Monday, August 28, 2017

Fauzi Nasi Campur Ikan Keli Bakar | Tempat Makan Best Dan Menarik di Perlis

Fauzi Nasi Campur Ikan Keli Bakar | Tempat Makan Best Dan Menarik di Perlis

Fauzi Nasi Campur Ikan Keli Bakar | Tempat Makan Best Dan Menarik di Perlis

Fauzi Nasi Campur Ikan Keli Bakar | Tempat Makan Best Dan Menarik di Perlis | Assalammualaikum dan selamat pagi. Alhamdulilah, kita diberi kesempatan untuk berjumpa diminggu yang baru. Semangat sungguh minggu ini he3. Iyerla, kita kan akan bekerja untuk 3 hari sahaja lagi dan seterusnya bercuti semula untuk 4 hari bagi menyambut hari kemerdekaan dan Raya Haji.

Baiklah, untuk entry kali ini, ianya merupakan entry terakhir untuk misi Jalan-jalan Cari Makan di Perlis. Kali ini saya akn berkongsi dengan anda semua satu lagi port WAJIB singgah untuk menikmati makanan enak dan murah di negeri Perlis. Nak tahu dimana???? makanan apa????
v
v
v
v
v
v
v
v
Fauzi Nasi Campur Ikan Keli Bakar

Masakan Kampung Orang Melayu Original | Fauzi Nasi Campur Ikan Keli Bakar

Masakan Kampung Orang Melayu Original | Fauzi Nasi Campur Ikan Keli Bakar | Konsep makanan di gerai Fauzi Nasi Campur Ikan Keli Bakar ini adalah masakan kampung orang melayu ORIGINAL. Sewaktu kami sekeluarga singgah makan disini ianya masih lagi awal (kira-kira jam 12.30 tengah hari), TETAPI lauk pauk sudah mula kehabisan he3. Nampak sangat gerai ini diserang lebih awal.

Apa yang saya perhatikan, kebanyakkan pelanggan gerai ini adalah orang tempatan. Mungkin peduduk tempatan gemar kesini kerana harga yang memang MURAH selain rasa masakan yang sedap.


 Fauzi Nasi Campur Ikan Keli Bakar

 Barisan lauk pauk yang ditawarkan

Pssttt, maaf la yer, oleh kerana sewaktu ketibaan saya disini, lauk pauk kebanyakkannya sudah mula habis, makanya saya tidak tangkap gambar setiap lauk itu. Secara keseluruhannya, lauk pauk yang ada adalah ayam/daging/ikan/ masak lemak, sambal tumis, masak asam, sup, masak merah, rendang dan lain-lain.

 Terdapat juga ulam-ulaman, sambal belacan dan ikan masin

Yang paling WIN
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Dah tentuuuuuuuuu la
 Ikan keli bakar

Ikan keli goreng


Psssttt, memang FRESH dan ENAK sungguh isi ikan keli ini tau3. Antara keli bakar dengan keli goreng saya paling suka keli goreng. Kriuk2, kriuk saya kunyah segala tulang temulang ikan itu sehingga kepala tau3. Sedaaaappp ya amat. Serious, anda WAJIB cuba tau3.


Lokasi Dan Maklumat Perhubungan | | Fauzi Nasi Campur Ikan Keli Bakar

Lokasi Dan Maklumat Perhubungan | | Fauzi Nasi Campur Ikan Keli Bakar | Seperi biasa, saya akan berkongsi dengan pembaca lokasi serta maklumat perhubungan jika anda berminat untuk mencuba Fauzi Nasi Campur Ikan Keli Bakar.


Fauzi Nasi Campur Ikan Keli Bakar

Alamat :
Kampung Batu Hampar, 02400, Kangar, Perlis

No Tel : 019-4785909 / 013-4980230



~~~ To Be Continued ~~~

2 comments:

  1. Baru follow sini.. wahhh banyak nya food review..

    http://ceritaaisyaismail.blogspot.my/2017/08/why-shopee-why-crying.html

    ReplyDelete
  2. xpernah try lagi..dok p anjung keli ja

    ReplyDelete