Friday, June 30, 2023

Kuah Lodeh Mudah & Sedap | Resipi D'Dapor

Kuah Lodeh Mudah & Sedap | Resipi D'Dapor | Assalammualaikum dah selamat petang semua. Alhamdulillah, kita telah diberikan kesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha semalam. Saya rasa masih sempat lagi untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua pemba blog saya ini. Hari ini merupakan hari tasyrik pertama, dan semestinya ramaaaiii akan terus membuat ibadah korban sehingga hari yang ketiga. Semoga amalan dan niat kita semua diredhai Allah, amiiinnnn.


Untuk hari raya Aidiladha tahun ini, saya tidak menyediakan apa-apa menu raya pun. Ini kerana cuti sehari ja weeeiii. So memang dah plan dengan Ayah eh dgn Boboboy eh, program raya kali ini, free adn easy sahaja. Dimulakan dengan sarapan simple dirumah di pagi raya dengan telur hancur & roti, then solat hari raya, then terus bergerak pulang ke Taiping untuk ziarah pusara arwah Opah eh, dah kemudian berkunjung ke rumah sanak saudara mana yang ada. Permulaannya, kami juga plan selepas ziarah raya, nak la lepak-lepak di Lake Garden, tetapiiiiiiii, tiada rezeki kerana hujan lebat ya amat petang ituuuuu. Makanya terus gerak kembali ke Penang dan kami akhiri dengan sesi movie watching cerita Transformers. Elok sampai rumah semalam pun dah dekat jam 11malam hooiii. Pagi ini Ibu dah kijeeeeee, sob3. Boboboy duduk rumah dengan Ayah. Seronok sakaaaann la si Boboboy tu spend time dengan Ayah eh berdua sahajaaaaaaa. Ibu tak tahulah apa nasib rumahku syurgaku itu bila balik nanti. Redhaaaaaa ja la, he3.


#eh, panjang pula bebelen lari tajuk saya hari ini he3. Sebenarnya tujuan entry hari ini saya nak berkongsi resepi mudah dan sedap kuah lodeh haaaaaaaa. Saya ni peminat lontong tau3. So wajiblah tahu masak kuah lodeh kan3. Kalau tak, tak jadilah melontong eh kan3 :P. So ajioooomm layan resepi mudah di bawah ini...........................................


Kuah lodeh mudah dan sedap by Mami Tepen


Bahan-bahannya:
fuchuk (direndam dalam air)
sohun (direndam dalam air)
kacang panjang (dipotong kecil)
tauhu (dipotong kecil)
tempe (dipotong & digoreng)
ikan bilis segenggam **
bawang kecil (1-2biji) **
bawang putih (3-4 ulas) **
halia seinci **
kunyit hidup seinci **
serai (sebatang, dititik)
daun kunyit (1-2helai, dicarik sedikit)
santan sepaket (anggaran RM3/RM4, 300/400g)


Cara penyediaan:
~ kisar / tumbuk halus bahan-bahan bertanda **
~ masukkan bahan kisar, daun kunyit, serai bersama sedikit air di dalam periuk dan didihkan
~ kemudian masukkan kacang panjang & masak seketika (dalam 5minit)
~ masukkan tauhu, fuchuk, sohun & tempe bersama santan
~ masak sehingga mendidih
~ perasakan secukupnya dengan garam dan asyiiiaaapppp
Psstt, sepertimana masak lemak cili api, begitulah juga ketika memasak masak lodeh, setelah santan dimasukkan, pastikan sentiasa timbuk kuah eh tuuuuu tau3. Ini bagi mengelakkan tercetusnya kepala santan. Macam yang saya ada share di dalam entry resepi masak lemak cili api


Tadaaaaaaaaaaaaaa
Lontongku di hari raya Aifilfitri 2023
Kuah lodeh + sambal bilis + rendang kerang + nasi impit


Pssstt, gambar di atas ada saya up dalam entry DI SINI. Resepi rendang kerang Perak pun saya dah ada up DI SINUN. Soooooo, selamat mencubaaaaaaa



~~~ The End ~~~

1

Wednesday, June 28, 2023

 Selfie........ | Wordless Wednesday #10/2023

Selfie........ | Wordless Wednesday #10/2023 | Assalammualaikum dan selamat tengah hari semua pembaca. Hari terakhir berkerja sebelum cuti Hari Raya Aidiladha. So meh sini kita berWW dengan selfiiiieeeee sekeping dua :P.



Hari yang sama, gaya tudung yang berbeza




