Thursday, August 31, 2017

Resipi D'Dapur Sup Tulang & Gear Box | Mudahnya Memasak Dengan Periuk Ajaib Noxxa

Resipi D'Dapur Sup Tulang & Gear Box | Mudahnya Memasak Dengan Periuk Ajaib Noxxa

Resipi D'Dapur Sup Tulang & Gear Box | Mudahnya Memasak Dengan Periuk Ajaib Noxxa

Resipi D'Dapur Sup Tulang & Gear Box | Mudahnya Memasak Dengan Periuk Ajaib Noxxa | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Dikesempatan ini saya mengambil peluang untuk mengucapkan SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 60 TAHUN. Walaupun kita ni sebenarnya mempunyai fahaman politik dan berbeza, namun sambutan kemerdekaan merupakan lambang kesyukuran kita terhadap rahmat Allah yang memberikan kita ruang dan peluang untuk hidup sebagai manusia bebas dimuka buminya yang sementara ini. Semoga kita semua sebagai rakyat Malaysia terus dilindungi dan diberkati AMIN.

Baiklah, untuk entry kali ini, saya degan sukacitanya (cecewah3 he3) ingin sekali lagi berkongsi satu lagi resipi dengan periuk ajaib Noxxa. Resipi kali ini adalah Sup Tulang & Gear Box.


Sup Tulang & Gear Box Periuk Ajaib Noxxa


Bahan-bahan Dan Kaedah Memasak | Resipi D'Dapur Sup Tulang & Gear Box

Bahan-bahan Dan Kaedah Memasak | Resipi D'Dapur Sup Tulang & Gear Box | Esok kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha, makanya, resipi ini boleh dijadikan rujukan untuk menyediakan juadah hidangan kepada para tetamu. Bahan-bahan dan cara penyediaan seperti biasa memang MUDAH dan CEPAT. Kiranya dijamin pejam mata boleh masak juga yer he3. Jom layan ceritera resipi D'Dapur Sup Tulang & Gear Box Periuk Ajaib Noxxa.


Bahan-bahan Sup Tulang & Gear Box Periuk Ajaib Noxxa :

~ Ekor Lembu (dalam 500g)
~ Gear Box (2 ketul)
~ Perencah sup Adabi (2-3dudu) - dibancuh dengan air
~ Bunjut sup 
~ Lada hitam (10biji)
~ Bawang putih (3-4ulas) - diracik
~ Halia (1inci x 2)
~ Batang daun bawang (2ketul)

Psssssttt, MUDAAAAHHH sangat-sangat kan3. Seperti biasa kita lempar masuk periuk, tumis sebentar dan terus setkan timer memasak dalam periuk ajaib Noxxa


Kaedah Memasak Sup Tulang & Gear Box Periuk Ajaib Noxxa :


Seperti biasa sila rujuk video penuh kaedah memasak sup tulang dan gear box periuk ajaib Noxxa


Hasil akhir setelah dimasak didalam periuk ajaib Noxxa selama 50minit

Video hasil akhir Sup Tulang & Gear Box Periuk Ajaib Noxxa

Memang slurp2 menikmati bersama keluarga



~~~ The End ~~~

2 comments:

  1. Fuhhh.. malam2 tengok ni terus terbuka selera. Sedap..Salam Aidiladha :)

    ReplyDelete
  2. Baru jer masak sup tulang semalam...

    ReplyDelete