami juga bermalam di Perlis untuk meluaskan lagi misi JJCM he3. Memang jenis saya dengan Mr. Hubby, kalau kami berdua berpeluang untuk menikmati makanan yang BEST, kami akan pastikan Opah & Boboboy pun sama merasainya. Macam tak lengkap kalau satu keluarga tak sama-sama berJJCM dan bercuti-cuti bersama-sama kan3.

Sebagai permulaan, untuk entry kali ini saya akan berceritera dengan terperinci tentang port kedua yang WAJIB anda singgah jika berJJCM di Perlis iaitu Restoran  Nostalgia Honey Daging Bakar.


Restoran  Nostalgia Honey Daging Bakar, Kuala Perlis

Menu Daging Bakar : 100% Daging Segar Tempatan | Restoran Nostalgia Honey Daging Bakar

Menu Daging Bakar : 100% Daging Segar Tempatan | Restoran Nostalgia Honey Daging Bakar | Dari nama kedai pun dah tahu menu utama restoran ini adalah daging bakar kan3. Tapi apa yang istimewanya daging bakar di Restoran Nostalgia Honey Daging Bakar ni?????? Haaaaaaaaaa, mari sini saya kongsi pengalaman mengJJCM bersama keluarga disini.


Hiasan dinding di dalam Restoran Nostalgia Honey Daging Bakar

Psssttt, artis pun ada yang datang tau3. Restoran ini telah pun beberapa kali kelaur masuk surat khabar. Kiranya memang terkenal la gitew he3.

Barisan menu yang boleh dipilih di Restoran Nostalgia Honey Daging Bakar

Psssttt, restoran ini menawarkan set daging bakar dan juga ayam bakar ye. Boleh pilih yang biasa atau yang special. Terdapat juga set khas untuk baby/kanak2 (7thn kebawah) dan ianya adalah PERCUMA. Nasi juga boleh pilih sama ada nak nasi putih biasa ataupun nasi kuning.

FREE flow of kordeal water 

Psstttt, konsep minum disini adalah minum sampai kembung he3. Memang akan disediakan 2-3 jenis minuman kordeal dan ianya PERCUMA. Anda hanya perlu ambil sendiri di kaunter air. 

Taaadaaaaaaaaaaa
Menu pilihan kami sekeluarga di hari kejadian

Psssttt, kali ini saya memilih kedua2 jenis nasi, iaitu nasi putih dan nasi kuning. Untuk Boboboy saya ambil set baby (pinggan hijau) la yer, tetapi saya tukarkan daging kepada ayam, jadinya saya perlu tambah harga ayam sahaja. Yang menjadikan kemusykilan saya & Mr Hubby pada hari itu adalah, nasi yang dihidangkan kepada kami tu sekali nasi tambah. Sedangkan saya tak request pun. Untuk makluman semua, nasi tambah adalah PERCUMA juga yer. Sebenarnya tanpa nasi tambah pun nasinya sememangnya sudah lebih dari mencukupi tau3. Memang kami 3 orang tak dapat menghabiskan kesemua nasi tu. Siap boleh pulangkan semula sepinggan nasi kuning yang memang kami tidak sentuh. 

Haaaaaaa, zoom in view untuk nasi kuning daging bakar di Restoran Nostalgia Honey Daging Bakar

Ini pula zoom in view untuk nasi putih daging bakar di Restoran Nostalgia Honey Daging Bakar

Aaaaduuuiiiiiiii
Sendiri up gambar
Sendiri telan air liur
Bertabahla seorang blogger :P

Psssttt, paling WIN adalah nasi putih daging bakar. Memang lajuuuuuuu dimakan bersama SAMBAL dan SUP. Mabeleesssssss he3.

Saya memang tak boleh move on dengan SAMBAL di Restoran Nostalgia Honey Daging Bakar
Perrrrgghhhhhhh


Lokasi Dan Maklumat Perhubungan | Restoran Nostalgia Honey Daging Bakar

Lokasi Dan Maklumat Perhubungan | Restoran Nostalgia Honey Daging Bakar | So, silalah berJJCM di Restoran Nostalgia Honey Daging Bakar, Kuala Perlis. Boleh sahaja rujuk maklumat terperinci untuk memudahkan pencarian anda yer.


Peta Lokasi Restoran Nostalgia Honey Daging Bakar

Alamat : 
Kampung Telok, 02000 Kuala Perlis, Perlis

No Telefon : 
017-5021902 (Nisa)
017-4965299 (Pakcik Man)

Waktu Operasi :
Selasa - Ahad (9.30am-7.00pm)
TUTUP setiap Isnin



~~~ To Be Continued ~~~

3 comments: