Aeroline 1st Class Shuttle Bus vs Billion Stars Express 24Seaters VIP Bus | Yang Mahal Tidak Semestinya Terbaik
Aeroline 1st Class Shuttle Bus vs Billion Stars Express 24Seaters VIP Bus | Yang Mahal Tidak Semestinya Terbaik | Assalammualaikum dan selamat petang Khamis semua. Semalam merupakan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 65. Rata-rata ianya disambut dengan penuh kemeriahan di setiap negeri dan juga di peringkat nasional. Bermacam perkongsian dapat kita lihat di dalam media elektronik mahupun secara di atas talian. Syukur Alhamdulillah, untuk tahun 2022, kita telah mula kembali meraikannya secara fizikal. Semoga negara kita terus makmur, aman dan dalam lindungan Allah hendaknya, amiiinnnn.
Kembali semula kepada tujuan enrty saya pada hari ini, kali ini saya ingin sambung perkongsian saya tentang 2h1m-jjcm-sisturs-kl-short-staycation. Untuk kali ini saya akan sambung tentang perkongsian pengalaman kami 2beranak menaiki bas. Perjalanan pergi dari Penang ke KL, dan juga perjalanan pulang dari KL ke Penang. Kalau hendak diikutkan, sudah berpuluh tahun saya tidak menaiki bas express untuk perjalanan jauh tau3. Seingat saya last saya naik sewaktu belajar di peringkat Matrikulasi, pada sekitar tahun 1999. Haaaaaaaa, dah 23tahun weeeeeiiiiii. Dan kali terkahir saya menjejakkan kaki ke Terminal Bas Sungai Nibong adalah pada tahun 2015 mcm tu haaaa. Lama la juga kan3. Sehinggakan saya sudah tidak tahu pun yang semua kaunter bas di tingkat atas Terminal Bas Sungai Nibong tu sudah nan hado weeiiiii. Yang tinggal hanya satu kaunter pembelian tiket berpusat Easybook. Kaunter ini khas untuk mereka yang tidak mengetahui cara untuk menempah tiket secara diatas talian (dalam apps Easybook).
Sebenarnya, sebelum ke Terminal Bas Sungai Nibong, Mr Hubby dah suruh saya muat turun satu lagi applikasi tempahan tiket bas secara online iaitu RedBus. Saya dah muat turun applikasi tersebut dan sudah pun survey masa dan harga tiket bas yang ada. Tetapiiiiiiii, saya tidak berapa yakin dengan kesahihan tempahan dari laman web tersebut kerana belum pernah dengar mahupun mencubanya sebelum ini. Makanya sebagai langkah keselamatan, saya fikir, adalah jauuuhhhhhh lebih baik saya terus ke kaunter tiket bas sahaja. Lagipun dekat sahaja dan mudah untuk saya singgah ke sana sesudah habis waktu bekerja.
Dan apabila, tiba di Terminal Bas Sungai Nibong, dan mengetahui bahawa tempahan boleh dibuat secara online menggunakan apps. Easybook, pada waktu dan ketika itu saya terus muat turun apps. dan melengkapkan tempahan saya he3. Ini kerana harga di dalam apps adalah lebih murah (dalam RM2-RM3) berbanding jika beli di kaunter. Dan yang penting ini sememangnya merupakan apps. yang saya yakin benar kan3. Sebabnya memang itulah kaunter yang ada di Terminal Bas Sungai Nibong ituuuu he3.
Boboboy seketul tu dari awal bila dapat tahu nak naik bas, memang dok zikir dah nak naik bas 2 tingkat. Bila survey harga tiket dekat 50hengget sekepala. Tak kira dewasa atau kanak-kanak, harganya adalah sama naaaaaa. So memang tak dapeeeekkk laaa, membazir ja rasanya. So untuk tiket bas pergi saya ambil Billion Stars Express 24Seaters VIP Bus. Ini kerana bas itu yang harganya paling murah he3 :P. Dan saya memang dah set bas pulang dari KL, untuk memenuhi permintaan Boboboy, saya akan tempah bas dua tingkat >>>>>>>>>> Aeroline 1st Class Shuttle Bus. Dah alang-alang Boboboy tu nak sangat naik bas 2tingkat, kita ambil terus yang paling canggeh (kononnyaaaaa).
