Monday, September 19, 2022

Corat Coret Hari Raya Aidilfitri 2022 | Kami 3 Beranak Berhari Raya Di Perantauan

Corat Coret Hari Raya Aidilfitri 2022 | Kami 3 Beranak Berhari Raya Di Perantauan

Corat Coret Hari Raya Aidilfitri 2022 | Kami 3 Beranak Berhari Raya Di Perantauan | Assalammualaikum dan selamat pagi semua pembaca. Sebelum memulakan entry hari ini, ni nak cakap sesiap ni haaaa, ampa jangan dok kata apaaaa naaaa, layankan ajeerrrrr entry backdated saya ni haaaaa :P. Apa lagi nak dikata, ni haaa baru nak sambung menaip entry Hari Raya Aidilfitri 2022 bulan May haritu tu kan3 :P. Lambat puuunn kena pahat juga semua memori di dalam blog, sebagai kenangan dikemudian hari keeenn, so wajib laaaaa up juga ntery eh juga kan3 :P.


Ist entry Aidilfitri dah up di SINI, itu pun kira macam entry trailer ja pun kan3. Lepastu ada up entry review cuti-cuti KL secara kombinasi (cuti-cuti Raya Aidilfitri 2022 dan sistur KL staycation) di SINI pula dan juga di SINUN. Entry berkisar pengalaman menikmati Teppanyaki dan juga pengalaman menaiki train transit KL. Setelah setel semua entry sisturs KL staycation, ajiom kita flashback entry cuti-cuti hari Raya Adilifitri pulaaaaa. Walaupun, sebenarnya saya dah ingat-ingat lupa details itinerary kami dikala itu tau3, tapiiii, saya akan terus mencuba untuk mengingati dan memahat mana yang boleh la kan3. So moh la kita sambung entry ceritera corat coret Hari Raya Aidilfitri 2022, kami 3 beranak berhari Raya di perantauan gitcheeww.


Untuk Aidilfitri tahun ini, kakak saya sekeluarga tidak dapat pulang ke Utara untuk berhari raya. Makanya saya sekeluarga membuat keputusan untuk kami pula ke Kuala Lumpur untuk berhari raya bersama kakak sekeluarga sambil bercuti-cuti gitcheewww. Makanya 2minggu sebelum raya dah setel itinerary (JJCM & ronda-ronda), dan booked hotel segala la. Plan asalnya kami akan bertolak ke KL, sehari sebelum hari raya, pada awal pagi (ikut kalender punya raya naaaaaa). Penyudahnya, nak dijadikan cerita, sehari sebelum tiba harinya kami nak bertolak ke KL tu, kami mendapat perkhabaran kakak saya sekeluarga positive Covid-19. Kemudiannya, pada malam sebelum bertolak, satu lagi perkabaran yang mengejutkan iaitu ESOK RAYA!!!!! Haaaaa hambeeekkk kau, 2 perkhabaran meletop dok ada ada dah haaa. Dah la sah-sah dari perkhabaran pertama tu menyebabkan kami tidak dapat berhari raya bersama-sama dengan keluarga kakak saya, ni ditambah lagi perkhabaran kedua, terus jadi kalutnya raya tahun itu pabila kami 3 beranak didalam kereta ketika awal pagi raya haaa. Plan tetap berjalan walau apa pun kejutan yang berlaku. Makanya pada pagi raya, dalam jam 4.30am, kami 3 beranak memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur. Ajiom kita layan corat coret bergambor dibawah untuk ceritera lanjuuutttt........ 


Baju raya, kuih raya dan duit raya


Pssstt, walaupun segala persiapan agak last minit juga, tetapi Alhamdulillah dapat diselesaikan dalam minggu terakhir Ramadhan, syukuuurrrr


Duit raya terawal Boboboy di hari Jumaat terakhir Ibu berkerja

Tahun ni order lemang nan 3 batang


Pssstt, sebatang makan malam raya, dan 2batang lagi frozenkan untuk dinikmati selepas balik dari cuti-cuti Aifilfitri


Cuci kereta dan isi minyak full untuk perjalanan jauuuuhhhhhhh


Psssttt, ambil feel kenkonon balik raya haaa. Kita pun cuci la kereta dan isi minyak full awal-awal. Kan ker nak bertolak awal pagi, so time itu sudah boleh meneruskan perjalanan dengan aman damai gitchew. Sememangnya sewaktu perjalan menuju ke KL dari Penang, jalan clear. Banyak kenderaan berada dijalan raya, tetapi jalan tidak sesak dan lancar sahaja (bagi laluan menghala ke Selatan). Tetapi bagi laluan menghala ke Utara, kadang-kadang berlaku kesesakan, tetapi tidaklah sepanjang-panjang jalan gitchew. Tetapi (sekali lagi) pabila tiba di sempadan Perak-Selangor, semakin kerap dan semakin lama kesesakan yang ada tau3. Rasanya waktu sesudah Subuh warga KL/Selangor/Selatan mula menghala balik ke Utara kot kan3


Menziarahi pusara arwah Tok Abah eh


Psssttt, Alhamdulillah kami selamat tiba di Rawang dalam jam 8.30pagi. Terus menzirahi pusara arwah Ayah Mr Hubby a.k.a Tok Abah Boboboy. Sila abaikan etika pemakaian Boboboy ituuuu, sebabnya, masa bertolak tu memang bangun tido, mandi, Ayah eh pakaikan baju, dah terus masuk kereta gerak ja si Boboboy tu haaaaaa. Tu yang memang kami tidak berbaju raya apa bagai ziarah pusara tu. Orang lain semua berbaju kurung, baju melayu, baju raya. Kami 3 beranak wat lek wat piece ja baju casual :P, janji tutup aurat sudaaahh. Selesai ziarah pusara, kami beraya dirumah Tok Umie Boboboy. Tok Umie ni isteri baru Tok Abah Boboboy naaa. Tok Abah kahwin baru selepas Tok Mak Boboboy meninggal dunia, dan terus menetap di Rawang. Dalam lepas zohor kami pun beransur dari rumah Tok Umie Boboboy untuk meneruskan perjalanan ke KL dan check-in hotel untuk 3H2M raya staycation kami 3 beranak gitchew. Untuk review hotel kami tu tunggu next entry naaaaaaa


