The RED One KLCC | Penginapan Di Golden Triangle Kuala Lumpur
The RED One KLCC | Penginapan Di Golden Triangle Kuala Lumpur | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Akhirnya kita telah sampai ke entry terakhir untuk Cuti-cuti Hari Raya Aidilfitri. Entry hari ini saya akan review penginapan kami 3 beranak, iaitu di The RED One KLCC.
Sewaktu ingin membuat tempahan hotel, perkara pertama yang menjadi kayu ukur bagi saya ialah saya mencari hotel yang berada dalam kawasan 'Golden Triangle Kuala Lumpur'. Iaitu di tengah-tengah kota raya KL gitchew. Ini kerana aim saya pada ketika itu adalah untuk berjalan kaki ataupun menggunakan perkhidmatan monorail/LRT/MRT untuk kesana-sini. Dan hotel itu kena ada swimming pool. Sah-sahlah keeennn, kena ada, sebab Boboboy nan sketul tu kalau dah namanya duduk hotel, wajib la nak berendam dalam pool kan3. Tetaapiiiiii, saya mencari yang budget sahaja :P. Iyerla, semestinya jika hotel di dalam kawasan Golden Triangle KL ini, mestilah harga tinggi juga kan3. Sebagai rakyat marhaen, bukan golongan T20 bagai, saya perlu mencari hotel yang memenuhi kehendak dan juga poket saya secara berjemaah :P. Setelah survey punya survey, pelbagai laman web tempahan hotel online, akhirnya saya menjumpai hotel yang memenuhi kedua-dua kriteria ini, iaitu The RED One KLCC. Lelaju terus booked untuk 2 malam. So, untuk details review, ajiom layan ceritera bergambar dibawah.
The RED One KLCC
Pssstt, gambar hadapan hotel tak sempat nak snap :P. Tapi hotel ni tinggi, so mudah nampak jika dari Jalan TAR atau pun Jalan Dang Wangi. Hotel ini terletak di Jalan Kamunting naaaa. Kira boleh kata trade marks dia, hotel ni berdekatan dengan Ibu Pejabat Polis Dang Wangi dan kalau lebih tepat lagi hotel ini bebetul berdekatan dengan restoran Ali, Muthu & Ah Hock, Jalan Dang Wangi.
Grand Deluxe Double Room, The RED One KLCC
Psstt, saya membuat tempahan dari laman web agoda.com. Harga untuk 2malam adalah RM234.51. Ni kira dah tolak dengan kupon diskaun yang saya dapat la naaaaa. Pertama kali tiba di hotel ni, 1st impression saya, saya rasa ni lebih kepada service kondo macam tu haaa. Bukanlah hotel yang sebenar. Ini kerana dia tiada lobby. Bahagian ofis untuk check in, terletak di satu unit di level GF. Staff yang ada pun seorang sahaja. Rasanya bukan staff pun, dia macam ejen ka apa ka macam tu. Walaupun rasa tak confident tapi syukur urusan check in ketika itu lancar. Mungkin kerana tidak ramai orang. Saya ada terbaca review yang mereka menghadapi masalah sedari awal urusan check in lagi. Seterusnya, untuk naik ke bilik, kita perlu menuju ke pintu entrance yang berlainan dari pejabat tadi tau3. Then masa nak check out, hanya perlu letakkan kunci dalam box di kaunter pintu masuk (tiada stasf, hanya ada kaunter), kira macam drop off kunter gitchew. Kalau ada apa-apa masalah sepanjang penginapan, perlu telefon dengan menggunakan handphone sendiri ke satu talian (nombor handphone) naaaaa, kerana dalam bilik tiada telefon dan tiada service room service kaunter etc macam hotel sebenar tu haaaaa. Owh ya, ofis untuk check in tu hanya ada staff pada waktu pejabat sahaja rasanya. So sebarang urusan selepas waktu itu memang kena telefon talian handphone yang diberi tu la tau3. Despite all the rasa tak sedap hati semasa check in tu, saya bersyukur sekali lagi kerana pabila melangkah masuk kedalam bilik hotel, saya puas hati. Bilik & katil luas, design dalam bilik pun unik, dan room amenities cukup. Cumanya dari segi kebersihan tu so-so sahajalah. Kebersihan katil dan bilik air memuaskan, tetapi sedikit berhabuk di bahagian coffee table dan juga dressing table. Tapi oklah, tidaklah ketahap kritikal bagai keeeennn, acceptable gitchew
Coffee table