Perancangan saya adalah kami akan bertolak dari Penang pada sebelah malam, hari Jumaat. Kerana saya masih bekerja & Boboboy masih bersekolah siangnya itu. Dan oleh kerana itu, saya tidak boleh menempah Aeroline 1st Class Shuttle Bus untuk bas menuju ke KL kerana bas ini trip paling last adalah dalam jam 4pm. Dan dengan itu saya bedal sahaja bas yang paling murah yang saya boleh dapati dari apps. Easybook. Dan sesungguhnya saya tidak menyangka, akan terbukti pepatah "Yang Mahal Tidak Semestinya Terbaik". #eh3, adakah pepatah bunyi macam tu ??? :P. Nak tahu kenapa saya kata sebegitu??????? Ajiom layan ceritera di bawah ini............
Billion Stars Express 24Seaters VIP
Boboboy dalam Billion Stars Express 24Seaters VIP Bus
Psssttt, harga tiket untuk Billion Stars Express 24Seaters VIP Bus ini adalah RM32/seat. Muraaaahhhhh weeeeeiii. Waktu trip bas yang saya ambil adalah pada jam 11.30mlm, dan naik di Terminal Bas Sungai Nibong. Waktu membuat tempahan, yang saya tahu ialah seat bus adalah 1+3 dengan total 24 seat. Tetapiiiiiii, saya tidak tahu yang bas ini betul-betul VIP dan cenggeh :P. Nak tahu apa yang canggehnya Billion Stars Express 24Seaters VIP Bus, meh sini saya terangkan....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Gambar ehsan dari website easybook
Nampak biasa sahaja dari luar kan3????
v
v
v
v
v
v
v
Gambar ehsan dari website easybook
Ninjia view dari dalam Billion Stars Express 24Seaters VIP Bus
Psssttt, luas dan selesa, dengan kemudahan mini LCD screen yang boleh dilaras untuk setiap seat. Bas juga dilengkapi kamera cctv didalam dan juga luar/hadapan bas. So memang terasa aspek keselamatan amat diutamakan, thumbs up
Gambar ehsan dari website easybook
Zoom in kerusi eh
Psssttt, leather seat yang empuk, lembut, luas dan design yang kerlaasssss kau nyah #eh3. Oh ya, design seat ni bukan saja-saja naaa, memang rekaannya akan memberikan lebih keselesaan pabila kita duduk dan bersandar diatasnya tau3. Ianya juga mempunyai tali pinggang keledar untuk keselamatan. Arm rest yang luas (kiri kanan). Terdapat function leg ramp yang boleh dinaikkan keatas (jadi sepeti sofa bed 1seater), dan seat sandarnya juga boleh dibaringkan kebelakang (untuk kedudukan baring/tidur) yang lebih selesa. Keluasan setiap ruang seat juga memang luas, sesuai untuk kedudukan seat baring tu haaaaa. Belum habis disitu weeeeiii, seatnya ada function MASSAGE weeeiii. Ya betuuiii, ini baru betul-betul kerusi urut bergerak weeeeeeii. Sepanjang perjalanan badan anda akan diurut hanya dengan hanya menekan satu button dihujung jari sahaja. Ada 3 jenis urutan yang anda boleh pilih tau3. Anda boleh mula dan hentikan urutan sesuka hati gitcheeeww
Like a boss ja Boboboy tu kan3 :P
Boboboy seketul tu, dari naik memang terus dok pulun mini LCD screen tu haaaaaa
Pssttt, mini LCD screen itu ada beberapa kemudahan seperti movie, game, music dan beberapa lagi (yang saya tak ingat :P). Yang bestnya ianya boleh dilaras mengikut keselesaan mata dan kedudukan kita. Cumanya movie, music dan game yang ada tidaklah yang terkini atau banyak pilihannya. Lagi satu earphone/headphone kena pakai yang sendiri punya. Kami dua beranak tak ada, so kita tengok secara bisu sahaja, itu pun dah ok :P. Sampaikan Boboboy request tak nak tidur weeeiii. Punya seronok dok main game dan tengok movie he3. Memang tak dapeeeekk laaa, kalau sampai tak nak tidur kan3. Dah la nanti sampai awal pagi, tara nak check in hotel, nak tidur kat mana kalau mengantuk bagai kan3. Tapi Ibu bagi can Boboboy tidur lambat, dalam jam 1am gitchew. Sepanjang perjalanan memang smooth, Alhamdulillah. Tidak terasa langsung gegaran, hentakkan, lompatan atau pun kelajuan bas, walau kami duduk dikerusi paling hadapan tau3. Perjalanan memang cepat weeeiii, bayangkan bertolak dalam jam 12 tengah malam, sampai di KL Sentrak belum pun jam 4am hooiiiii.