OOTD 3 beranak di petang hari raya pertama Aidilfitri 2022


Pssstt, elok check-in hotel lepak rehat sekejap, terus Boboboy ajak Ayah eh dok poolin la. Dah nama pun duduk hotel, sah-sah la poolin session tu fokus Boboboy seketul tu. Review sesi poolin pun nanti saya up dalam review hotel naaaaaa. Elok dah masuk Asar, terus balik semula ke bilik, mandi, bersiap untuk sesi ronda-ronda kota raya gitcheeeww. Motip kami 3 beranak hanya JJCM, window shopping dan jalan-jalan mengisi masa sahaja. Entry JJCM tu pun nanti saya ceritera details dalam entry berlainan naaaaa. Dari hotel yang terletak di Jalan Kamunting, kami berjalan ke SOGO yang terletak di Jalan TAR, dengan melalui Jalan Dang Wangi. Seriously memang semua kedai tutup weeeiii he3. Yang buka cuma dominos, US Pizza, sebuah kedai serbanek, sebuah kedai 7eleven dan juga sebuah restoran mamak. Nasib baiklah ada SOGO weeeiiii, kalau dak memang merepuit dalam hotel la jawabnya he3. So memang sampai ke malam la kami dok JJCM dan ronda-ronda dalam SOGO tu haaaaa. Dalam lepas jam 10.00pm baru start jalan pulang kepangkal jalan #eh3 ke hotel. OTW malam tu elok nak sampai hotel kami, sebuah lagi restoran mamak, Sup Haji Abu, buka. So kami tapau supper dengan mee goreng mamak dan roti telur. Sampai bilik, terus mandi, sambung makan hasil bekal & tapauan, tengok movie, sembang-sembang dan tidur. Maka tamat sudah hari pertama


OOTD 3 beranak di pagi hari raya ke dua Aidilfitri 2022


Pssstt, untuk hari raya kedua ni, plan kami ialah ronda-ronda menaiki keretapi transit KL (monorail, LRT, MRT tu haaaaa). Saya dah up entry ini di SINUN. Lepas tu ronda-ronda Bukit Bintang...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Lot 10, Fahrenheit, Pavilion


Pssttt, antara semua shopping complex, Pavilion ja yang agak lama kami jalan-jalan dan JJCM. Yang lain tu masuk tak sampai 30minit, pusing, keluar terus he3. Pavilion tu pun dapat lama sebab dok JJCM ja yang lebih he3.Entry JJCM Pavilion tu pun nanti saya ceritera details dalam entry berlainan naaaaa. Setel ronda-ronda Bukit Bintang kami terus kembali ke hotel. Malam tu keluar makan sekali lagi di restoran Sup Haji Abu, kerana dekat dengan hotel. Dah tak larat nak jalan jauh untuk JJCM bagai lagi dah. Then malam tu kakak saya datang untuk berjumpa dan beraya dari kejauhan sahaja, sob3. Bolehlah, asal dapat tengok muka juga, kira ok la, walau tak dapat polok cium, sob3. Selesai sesi jejak kasih malam raya, kami kembali ke hotel dan tidur kerana esok pagi kami sudah nak memulakan perjalanan balik. Plan asalnya nak bertolak awal, dalm 8@9am, kerana nak singgah beraya di rumah sanak saudara dan rakan di Ipoh dan Taiping, serta ziarah pusara arwah Opah eh. Tapiiiiiiiii kita merancang, Allah yang mementukan. Boleh pula kami 3 beranak terlajak tidur weeeeeiii. Tau-tau terjaga masa tu dah menghampiri 12.00tengah hari weeeeeii. Terkejut beruk betul. Sepantas lipas kudung bersiap, check out hotel dan bergerak pulang menghala Utara. Sempat singgah beraya di Ipoh rumah bapa saudara dan juga rumah BFF
v
v
v

Me & ude, my BFF since zaman Uni


Psstt, gambar raya di rumah bapa saudara tak sempat snap langsung :P. Taiping pun tak sempat singgah dah sebab dari Ipoh pun dah lepas maghrib, dan jalan jam weeeeeeiiiii...
v
v
v
v
v

Jaaaaaaammmmmmm


Pssstt, memang sepanjang perjalanan dari Ipoh menghala ke Utara jam hooiiii. Yang hairannya jalan tu jam punya panjang, tiba-tiba bila sampai di hadapan, tidak ada apa-apa pun, jalan terus clear semula. Kadang jam pabila menghampiri susur kelaur, tapi yang jam bukan laluan susur keluar itu, yang jam jalan yang terus tu haaa. Pelik bebenor la hoooiii. Akhirnya, kami selamat sampai di Penang melepasi tengah malam tau3. Dah la saya kerja esoknya tuuuuuuuu, sob3

Itulah sahaja yang dapat saya bebelkan well spent corat coret Hari Raya Aidilfitri 2022, kami 3 beranak berhari raya di perantauan. Alhamdulillah, walaupun ianya tidak berjalan sepenuhnya seperti yang dirancang, namun kami tetap bersyukur kerana kami dapat juga spend sepenuhnya bersama keluarga kecil kami yang 3 ketul ini. Moga ada rezeki dihadapan untuk repeat semula bersama keluarga kakakku, amiiiinnn.


~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment