Tuesday, September 13, 2022

Ali, Muthu & Ah Hock | Ini Baru Kopitiam Cara Malaysia Kita

Ali, Muthu & Ah Hock | Ini Baru Kopitiam Cara Malaysia Kita 

Ali, Muthu & Ah Hock | Ini Baru Kopitiam Cara Malaysia Kita | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Saya tidak mahu menagguhkan lagi entry 2h1m-jjcm-sisturs-kl-short-staycation, kira nak kasi seteeeelll cepat sebabnya nak kena sambung dengan hutang-hutang entry yang tertunggaaaaaaakkk, yang dok makin bertimbuuunn tu haaaa. Tara momentum dok mai, kita pederaih kasi abeh, mengkala kata the M is here, apa pun tak boleh weeeiii :P.


So entry kali ni nak sambung ceritera port JJCM kami seterusnya iaitu Ali, Muthu & Ah Hock. Saya memang dah aim untuk terjah restoran ini sedari dari staycation semasa cuti-cuti Aidilfitri 2022 hari tu lagi. Yang mana lokasi restoran ini memang dekat sangat dengan hotel yang kami menginap semasa staycation tersebut. Tetapi pada waktu itu tidak dapat merasai kerana restoran tutup, cuti rayaaaaaa. So dah datang sekali lagi untuk sistur staycation, cepat-cepat la try, walaupun untuk staycation kali ini, lokasi hotel lebih jauh, tapi ianya masih lagi dalam walking distance la naaaa (dalam 5minit). Punyalah dok taram lama, saya sampai 2 kali la try menu dekat Ali, Muthu & Ah Hock. Pertama kali try masa baru tiba dari Penang, so hanya berdua dengan Boboboy. Dan kali kedua keesokan hari pula, kali ini kita bawa rombongan gitchew. Haaaaaa, ajiom layan ceritera bergambar dibawah.


Tadaaaaa Ali, Muthu & Ah Hock, Jalan Dang Wangi


Pssstt, sebenarnya Ali, Muthu & Ah Hock ni ada banyak cawangan tau3 (11 cawangan). Antaranya Oasis Ara Damansara, Petaling Jaya, Publika, Menara Hap Seng dan banyak lagi, sila google sendiri :P la naaaaaa


View hadapan dan dekorasi dalaman Ali, Muthu & Ah Hock, Jalan Dang Wangi


Pssstt, untuk cawangan ini, Ali, Muthu & Ah Hock menggunakan 2 unit kedai sebagai restorannya. So memang luas dan selesa. Dekorasi juga terselrah konsep yang diketengahkan iaitu kopitiam dan era klasik dedolu. Sejuk mata memandang tau3. Ok ajiioomm layan menu pilihan hati kami pulaaaaaa...


Hanya berduaaaaaaaaaaa....


Psssttt, yang ni semasa 1st visit naaaa. Elok sampai di Stesen Monorail Medan Tuanku, menapaklah kami dua beranak ke Jalan Dang Wangi untuk ke Ali, Muthu & Ah Hock. Adalah dalam 7-10minit juga. Waktu tiba tu belum buka lagi, so just tunggu sekejap, dan restoran dibuka pada jam 8.00pagi. Zoom in menu pilihan....
v
v
v
v
v
v
v

Cantonese Noodle RM15.00 & Kopi Ais RM4.20


Psssttt, Saya sokaaaaa menu ini. Memang portionnya sejenis yang untuk dikongsi tau3. Cuma bagi saya yang kurang kick adalah kerana tiada elemen pedas disitu. Saya ada request cili, yang pada hemat saya adalah chilly oil chinese style tu ka apa ka, tapi yang datang cili api potong dalam kicap, he3. Jadiiii la, asalkan boleh merasa pedas, baru lajuuuuuu :P


2nd day visit dengan rombongaaan pulaaaaaa


Pssstt, puuun kami sampai awal, so kita ber-OOTD dahulu laaaa
v
v
v
v
v
v

Ini 4 ketul budak musyuk tarak mandi tapi posim sakan :P


Psssstttt, untuk makluman di bahagian tepi serta belakang restoran Ali, Muthu & Ah Hock ini, terdapat beberapa lukisan mural yang cantik dan unik. Memang sesuai bagi penggemar OOTD bagai. Dari gambar diatas anda boleh lihat kan3, lukisannya seolah 'hidup' kan3. Dibahagian belakang restoran juga terdapat gerai mee mamak tau3. Tapi belum buka juga waktu itu