Aeroline 1st Class Shuttle
Boboboy dalam Aeroline 1st Class Shuttle Bus
Psssttt, harga tiket untuk Aeroline 1st Class Shuttle Bus ini adalah RM60/dewasa dan RM30/kanak-kanak. Saya membuat tempahan secara online di dalam laman web rasmi Aeroline. Yang saya rasa menyusahkan bagi sistem online Aeroline adalah kerana bayaran hanya boleh dilakukan dengan menggunakan kad kredit. Bayaran online banking tak boleh. Daaaahh jadi satu hal pula saya perlu meminjam kad kredit kawan pula untuk melengkapkan tempahan. Saya terpaksa juga membuat tempahan online, kerana sudah last minit, iaitu pada waktu itu sudah hari Khamis, dan kaunter jualan Aeroline pula hanya buka sehingga jam 5pm, weekdays. Walupun buka Sabtu Ahad, sudah tidak sempat kerana saya perlu ke KL pada hari Jumaat kan3. Masalah seterusnya bagi tempahan online Aeroline adalah pemilihan seat pula. Setakat ini dalam 2 apps. tempahan online (easybook & redbus), kedua-duanya kita boleh pilih dahulu seat mana yang available dan yang kita ingini, sebelum membuat bayaran. Tetappiiiii, bagi Aeroline ni, kita kena bayar dulu wweeeeeiiii. Terkejut saya bila selesai buat bayaran, seat yang bersebelahan hanya tinggal sepasang sahaja weeeii. Itu pun kedudukan yang kedua dibelakang, spot yang atas tayar tu haaaaaa. Nak tak nak kena ambil la juga kan3. Saya ketika itu membayangkan jika tiada langsung seat bersebelahan/berpasangan yang kosong ja wei. Takkanlah saya dengan Boboboy nak duduk berasingan pula kan3. Bahaya betul cara tempahan Aeroline ni. Memang tidak mesra pengguna
View bahagian dalam tingkat atas Aeroline 1st Class Shuttle Bus
Psssttt, bas ini kan dua tingkat, yang mana seat penumpang terdapat di kedua-dua tingkat. Tetapi bagi tingkat bawah, seat penumpang hanya dalam 3baris sahaja, selebihnya berada ditingkat atas. Di tingkat bawah juga terletaknya tandas dan juga bahagian pantry. Seat bagi Aeroline 1st Class Shuttle Bus ni pun leather juga, sama seperti Billion Stars Express 24Seaters VIP Bus. Cumanya jika hendak dibandingkan, saya terasa (pengalaman peribadi naaa, tidaklah pula saya ukur betul-betul saiz seat tu haaaa) seat bagi Aeroline ni lebih kecil saiz seatnya serta ruangan legar bagi satu-satu bahagian seat itu juga terasa terhad. Mini LCD skrin juga kurang sesuai (bagi penumpang kanak-kanak) kerana ianya terletak kekal dibahagian belakang seat penumpang hadapan. Meh sini saya terangkan secara bergambar, supaya lebih jelas.....
v
v
v
v
Nampak dak Boboboy terpaksa membongkok kehadapan pabila ingin menggunakan mini LCD skrin
Pssstt, jika setakat nak menonton movie, memang ok. Kerana Boboboy boleh berbaring dengan selesa dan menonton. Tetapiiiiii, kesukaran timbul jika Boboboy hendak bermain game ataupun membuat pilihan lain di skrin. Nampak kan dalam gambar di atas, Boboboy terpaksa membongkok kehadapan baru boleh capai kepermukaan skrin??? Dengan adanya tali pinggang, memang pergerakan sukar dan terbatas. So, saya memang tak benarkan Boboboy bermain game, tetapi hanya sekadar menonton movie. Nasib baiklah movie yang ada memang antara yang terkini dan banyak varietynya
Aeroline 1st Class Shuttle Bus juga menyediakan kemudahan selimut, headphone, serta minuman & makanan di atas bas
Psstttt, part ni la yang terasa seakan-akan naik kapal torobang he3. Ok meh sini saya nak bebel lagi satu pengalaman tidak memuaskan saya dalam menggunakan perkhidmatan Aeroline 1st Class Shuttle Bus ini. Al-kisahnya, maka tersebutlah kisah, #eh3, untuk menaiki Aeroline ini di Kualas Lumpur, pick up pointnya adalah di Corus Hotel Kuala Lumpur. Seperti yang saya telah ceritakan di dalam enry intro ini, trip saya ke KL ini hanya menggunakan pengangkutan awam (bas express, monorail, lrt bagai tu haaaa). Makanya untuk ke pick up point Corus Hotel KL, saya telah menaiki monorail dari stesen Medan Tuanku ke stesen Bukit Nanas, dan