Demi Anak Seketul, Ibu Gagahkan Jua | Keretapi Transit Kuala Lumpur Dengan Monorail, LRT, MRT
Demi Anak Seketul, Ibu Gagahkan Jua | Keretapi Transit Kuala Lumpur Dengan Monorail, LRT, MRT | Assalammualaikum dan selamat hari Khamis semuaaaa. Esok kita akan bercuti bagi menyambut Hari Malaysia, makanya entry ini jadikanlah sebagai penutup entry minggu ini.
Untuk entry hari ini, saya nak share pengalaman kami anak beranak menggunakan perkhidmatan pelbagai jenis keretapi transit di Kuala Lumpur. Kombinasi pengalaman ini saya gabungkan bagi 2 trip cuti-cuti KL, iaitu sewaktu cuti-cuti-hari-raya-aidilfitri-2022dan 2h1m-jjcm-sisturs-kl-short-staycation.
Sebenarnya, Boboboy seketul tu dah pernah dah merasa menaiki train KL sewaktu baby dulu-dulu. Time tu Opah eh masih ada lagi tau3. Kiranya dah lebih dari 5/6tahun dah. Boboboy pun dah tak ingat langsung pengalaman naik train ituuu. Makanya, bila dah ke KL ni, salah satu aktiviti wajib dilakukan bersama anak adalah naik train la ya tuan-tuan dan puan-puan. Almaklumlaaaa, dekat penang ni tiada train transit servis macam di KL nun haaaaaaa. Keretapi KTM tu adalah, dan ianya berbeza kan3. Yang di KL ni dengan monorail eh, dengan LRT eh, dengan MRT bagai eh kan3. So ajiom layan ceritera bergambar dibawah.
Kami sewaktu menantikan ketibaan monorail KL, di stesen Medan Tuanku
v
v
v
v
Route map bagi monorail KL
Psstttt, servis monorail KL ni, route dia yang paling singkat kan3. Iyerla ianya hanya dalam kota raya KL sahaja, iaitu dari KL sentral ke Titiwangsa (dua hala, pergi dan balik). Train yang digunakan leboh kontot kan3. Masa train ride cuti-cuti raya tu, kami ke KL dengan kereta, tapi untuk ronda-ronda KL memang menggunakan servis train sahaja, baru feel macam org kolumpo :P. Antara stesen yang kami pergi seperti KL Sentral (pusat untuk semua servis monorail, LRT & MRT, KTM, ERL), Medan Tuanku (hotel terletak berhampiran stesen ini), Bukit Bintang (untuk ke Pavilion, Lot 10, Ferenheit, & tukar laluan untuk menaiki MRT laluan Sg Buloh-Kajang), Bukit Nanas (untuk ke KLCC & tukar laluan menaiki LRT laluan Kelana Jaya). Meh rujuk details route eh.....
v
v
v
v
v
v
v
Gambar ehsan google
Map terperinci laluan keretapi transit Kuala Lumpur
Psssttt, memula tengok map ni rasa nak muntah ijooo :P. Berselirat hooiii. Tapinya, sebelum pergi ke KL, saya dah cuba buat summary dan track related train atau stop yang saya perlu naik/turun untuk ke lokasi yang saya nak tuju. Bersedia serba sedikit la kiranya. Sedia awai tak kaluuiitt keen. Tapinya, kalau kita was-was atau ada masalah, jangan risaaauuu, ada banyak ja kaunter pertanyaan di setiap stesen ok
Kami menaiki monorail Kuala Lumpur di pagi raya ke 2 :P
Psstt, meh sini nak bebel ujian di pagi raya ke 2, bagi seketul Ibu he3 :P. Sepatutnya plan pagi raya tu nak ronda-ronda & JJCM kawasan Bukit Bintang dan KLCC. Nak rasa jadi bangla #eh3 orang ado-ado, jalan tempat mewah kunuunnn :P. So dari hotel terus naik monorail la kan3. Habis semua shopping complex yang ada di sepanjang perjalanan Bukit Bintang tu kami 3 beranak masuk tau3. Dengan Sungei Wang Plaza, Lot 10, Ferenheit, & Pavilion. Setel window shopping dan JJCM serba sedikit, Boboboy kata tak puas naik monorail tadi, sebab sekejap sangat. So Ayah eh ajak naik MRT pula. Kami 3 beranak naik MRT laluan Sg Buloh-Kajang. Sepatutnya, plan asal nak naik sampai ke stesen Muzium Negara sahaja, sebab nak ke KL Sentral dan tukar manaiki monorail balik ke hotel. Tapinya dah Boboboy seketul tak puas, ayah eh terus ajak lajak dulu :P. Saja2 pergi jauh sikit, bagi Boboboy seketul tu puas naik train motip eh. Punyalah Ayah eh nak melayan tekak #eh3 request anak seketul eh tuuu, kami ni naik dari Bukit Bintang sampai ke Kwasa Sentral nuuuunnn tau3. Ibu sampai pening nak muntah monggek weeeeiii, depa 2 ketul dok rileeeekkk ja dalam train tu. Ikutkan dua beranak tu nak sampai penghabisan laluan, kiranya Sg Buloh tu haaaaa, tapiiii Ibu dah kritikal dalam train tu, makanya mereka ajak turun di Kwasa Sentral dan patah balk ke KL Sentral. Hazaaaabbbbb weeiii Ibu time tu, mata tak boleh buka dah masa dalam train, punya pening dan loya :P. Masa sampai KL Sentral tu macam nak sujud syukur dah. Jalan-jalan kejap di Nu Sentral baru naik monorail balik ke hotel. Akhirnya tamat sudah sesi lawatan dalam train cap 3 beranak di pagi raya Aidilfitri :P
Boboboy seketul di KL Sentral pada jam 5.00am
Psssttt, yang ni pula semasa sisturs staycation bulan lepas naaaaa. Ibu & Boboboy berdua sahaja. Naik bas dari Penang, dan tiba di KL Sentral jam 4.00am. Menganga la dulu kami 2 beranak tara nak tunggu segala mak nenek train di KL ni mula beroperasi, iaitu jam 6.00am
Penantian satu penyeksaan #eh3 monorail pertama di Stesen KL Sentral
Tadaaaaaaa, monorail sudah tibaaaaaaa
Pssstt, untuk staycation kali ini kami menaiki monorail dari KL Sentral ke Stesen Medan Tuanku, kerana hotel terletak berhampiran. Dan pada ketika hari untuk pulang ke Penang, kami menaiki monorail di Stesen Medan Tuanku ke Stesen Bukir Nanas dan seterusnya menukar lalun ke Stesen LRT Dang Wangi untuk ke KLCC (laluan Kelana Jaya)
v
v
v
v
v
v
Boboboy seketul last trip on a train gitcheewwww
~~~ The End ~~~
No comments:
Post a Comment