Poseidon Kitchen | Weekend Buffet Dinner Di Royale Chulan Penang
Poseidon Kitchen | Weekend Buffet Dinner Di Royale Chulan Penang | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Kita sudah menghampiri hujung minggu lagiiiii, yak yak yeeeaaayyy. Saya ni sejenis manusia yang sentiasa pabila bermulanya hari Isnin, saya sudah tidak sabar menanti tibanya hari Jumaat :P. Kerana inilah waktu untuk bersama keluarga gitchew. Sememangnya sebelum tiba hujung minggu lagi saya sudah sediakan itinerary untuk dilaksanakan bersama keluarga tercinta tau3. Anda pula bagaimana???? Adakah kita serupaaa???? :P. Bagi saya, hidup kita ini semestinya harus sentiasa diraikan bersama keluarga tersayang tau3. Kerana kita tidak akan tahu bila tiba masanya kita kehilangan nikmat itu. Makanya, hargailah dan raikanlah selagi ada gitchew.
Jika anda tidak tahu kemana hala tuju aktiviti bersama keluarga, meh sini saya share satu tawaran buffet hujung minggu yang baru sahaja dilancarkan oleh Royale Chulan Penang. Bertemakan "Poseidon Kitchen", dan ianya mengetengahkan aneka menu berasaskan makanan laut. Memang asyyyiiikkk berenang-renang dilautan makanan lauuuttt weeeiiii. Sessuuaaaii sangat untuk penggemar makanan laut seperti saya, he3. Tappiiiiiii, jangan risaaaauuu, jika anda bukan penggemar makanan laut, masih juga boleh asyik berakit-rakit ke hulu berenang-renang ditepian taauu. Seperti Boboboy seketul saya tu laaaa. Dia sejenis yang tidak makan makanan laut seperti udangkah, sotongkah, ketamkah siputkah. Tapiiiii, dia tetap enjoy berenang malam itu di Poseidon Kitchen Weekend Buffer Dinner, Royale Chulan Penang taaaaaauu. Nak tahu details, ajiioooonnn layan ceritera bergambar dibawah................
Kami dua beranak dia Poseidon Kitchen Weekend Buffer Dinner, Royale Chulan Penang
PEMBUKA SELERA
Seafood on ice, cold cut platter, cheese platter, hosomaki sushi, aneka jenis salad, aneka jenis dressing & condiments serta buah-buahan sebagai pembuka selera
Pssttt, untuk makluman this is the "HOT" section for the night hokeyh. Dengan presentation yang unik dan menarik, berasap-asap seperti di kayangan ka di lautan gitewww
MENU UTAMA
Seafood jambalaya, nasi goreng ayam bbq, stew kambing, siput sedut masak lemak cili api, ketam bercili Penang style, dan ayam pad parik
Salmon teriyaki bersama sayur tumis, udang goreng ala kung po, jejari sotong celup tepung, jagung susu madu, kentang goreng rosemary, sayur campur
KAUNTER AKSI
Mongolian BBQ, kari kepala ikan, italian corner dan asian corner
Psssttt, untuk Mongolian BBQ kita boleh pilih dari pelbagai varieti iaitu udang, udang lipan, sotong, tiram, daging, ayam ataupun campuran. Ikut kesukaan hati nurani gitew. Kari kepala ikan didatangkan secara rotation sama ada ikan salmon, ikan merah ataupun ikan siakap. Di dalam italian corner, pilihan yang ada adalah makaroni, spageti atau tagliatelle di dalam sos marinara atau sos krim berherba. Bagi asian corner, ianya terdapat pilihan char koay teow, atau char koay kak
Carving station
Psssttt, untuk carving station terdapat pilihan kaki kambing panggang atau ayam panggang, ikan barramundi bakar, tiram bakar dengan citrus sebayon
SOUPS, BREADS & ROLLS
Creamy seafood chowder & shark fin soup
Pssstt, akan ada rotation menu dan setiap kali ianya menampilkan satu menu sup citarasa asian dan satu menu sup citarasa barat yang enak di cicah bersama aneka jenis roti
PENCUCI MULUT
Pencuci mulut dengan aneka jenis kek yang menawan (whole cake serta yang pieces), dim sum, pavlova, apple crumble, creme caramel, aneka kuih muih tempatan, serta aneka jenis mouse, jelly dan puding
ABC, aiskrim dan chocolate fountain
Minuman panas dan sejuk
Inilah permulaan kami :P
Psstt, Boboboy seketul tu macam biasa memang hantu salmon, so dia pulun hat tu sampai licin la kan3. Saya pula sukakan fruit salad eh tu haaaa. The dressing memang sedap
Daaaann sekarang kami meneruskan sesi renangan :P
Psssttt, nasi goreng itu memang sedap naaa. Nampak ja biasher-biasher, tapi bukan biasher-biasher taaaauuuu. Dua kali Boboboy tambah. Memang kesukaan Boboboy di malam itu adalah nasi goreng dengan smoked salmon tau3. Saya secara peribadi memang suka naaauuu dengan siput sedut masak lemak cili api ittuuu. Memang fresh siput eh dan cara masakan pure kampung weeeii. Mula tu macam pelik, eh betul ka makan di hotel niiii, sebab sekali sedut ja macam terus berenang kembali kampung halaman giteewww. . Jangan main-main tau dengan siput sedut ni, kalau tak pandai masak dan tak fresh, boleh muntah hijau makan dia tau3
Tadaaaaaa, dan lagi, dan lagi, dan lagi............
Pssttt, dah nama pun buffet, so kena la try sehabis daya segala menu yang ada kan3. Kalau tidak tentu-tentu sampai rumah dah mula terkenang :P. Satu lagi menu pojaan hati Ibu eh di malam kejadian ialah....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
The Mongolina BBQ
Psssstt, repeat 2 kali tau menu ni. Sedap wajib repeat keenn. Kalau dak nanti terkekang jua, he :P. Seriously saya rindu dengan Mongolian BBQ, last makan dalam 4-5tahun dulu. Lepas tu dah tak jumpa dah. Dan tibeeeeerrr malam kejadian ianya muncul di Royale Chulan Penang. Nikmat doniaaa nama eh. Memang terbaik menu ni tau3, all seafoods di-grill sedang elok, tak overcooked. Gravy eh pun secukup rasa, blend toghether dgn grill items eh tau3
Poseidon Kitchen
Seafood Weekend Buffet Dinner
Setiap Jumaat & Sabtu
6.30 - 10.00 pm
Harga
RM98+/dewasa, RM78.00+/warga emas, RM68.00+/kanak-kanak (6-12thn)
Laman sesawang
Facebook
Instagram
~~~ The End ~~~
No comments:
Post a Comment