kemudiannya berjalan kaki ke stesen LRT Dang Wangi untuk ke stesen LRT KLCC. Sampai di situ kami 2beranak menapak lagi dan exit dari K Avenue dan terus menerus menapak dalam keadaan hujan renyai, sehingga ke Corus Hotel KL. Sampai di lobby hotel, dengan tangan penuh bag, payung dan memegang tangan anak, saya dah nampak dah dia punya lounge. So saya stop dekat depan kaunter pendaftaran Aeroline, dan terus suruh Boboboy pergi duduk dahulu sementara saya nak selesaikan urusan pendaftaran di kaunter. Pada waktu itu hanya ada seorang staff lelaki yang sibuk dengan handphone, bangun dan tanya sama ada saya guest (nadanya acuh tak acuh dan bunyi malas). So saya jawab ya, sambil cuba meletakkan barang-barang yang penuh merendeh-rendeh dekat tangan dan nak ambil tiket bus yang dah diprint di dalam purse. Tiba-tiba staf tu dengan nada biadap (bagi halwa telinga saya secara peribadi) cakap dekat Boboboy tak boleh naik lagi, dia nak kena tengok dahulu tiket bas saya betul ka tidak. Amboooooiii, mentang-mentanglah kami ni selebet, macam tu layanan dia. Saya kalau bab anak ni, memang melenting terus. Saya dengan nada kuat terus cakap dekat Boboboy pergi masuk terus. Dan masa itu memang saya dah mula panas. Terus saya cakap dekat staff tu untuk tunggu sekejap, sebab saya memang tengah nak ambil printed booking ticket di dalam purse. Saya sambung bebel, ambooiii haih, sampai tara manalah saya nak menipu saya beli tiket, sedangkan tak beli ka apa ka, semata-mata nak duduk lounge Aeroline tu ka apa ka. Macam bodoh betul. Dia memang dok nampak saya tengah mencari sesuatu waktu tu kan3, dan Boboboy tu budak kecil, patut ada rasa timbang rasa, benarkan budak tu duduk dahulu, biar Ibu Bapa/penjaga yang selesiakan pendaftaran ka apa ka. Yang nak ramai-ramai nganga dok buat ghamai depan kaunter tu buat apa. Dah jumpa printed ticket, saya terus bagi dekat staff tu. Baru nada dia berubah. Selepas itu, dia tanya ada buat Covid test. Saya jawab sudah, dan terus tunjukkan bukti gambar. Nada saya bercakap memang dah kuat dan kasar. Iyerlah, dah biadap sangat diawalnya tadi kan. Bila dah duduk dekat lounge tu, baru ada 2-3 staff lain datang. Time tu kakak dan husband saya call, memang saya cerita semula dengan nada kuat (untuk pastikan staff-staff kaunter tu dengar), tapi tidaklah menjerit-jerit. Memang saya sindir berkali-kali la, petik kebiadapan staff tu dan bad service lounge itu. Nama coach bukan main gah, tapi servis haauuuuukkkk. Bukan setakat itu sahaja service hauk Aeroline lounge ni tau3. Sepanjang saya menunggu di lounge itu, ada dekat dalam 3-4 kali guest lain dok bangun duduk, tanya staff kaunter bila boleh naik bas. Jawapan yang diberikan belum lagi, sebentar lagi, nanti akan dimaklumkan, bla bla bla. Walaupun ketika itu bas sudah tiba (dari 3.30pm lagi). Lepas tu, bila guest lain tanya lagi, baru staff maklumkan paling lambat 3.45pm, kerana bas akan bertolak jam 4pm. Tahiiikkk dia, penyudahnya sehingga jam 3.56pm kami masih tidak dimaklumkan untuk menaiki bas ka apa ka. Pakat dok nganga dalam lounge tu ja. Dengan tiba-tiba, ada seorang guest yang baru datang, terus menuju ke bas, boleh pula staff tu ikut dan buka pintu bas. Macam siooottt betullah. Tadi kata akan maklumkan bila tiba masanya bagai. Memang service teruk betul untuk Aeroline lounge di Corus Hotel KL ni tau3. Disebabkan service yang teruk dan hauk di Aeroline lounge Corus Hotel KL ni, saya memang tak meletakkan apa-apa harapan lagi dah untuk servis di dalam bas yang konon-konon nanti macam naik kapal torobang itu haaaa. Tetapi, Alhamdulillah, servis di dalam bas Aeroline adalah baik. Staff yang serve memang tertib dan berbudi bahasa
~~~ The End ~~~
uish terima kasih berkongsi pengalaman. bas dah ok, ground staff pulak buat perangai. sabar jelah. Aeroline kena perbaiki lah cara tempahan tiket tu
ReplyDelete