Our chosen menu yang penuh mejaaaaaaa :P


Minuman pilihan kami : cham panas RM3.70, kopi ais RM8.00 (sekali set roti bakar), barli panas RM3.70, barli ais RM4.20, & milo ais RM5.00


Pssstt, bagi seorang yang bukan peminat kopi, saya terseksa dengan rasa cham panas ituuu :P. Pahit nak matik weeiii. Rasanya seperti tiada susu pekat mahupun gula langsung. Semata-mata kopi pekat dan sedikit susu cair. Tapi my sistur sokaaaaa. Saya siap request untuk adjust rasa cham tu, dengan tambah susu in the end tau3 :P. Untuk kopi ais tu pun sama kaw3, tapi tak la sepahit cham tu haaaaa. Minum berais, so better la kot. Then air barli suam dan panas memang sedap3


Tadaaaaaa, hidangan makanan kami sekeluarga yang penuh meja haaaaaaaa


Psssttt, ikutkan nafsu serakah nak tambah lagi order sebab ada few items lain yang teringin nak cuba tau3. Tapiiiiiiiiii, nasib baik sedar diri sebelum terlajak :P. Menu kali ini lebih kepada malay & chinese style. Yang menu citarasa India lupaaaaaaa. Takpa3, memang dah masukkan Ali, Muthu & Ah Hock dalam list next JJCM KL sekali lagi tau3. So time tu akan cuba baki menu yang belum dicuba he3. Konsep menjamu selera yang kami applikasikan kali ini adalah makan lambak #eh3 ada kaaaa??? Maksud saya makan bersama-sama, sharing is caring gitchew, rasa seorang sedikit setiap menu. Baiklah. meh sini saya kongsi pendapat peribadi bagi setiap menu....
v
v
v
v
v
v
v
v

Set roti bakar, didatangkan bersama telur separuh masak dan juga kopi ais, RM8.00


Pssstt, menu kesukaan Boboboy seperti biasa. My sistur juga meminati menu ini dek kerana roti bakar itu, kerana sapuan mentega dan kayanya sedap. Rasanya dibuat sendiri, kerana rasa original. Wajib cuba bagi saya jika anda kesini naaaaa


Lontong, RM15.00


Psssttt, ini menu paling saya suka di pagi itu tau3. kuahnya memang umph sangat3, sampai licin saya hirup. Isi didalamnya banyak sayuran dan sedikit topping sambal sotong kurita dan telur rebus


Nasi lemak ayam goreng, RM15.50


Psstt, menu ni rebutan anak-anak la. Tapinyaaaa, nasi tu secoet sangat weeeii, sedangkan ayam eh bapok besor haaaaaa. Jenuh mikior nak bedak-bedak untuk anak-anak weeiii :P. Dapatlah merasa sorang sesudu lebih kurang nasi tu he3. Sambal eh sedap, masak elok, ayam goreng rangup, walaupun rupa eh legam, tapi rasa eh enak. Rasanya seperti ayam goreng berempah


Chee Cheong Fun, RM6.30


Pssstt, yang ini menu kesukaan my sistur. Sah-sah la menu ni me and my sis ja yang makan, anak-anak memang tak pandang :P


Hainan Chicken Chop, RM19.00


Psstt, ayam eh crunchy walaupun dibanjiri dengan gravy hananese style eh tu haaaa. Rasanya pedas-pedas, manis gitchew. Tidak berapa sesuai untuk anak-anak yang tak makan pedas, kerana rasa pedas eh tu menyengat juga


Roti jala & kari ayam, RM15.00


Psstt, menu ni kami suka3. Kari ayam tu nak kata versi mamak pun tak, versi melayu pun tak, versi india pun tak :P. Kemungkinan besar campuran kesemua versi he3. Tapi memang sedap


Hor Fun Soup, RM15.00


Pssstt, haaaaa, menu ni sesuai untuk anak-anak kerana tak pedas langsung. Tapinya untuk saya yang sejenis makan pedas memang tak boleh sangat la kan3


Secara kesimpulannya, walaupun jika nak diikutkan, harga di Ali, Muthu & Ah Hock adalah sedikit kayangan la kan3 (ini bagi saya secara peribadi la naaaaa), tetapi boleh diterima kerana rasanya serta portion makanannya adalah banyak (sesuai dikongsi). Konsep makanan serta hiasan dalaman restoran juga sangat unik dan menggamit kita untuk mencubanya tau3. Seperti yang telah saya katakan tadi, ya, saya akan repeat lagi Ali, Muthu & Ah Hock untuk next JJCM KL.


~~~ The End ~~~

1 comment: