Tuesday, September 20, 2022

JJCM Kotaraya Kuala Lumpur Di Hari Raya Aidilfitri | Apa Adanya Kita Nikmati Sahaja

JJCM Kotaraya Kuala Lumpur Di Hari Raya Aidilfitri | Apa Adanya Kita Nikmati Sahaja

JJCM Kotaraya Kuala Lumpur Di Hari Raya Aidilfitri | Apa Adanya Kita Nikmati Sahaja | Berkesinambungan dari entry sebelum INI, ajiom kita layan pula corat coret lebih details tentang ceritera JJCM kotaraya Kuala Lumpur kami 3 beranak semasa cuti-cuti Hari Raya Aifilfitri itu. 


Sepertimana yang saya dah maklumkan dalam entry sebelum ini, dah kami bercuti-cuti semasa hari raya Aidilfitri, so majoriti kedai memang TUTUP. Tak kiralah kedai makan ka, kedai kain ka, kedai jam ka, kedai apa-apa sajalah, memang TUTUP. Walaupun kami memang stay berdekatan Jalan TAR, Jalan Masjid India, Jalan Dang Wangi dan etc. So hanya mengharapkan fast food, shopping complex, kedai serbaneka, dan kedai mamak seketul dua sahaja. Tanpa membuang masa, ajiom layan ceritera bergambar antara JJCM kotaraya Kuala Lumpur yang berjaya kami 3 beranak laksanakan semasa cuti-cuti hari raya Aidilfitri yang lepas.


JJCM 1st day hari raya Aidilfitri di Sogo


Pssstt, kamikan tiba di KL pagi raya pertama. Pagi tu dah berhari raya dan menikmati pelbagai juadah raya di rumah Tok Umie Boboboy. Antara hidangannya ialah lemang, ketupat, rendang ayam, mee kari dan aneka biskut raya la kan3. Perut dah kenyang, so tengah hari tu baru check in hotel, dan berehat dengan aman (sebab dah kenyang kan3). Then petang raya pertama tu, kita sambung JJCM di Sogo pula. Kami terjah Sogo Food Garden dengan Teppanyaki eh, then sambung dengan Nandos eh, & Mc Donald eh pulop :P. Dah namanya Boboboy keeenn, tengok McD ja teringin, tengok KFC ja teringin. Mulanya cuma kata teringin aiskrim Mc D konon, last2 sekali set beger juga dia nak :P. Patutnya McD, KFC ni tiada dalam list JJCM tau3, kita datang jauh-jauh nak JJCM, tapi ituuu jugalah yang dia teringinnya he3. Layankan ja la kan3. Finale untuk day one tu dengan dinner hasil tapau kedai mamak dekat hotel saja iaitu restoran Sup Haji Abu. Originalnya kedai ini ialah di Jalan Doraisamy, tapi kami pergi yang dekat dengan hotel kami iaitu di Jalan Dang Wangi. Sedap weeei mee goreng mamak dengan roti telur dia. Tapiiiiii, nak menunggu order tu siap, hazaaaab nak mampuih. So kena bawa bersabar dan bertabah ja laaaaaa. BTW, yang famous dekat situ ialah sup kambing eh, tapiiii, time hari raya diorang tak buat sup naaaaa :P. Tu puuuunn orang ramai ya amat, kalau time dia buat sup tu tak taaaauuu laaaa. So setel JJCM cuti-cuti KL, 1st day hari raya Aidilfitri


JJCM 2nd day hari raya Aidilfitri di Pavilion


Pssstt, untuk kali ini, kami 3 beranak sarapan dengan Burger King, then lunch pula di Food Republic Pavilion. Seperti mana saya rambang mata di Food Garden Sogo, begitulah juga saya rambang mata di Food Republic Pavilion. Ikutkan nak membeli tu macam-macam lagi naaaakkk, tapi tak lalu nak beratur untuk setiap stall di Food Republic Pavilion tu haaaaa, dek kerana manusia ramai ya amat weeeiii. Nanti saya akan up entry khas untuk JJCM di Food Republic Pavilion. Untuk entry kali ini saya akan ceritera secara ringkas sahaja dulu ok. So, untuk hari kejadian, kami telah mencuba makanan dari stall Dubai, Express Teppanyaki dan juga Ken-Chan Curry. Dari stall Express Teppanyaki, kami cuba slice beef set eh yang tak kena dengan taste wise kami suami isteri, dan saya dah up review di SINI (sila baca sendiri :P). Then, dari stall Ken-Chan Curry, kami cuba nasi goreng eh, iaitu Chicken Cutlet Creame Cheese Omlete Rice. Serta akhir sekali dari stall Dubai kami mencuba mix beberapa jenis baklava dan semestinya wajib cuba dia punya Kunafa cheese laaaa kan3


Secara kesimpulannya untuk JJCM 3H2M di kotaraya Kuala Lumpur memang tak cukup wweeeeeiiiii. Banyak lagi yang saya belum dapat cuba. Even saya dah pergi JJCM KL untuk 2nd time di SINI, SINI & SINI, tapi masih tak cukuuppp. Sememangnya nak kena repeat lagi dan lagi dan lagi he3. So kita tunggu next KL JJCM lagiiiiiiii......



~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment