Kenangan Hari Orientasi Pra Sekolah Boboboy | Tadika PERKIM
Kenangan Hari Orientasi Pra Sekolah Boboboy | Tadika PERKIM
Kenangan Hari Orientasi Pra Sekolah Boboboy | Tadika PERKIM | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Sebelum memulakan sebarang cacatan, saya mohon #jangankecamsis yer. Aternya entry ini adalah merupakan entry #tb yang bertingkek2 he3. Iyerla, kalau diikutkan, Boboboy melangkah ke alam pra sekolah "sekali lagi" pada Januari 2017, tetapi hanya pada hari ini baru saya berkesempatan untuk update entry di dalam blog picisan ini he3.
Seperkara lagi, sebenarnya sekarang ini Boboboy telahpun berhenti dari Tadika PERKIM tau3, sob3. Pemberhentian ini bukanlah disebabkan masalah apa pun. Cumanya terpaksa berhenti kerana kami sekeluarga telah berpindah kediaman. TERPAKSA berhenti Tadika PERKIM sebab pindah rumah, sob3 lagi.
Makanya diatas sebab inilah saya tetap nak up entry pengalaman Boboboy di Tadika PERKIM walaupun sudah #tbbasi :P, he3. Ini merupakan entry KHAS sebagai pahatan kenangan untuk tatapan saya & Boboboy di masa akan datang. So kalau anda semua sudi, silalah jemput baca entry ini sehingga habis :).
Tadika pilihan kami sekeluarga untuk Boboboy
v
v
v
v
Tadika PERKIM Pulau Pinang
Boboboy di pagi hari pertama persekolahan
Hari Pertama di Tadika PERKIM | Kenangan Hari Orientasi Pra Sekolah Boboboy
Hari Pertama di Tadika PERKIM | Kenangan Hari Orientasi Pra Sekolah Boboboy | Untuk makluman semua, bagi tahun 2017, Boboboy sudah berumur 5 tahun. Sebenarnya, saya pernah cuba masukkan Boboboy ke pra sekolah semasa umur 4 tahun. Sebab itu diawal entry ini saya ada sebutkan 'alam pra sekolah sekali lagi". Bagi yang mengikuti blog picisan saya ini sudah tentu tahu tentang detik pengalaman HITAM bagi kami sekeluarga sewaktu pengalaman pertama pra sekolah Boboboy sebelum ini. Bagi yang tidak tahu dan ingin mengetahui lebih lanjut lagi sejarah itu, boleh rujuk entry INI, INI dan INI.
Bersandarkan pengalaman terdahulu, makanya untuk kemasukan ke pra sekolah kali ini, saya sudah tidak mahu terlampau mementingkan standad ataupun kegah-an nama pra sekolah yang dipilih itu. Apa yang kami sekeluarga tekankan adalah pendedahan awal yang mudah & tidak terlampau menekan anak2. Aspek pembelajaran juga kami memilih untuk yang melebihkan ajaran agama Islam.
Setelah puas membuat beberapa survey, akhirnya kami sekeluarga sepakat memilih Tadika PERKIM Pulau Pinang. Antara sebab musabab pemilihan Tadika PERKIM adalah kerana dekat dengan pejabat saya, penekanan aspek pembelajaran Islam serta kemudahan tempat menunggu untuk Opah.
Untuk perincian segala yuran pendaftaran, ya AMPUN sangat2, sebab saya telah lupa amaunnya dan resit bayaran semua dah hilang he3. Tetapi jangan risau, segala caj dan yuran yang dikenakan adalah berpatutan dan mampu bayar untuk rakyat marhaen seperti saya he3.
Saya telah membuat pendaftaran pada bulan Disember 2016. Persekolahan bermula pada Januari 2017 dengan Hari Orientasi selama 2 hari (3&4 Januari 2017). Untuk dua Hari Orientasi, Ibu Bapa dibenarkan untuk turut serta didalam keseluruhan sesi pembelajaran. Kiranya macam OPEN DAY. Boleh tengok anak-anak berhimpun, belajar didalam kelas, bermain di bilik mainan dan makan di kantin tadika.
Saya dan Ayah Boboboy memang ambil cuti sempena Hari Orientasi Boboboy. Saya ni terus ambil cuti seminggu yer. Hover Ibu eh kan3. Iyerla, kerisauan masih menebal dalam dada dengan perihal sekolah Boboboy seketoi.
