Monday, September 12, 2022

Silka Maytower Kuala Lumpur | Hotel Berbintang, Harga Bajet Di Golden Triangle KL

Silka Maytower Kuala Lumpur | Hotel Berbintang, Harga Bajet Di Golden Triangle KL

Silka Maytower Kuala Lumpur | Hotel Berbintang, Harga Bajet Di Golden Triangle KL | Ajiom kita teruskan sambungan ceritera 2H1M JJCM & Sisturs KL Short Staycation. Sebelum ini dah ceritera tentang bus trip eh dan lepas tu JJCM 1st eh, kali ni moh kita sambung dengan review tempat penginapan eh pulaaaaaa. 


Syukur Alhamdulillah, rezeki kami untuk dapat lokasi penginapan di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur atau kata lain dalam kawasan Golden Triangle KL, dengan harga yang murah. Sememangnya memang puas hati tau3. Sebenarnya ini merupakan kali kedua trip staycation di kawasan Golden Triangle KL tau3, kaaann entry tertunggak Cuti-cuti Aidilfitri 2022. Time tu hotel lain, tapi di kawasan berdekatan juga la. Nanti baru saya review pabila sampai turn entry tu naaaaaa :P.


Untuk kali ini, Hotel yang menjadi pilihan ialah Silka Maytower Kuala Lumpur, yang teletak di Jalan Munshi Abdullah. Kalau anda google maps lokasi hotel, memang jelas anda boleh lihat ianya sangat berdekatan dengan Jalan Masjid India. Ianya juga hanya 'walking distance' dalam 5-15minit sahaja dengan beberapa tarikan & kemudahan KL yang lain, seperti SOGO, Jalan TAR, Stesen Monorail Medan Tuanku, Masjid India dan yang paling penting pelbagai jenis spot JJCM yang terbaiiikkkk weeii. Salah satunya saya dah share dalam entry JJCM 1st eh, dan spot yang lain akan saya share di entry seterusnya tau3, so tungguuuuuuuu. 


Berbalik kepada Silka Maytower Kuala Lumpur, ianya adalah merupakan kombinasi hotel dan service apartment. Ini kerana jika anda hendak membuat tempahan bilik (dalam mana-mana laman web tempahan online), ada akan dapat lihat terdapat perbezaan jenis pemilik serta jenis bilik yang boleh ditempah. Ini kerana jika tempahan terus kepada hotel, jenis bilik yang ada adalah deluxe, stadard dan juga suite. Jika anda membuat tempahan kepada pemilik apartment, jenis biliknya adalah lebih kepada satu unit apartment (jenis studio/berbilik). Saya telah membuat tempahan dengan hotel Silka Maytower Kuala Lumpur. Ajiom layan ceritera bergambar dibawah.....


Silka Maytower Kuala Lumpur


Our chosen room


Pssttt, kami ambil  bilik yang paling moraaaaahhh iaitu standard room. Hanya RM105.64 sahaja semalam. Sebenarnya di dalam laman web (saya buat tempahan melalui Trip.com), ada dinyatakan pilihan jenis katil King atau 2single, tapiiinyaaaaa, bila masa nak check-in tu kaunter inform untuk standard room hanya ada single bed ja la pulaaaaaa. Redha ja la, asal dapat bilik. Keluasan bilik sedang elok untuk kami 6beranak :P. Haah, kami semua ada 6 beranak hokeeeyyhh. Ibu dan Ummi, serta 4 ketul anak-anak he3. Ibu Ummi tido atas katil, anak-anak semua tidur lambak atas toto gitcheeww he3


Ruangan tandas dan bilik mandi


Ni bahagian kolam renang eh


Pssstt, kolam renang jenis berbumbung dan memang luas, dengan bahagian kanak-kanak dan dewasa. Waktu operasi sampai ke 10mlm kalau tak silap saya. Bila berbumbung ni, kita tak perlu risau jika hujan ka panas terik ka apa ka la kan3. Cumanya yang agak kureng ialah tiada langsung spot untuk duduk di tepian gantang #eh3, di tepian kolam. sementara menunggu anak-anak mandi manda. Punyalah luas kawasan tepi tu ada, tapi tiada satu pun side bench wei. Makanya dok berdiri sambil gewang atau terus melepek atas lantai sahajalah yang mampu


Kemudahan tandas di level kolam renang


Pssstt, di dalam tandas ini terdapat bahagian tandas dan juga bilik mandi berasingan tau3. Selain itu terdapat juga bilik sauna. Tetapi malangnya bagi tandas wanita, sauna eh rosak


Permulaan sesi renangan, Boboboy keseorangan :P


Ninjiaaaa sesi renangan bersama sekupu-sekupu eh :P


Pssstt, ada kisah tau berkaitan kawasan air pancut ini. Rupanya dua kolam berair pancut ini tak boleh mandi. Boboboy dah mula mandi di kolam renang dari jam 10am, sampailah sekupu-kupu eh sampai dalm 11.30am, sambung mandi sehingga melepasi jam 12.30tengah hari. Sekejap di kolam kanak-kanak, sekejap di kolam air pancut, dan sekejap di kolam dewasa. Tiba-tiba, datang seorang staff maklumkan tak boleh mandi di kolam air pancut itu. Terkejut la kami. Sedangkan dari awal mandi, dah berpuluh-puluh staff hotel lalu lalang, termasuk tukang cleaner kolam, tapi mereka tidak maklumkan apa2. Kawasan kolam air pancut itu pun tidak ada sebarang notis (dilarang berenang etc), atau dalam kolam ada tubuhan ka, ikan ka, biawak ka. Jika ada, sah-sah la kami tahu tidak boleh berenang di situ kan3. Tapi apa pun, apabila dah diberitahu, maka seterusnya kami tidak benarkan anak-anak bermain dan berenang di kolam air pancut tersebut lagi la kan3. Meh sini saya tunjuk sekali lagi 2 kolam air pancut yang dilarang berenang ituuuu...
v
v
v
v
v
v
v
v

Tuuuuuuu, dua kolam berwarna hitam di kiri dan kanan yang dipisahkan satu walk-away ditengahnya. Ada satu air pancut bagi setiap satu side. Yang Boboboy duduk tu kids pool. Selepas daripada kolam air pancut itu ada satu dataran dan dihujung sekali ialah adults pool


Kolam dewasa


Ninjiaaaaaa, spam gambar 4 ketul sekupu-sekupu bergembira di kolam renang he3


Secara kesimpulannya saya memang rekemen untuk stay disini tau3. Kemudahan memang ok dan lengkap, iyerla dengan kolam renang, gym dan bilik selesa. Tambahan dengan lokasi yang sememangnya strategik. Kami memang hanya berjalan kaki ke SOGO, Jalan TAR, Jalan Masjid India serta beberapa port JJCM (akan diceriterakan dengan terperinci di lain entry naaaa). Jalan anka beranak tau. Memang tidak terasa, walau waktu siang atau malam. Enjoooyyy ja sepanjang jalan kerana macam-macam kedai dan gerai dok ada he3. Siap bejalan diwaktu hujan lagiiiiii. Ini baru betul-betul menikmati kehidupan di kotaraya gitchew. Semestinya kami akan repeat lagi di masa akan datang



~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment