Tempat Penginapan Murah Dan Selesa di Kangar | Cuti-cuti JJCM di Perlis
Tempat Penginapan Murah Dan Selesa di Kangar | Cuti-cuti JJCM di Perlis
Tempat Penginapan Murah Dan Selesa di Kangar | Cuti-cuti JJCM di Perlis | Assalammualaikum dan selamat tengah hari semua. Ini merupakan entry terakhir berkisar tentang cuti-cuti JJCM saya sekeluarga ke negeri Perlis. Sebagai penutup saya akan berceritera tentang tempat penginapan kami sekeluarga sepanjang berJJCM di negeri Perlis iaitu Hotel Seri Malaysia Kangar.
Hotel Seri Malalaysia Kangar | Tempat Penginapan Murah Dan Selesa di Kangar
Hotel Seri Malalaysia Kangar | Tempat Penginapan Murah Dan Selesa di Kangar | Saya telah membuat tempatahn Hotel Seri Malaysia melalui laman web Traveloka (Pssssttt, memang laman web ini menjadi pilihan saya oleh kerana harga yang ditawarkan lebih murah, dan ditambah lagi dengan tawaran diskaun tambahan melalui voucher). Harga sebenar bilik yang saya ambil ini +-RM140.00/malam, tetapi selepas ditolak kupon voucer dari Traveloka, saya hanya perlu membayar +-RM104.00/malam. Muraaaaahhhhh dan sangat berbaloi bagi rakyat marhaen seperti saya he3. Jom layan ceritera bergambar mengenai review saya tentang hotel ini.
Saya memilih Standard Twin room dengan 2 single bed
Ruangan meja kerja berhadapan dengan katil
Serta terdapat juga side table bersebelahan
Ruang bilik memang luas dan selesa
Ruang masuk (pintu utama) dengan side build in cabinet dan pantry
Ruang dalam almari dan juga kemudahan standad pantry
Ruang mandi dan tandas
Psssttt, walaupun ruang ini agak terhad tetapi masih lagi selesa
Gazebo di ruang taman di hadapan bilik di Hotel Seri Malaysia Kangar
Psssttt, ruang ini memang bersih dan luas. Memang sesuai untuk bersantai bersama keluarga di kala petang.
Tempat PEBERET Boboboy seketul
vvvvvv
vvvvvv
Kolam renang
Psssttt, memang luas kolam renang di Hotel Seri Malaysia Kangar ni. Ruang renang dewasa dan kanak-kanak diasingkan
Sesi poolin Boboboy dengan Ayah
Dengan robocar poli kena rejam mandi :P
Iols belanja video keterujaan Boboboy dok main 'fire-fire' dengan Ayah eh dalam pool
Lokasi Dan Maklumat Perhubungan | Tempat Penginapan Murah Dan Selesa di Kangar
Lokasi Dan Maklumat Perhubungan | Tempat Penginapan Murah Dan Selesa di Kangar | Untuk makluman anda semua, oleh kerana negeri Perlis ini KECIL sahaja, makanya tidak kisahlah anda menginap di Kangar atau di Arau atau Kuala Perlis atau lain-lain daerah di dalam negeri Perlis, anda tidak akan mempunyai masaalah untuk menjelajah keseluruh negeri Perlis yer.
Contohnya, kami sekeluarga menginap di Kangar, tetapi kami tetap boleh makan malam, makan tengah hari dan membeli belah di Kuala Perlis, Arau, dan Padang Besar. Jarak perjalanan tidak begitu jauh. Memang dekat-dekat sahaja. So, kalau anda berminat untuk menginap di Hotel Seri Malaysia Kangar Perlis, boleh rujuk maklumat seperti di bawah ini yer. Harap dapat membantu anda serba sedikit he3.
Hotel Seri Malaysia Kangar
Alamat :
Lot 8101, Mukim Utan Aji,
Kangar Perlis
No Tel :
04-977 1777
~~~ The End ~~~
Hotel nampak selesa sgt...
ReplyDeleteklu de anak² sesuai sgt bawa g mandi pool.. :)
bersih elok noh...
ReplyDelete