Pssstt, ada mesin coffee taaauuu. Cumanya segala coffee tu kena pakai yang sendiri punya la naaaa. Dan lagi satu, saya pun tak sure sama ada coffee machine itu berfungsi atau tak, sebab saya tak cuba :P. Selain coffee machine, terdapat juga kemudahan set chinese tea tau3. Ada sekali dibekalkan sachet chinese tea tu, tapiiiiii pun sama saya tak cuba puunn he3. Yang saya guna ialah kettle tu saja
Ini view dari dalam bilik ke pintu masuk
Pssstt, bila kita mula-mula masuk kita akan tiba dilorong atas ni la, then sebelah kanan ialah section wardrobe, dressing table dan juga tandas. Then jalan lurus kehadapan lagi, baru kita akan tiba dibahagian utama bilik yang menempatkan katil, tv, working table, coffee table dan juga ruang balkoni
Bahagian wardrobe
Psstt, satu level dalam almari ini dah patah. Tapi bahagian yang lain masih berfungsi, syukuuuurrr he3. Oh, lagi satu peti keselamatan dan juga kemudahan iron pun diletakkan di dalam almari ini tau3. Lagi satu yang canggehnya hotel ini adalah, iron dia steam iron wweeeeeiiii. Peerrghhh, 1st time pergi hotel dapat steam iron. Memang bahagialah iron baju raya he3 :P
Bahagian tandas dan bilik air
Psssttt, bahagian tanadas dan bilik air ini ada pintu sliding tau3. Dan ianya terletak diantara bahagian wardobe dan juga dressing table tu haaaaa tau3
Kolam renang di The RED One KLCC
Psssttt, inilah bagi saya apa yang terbaik di The RED One KLCC. View kolam renang memang awesome weeeei. Nampak KLCC dan juga menara KL. Dua ikon kotaraya Kuala Lumpur. Even dia punya pool bench sofa pun best. Pool pun best, dengan keluasan dan kedalaman yang sesuai. Memang enjoy cap Ayah & anak tu berendam 2 hari weeeiii. Tak percaya???? Meh sini Ibu lanjeeerrrrr gambor deme dua beranak dok bercanda sakan dalam kolam renang
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Tadaaaaaaaaaaaaaaa.....
Pssstt, Ibu seperti biasa, lebih kepada menjadi penononton di tepian kolam eh sajiaaa. Sekali sekala sahaja terjun tiruk :P. Dua beranak tu la puas dok beramas beramah mesra. Tambah-tambah sepanjang penginapan kami memang tiada orang. Pool tu kami 3 beranak yang ponyaaa he3
View dari balkoni bilik kami
Secara totalnya penginapan di The RED One KLCC memuaskan. Kemungkinan saya akan repeat lagi stay disini jika mendapat harga semurah seperti pnginapan kali ini he3. Tapiiii kalau harga naik, dan menghampiri RM200 semalam, memang tak laaaaa he3.
Ini kerana, apa yang saya rasa yang memang tidak memuaskan dan adalah lebih baik jika pihak The RED One KLCC memberikan perhatian dari segi Customer Service bagi pelanggan sewaktu menginap di hotel berkenaan. Ini kerana banyak review, masalah timbul kerana tiada support dari segi Customer Service. Saya bagi contoh apa yang saya alami sewaktu menginap hari tu naaa. Pada malam terkahir kami menginap, sekitar jam 3@4 pagi tiba-tiba kami terjaga kerana bunyi alarm kebakaran. Kami dari tingkat berapa puluh entah, turun kebawah, bersama penginap yang lain. Bila sampai dibawah, tiada langsung seorang staff The RED One KLCC. Kami tunggu lebih dari 2jam. Then saya nampak ada staff di dalam ofis (yang saya check in). Staff tu tidak maklumkan apa-apa, kepada penginap yang dok ngangan berejam dari tadi. Buat tak tahuuuuuu jaa. Ramai peginap pergi tanya pun tiada jawapan bernas. Benar terbakarkah, berapa lama nak tunggu ka, apa yang terjadi ka, etc. Sehinggalah jam sudah melepasi jam 6pagi. Baru alarm kebakaran berhenti berbunyi, dan kami sendiri kembali ke bilik tanpa diberi makluman jelas dari staff. Saya ada juga terbaca review dari laman web tempahan hotel, yang mana pengunjung menghadapi masalah semasa menginap, dan tidak mendapat penyelesaian yang memuaskan. Semuanya kerana tiada Customer Service yang sepatutnya yang standby di lobby atau pejabat hotel. BTW, saya dah jumpa option penginapan lain di dalam kawasan Golden Triangle KL, sebuah lagi hotel (combination hotel & service condo) yang harga marhaen dan mempunyai hotel Customer Service yang memuaskan (review di SINI).
~~~ The End ~~~
No comments:
Post a Comment