Tanpa melengahkan masa, jom kita layan ceritera bergambar beberapa kronologi peristiwa hari pertama orientasi Boboboy di Tadika PERKIM.
Semasa sesi pengecaman pelajar sebelum perhimpunan bermula
Sesi perhimpunan pertama Boboboy di Tadika PERKIM
Pssstt, pada sesi perhimpunan ini, anak2 akan membaca doa (doa untuk Ibu bapa & doa mula belajar), menyanyi lagu Negaraku, lagu negeri Pulau Pinang dan lagu Tadika PERKIM
Boboboy yang happy terlebih dalam kelas he3
Haaaaaaa, bilik mainan yang menjadi tarikan anak-anak termasuklah si Boboboy seketoi
Bacaan doa penutup sebelum kelas bersurai
Akhir sekali salam cikgu sebelum pulang
Alhamdulillah
Secara keseuluhannya, segalanya berjalan lancar. Tiada drama air mata langsung dari Boboboy. Ibu pula yang mula sebak. My Boboboy is a big boy dah sob3. Memang sepanjang hari pertama orientasi tu, Ibu & Ayah tidaklah sepanjang masa melekat dengan Boboboy. Kami lebih kepada memantau sebentar sahaja, dan lebihkan pemantauan dari jauh.
Contohnya, setelah Boboboy masuk kelas, dan duduk di kerusi dia, Ibu snap gambar segala, terus bagitahu Boboboy Ibu tunggu kat luar. Boboboy cakap ok. Lepas tu , dalam 30 minit baru Ibu naik semula ke kelas & pantau dari kejauhan (pintu kelas sahaja). Time tu memang ada beberapa Ibu Bapa melekat dengan anak masing2, disebabkan anak menangis dan sebagainya. Boboboy ok sahaja, tengok sana sini dan mendengar arahan cikgu.
Seterusnya setelah masuk ke bilik mainan, sekali lagi Ibu jenguk muka & 'say hai' kat Boboboy. Boleh ja anak seketul tu jawab 'hai' jugak dan terus buat tak heran dekat Ibu. Sibuk dengan mainan he3. Last sekali Ibu naik masa kelas dah nak tamat. Bersyukur sangat2 semua berjalan lancar. Hati ni rasa lega hanya Allah yang tahu.
Hari Kedua di Tadika PERKIM | Kenangan Hari Orientasi Pra Sekolah Boboboy
Hari Kedua di Tadika PERKIM | Kenangan Hari Orientasi Pra Sekolah Boboboy | Hari kedua orientasi ni Ayah dah mula bekerja, so memang Ibu dan Opah sahaja yang teman Boboboy. Untuk hari kedua pun konsep OPEN masih sama seperti hari pertama. Cumanya bagi kami, saya dah memang tidak terlampau melekat dengan Boboboy. Memang saya biarkan dia sendiri dan tengok dari jauh sahaja. Jom layan gambar berceritera di hari kedua orientasi pula.
Happy face Boboboy
Seperti yang telah saya katakan tadi, untuk hari kedua ni memang saya pantau dari jauh. Sepanjang sesi persekolahan hanya sekali sahaj saya jenguk Boboboy di dalam kelas. selebihnya memang saya pesan siap2 dekat Boboboy, saya tunggu di bawah. Bila dah habis kelas jumpa Ibu dengan Opah dekat bawah. Sekali lagi, Alhamdulillah, hari kedua berakhir dengan jayanya juga. Maka dengan ini tamatlah sudah sesi dua hari orientasi di Tadika PERKIM.
Hari Ketiga di Tadika PERKIM | Kenangan Hari Persekolahan Rasmi Pra Sekolah Boboboy
Hari Ketiga di Tadika PERKIM | Kenangan Hari Persekolahan Rasmi Pra Sekolah Boboboy | Untuk hari ketiga, ianya merupakan hari pertama sesi persekolahan. Maksudnya, sesi persekolahan telah bermula secara rasmi. Ibu bapa sudah tidak dibenarkan berada didalam kelas ataupun didalam bangunan sekolah. Tetapi Ibu bapa masih dibenarkan menunggu di dalam kawasan sekolah.
Seperti biasa sesi perhimpunan di awal pagi
Haaaaa, ini semasa sesi sekolah tamat
Psstttt, bahagia ja rasa tengok gelagat Boboboy seketoi he3
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Syukur Ya Allah
~~~ To Be Continued ~~~
moga boboboy cemerlang dalam pendidikan..besar dah dia
ReplyDelete