~~~ The End ~~~

0

Mangkuk Tingkat 3 Beranak | Wordless Wednesday #9/2023

Mangkuk Tingkat 3 Beranak | Wordless Wednesday #9/2023 | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. WW hari ini dengan mangkuk tingkat bentoan 3 beranak. Dah lamaaaaaa pakai, tapi baruuu nak share menu-menu yang sempat snap haaaa.




~~~ The End ~~~

0

Tuesday, June 27, 2023

Aloe Vera Sunscreen SPF 50 Krim Siang Terbaik  | Sunscreen Yang Bagus Untuk Kulit Berminyak

Aloe Vera Sunscreen SPF 50 Krim Siang Terbaik  | Sunscreen Yang Bagus Untuk Kulit Berminyak | Assalammualaikum dan selamat pagi semua pembaca kesayangan. Untuk hari ini, saya akan membuat satu perkongsian bijak yang penting. Terutama sekali dengan keadaan semasa cuaca di Malaysia yang kemarau dan semakin memuncak. Jangankan kata pancaran terik matahari sahaja, tetapi di kala keadaan mendung pun, bahang yang terasa memeritkan permukaan kulit kan3.

 

Secara jujurnya saya merupakan seorang yang sangat malas jika melibatkan skin routine tau3. Tetapi, selepas percutian keluarga di pantai baru-baru ini, pertama kalinya kesan terbakar permukaan kulit saya terserlah dengan nyatanya. Haaaaa, dah terhantuk baru tengadah tema eh, he3. Time tuuu laaaaa, baru mula terdetik di otak fikiran untuk mencari sesuatu untuk mengatasi masalah ini, dan memastikan ianya tidak berulang di masa hadapan. Iyerlah, walaupun saya ni bukanlah putih melepak bagai, tetapi dengan kulit ala-ala kelabu-kelabu asap ni, jika tidak dijaga, ohoooiii terus melegam jadinya kan3 :P.

 

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, (#eh, entry hari ini banyak betul saya menggunakan peribasa Melayu kita kan3, suka3) jadinya saya, pabila menjumpai sebuah produk yang berasal dari Korea iaitu Hansaegee Nature. Saya pasti semua yang membaca pernah mendengar dan ada yang memang sudah lama menggunakan produk ini kan3. Saya jugaaaaa yang tertinggal keretapi kan3?? Tapiiii, tak mengapa, biar lambat tapi sempat naik kereta api yang sama, kan3, he3 :P. Produk yang saya maksudkan secara spesifiknya adalah Aloe Vera Sunscreen. So ajiioooomm layan ceritera bergambar di bawah bagi perkongsian pengalaman saya.

 

Aloe Vera Sunscreen SPF 50 Dari Hansaegee Nature

Pssstt, seperti mana nama produk ini sendiri iaitu Aloe Vera Sunscreen, kandungannya sah-sah la terdiri daripada ekstrak semulajadi Aloe vera itu sendiri. Selain itu, ianya juga mengandungi ekstrak beberapa tumbuhan semulajadi yang lain seperti Centella Asiatica, Morus Alba Bark, dan Orchid. Ianya turut mengandungi Sodium Hyaluronic, Glycerin, & Allantoin

 

Aloe Vera Sunscreen SPF 50+ PA+++ terbaik


Sunscreen/sunblock Aloe Vera ini juga merupakan sunscreen SPF 50 yang bebas alkohol, bebas paraben, bebas silicon, bebas sulfat dan bebas allergen. Pendek kata sunscreen atau sunblock aloe vera ini sunscreen yang bagus kerana dijamin bebas sebebasnya daripada sebarang bentuk bahan yang berbahaya kepada pemakai, gitcheew

 

Aloe Vera Sunscreen Yang Bagus Untuk Kulit Berminyak

Untuk makluman semua, oleh kerana kulit saya ini merupakan sejenis kulit yang berminyak, makanya saya perlu berhati-hati dalam memilih apa jua produk pejagaan kulit tau3. Adalah penting untuk saya menggunakan sunscreen untuk kulit berminyak. Iyerla, setahu saya kebiasaannya, pabila kita menggunakan sunscreen, ianya akan menyebabkan kulit berminyak taaaauuu. Menakutkan betuulll dengan pengalaman sebelum ini, dari jauh semua orang boleh nampak mukaku yang bersinar lip lip laaapp anak mami. Minyak mukaku boleh dibuat deep fried :P. Dan ini adalah merupakan antara sebab utama kenapa saya memilih Aloe Vera Sunscreen, iaitu ianya dijamin merupakan sunscreen yang TIDAK BERMINYAK & TEKSTURNYA RINGAN


Apply sunscreen/sunblock aloe vera di tangan dan sapu rata


Hasilnya aloe vera sunscreen ini memang sangat melembabkan kulit tanpa rasa melekit dan berminyak. Sunscreen yang bagus ini juga tidak meninggalkan white cast


Pssttt, dek kerana kulit saya sudah terbakar & merengsa, hasil dari percutian tepian pantai itu, makanyaaaa Aloe Vera Sunscreen memberikan kelegaan, terutama pada wajah saya pabila disapu. Tekstur krim ni pekat & moisture tetapi ianya ringan. Penggunaan sunscreen ini tidak akan menyumbat pori. Ini menjadikan sunscreen ini memang sesuai untuk mereka yang kulit jenis berminyak (Sunscreen for oily skin). Pemakaiannya mudah, tidak perlu pakai banyak-banyak, cukup sekadar sapuan nipis rata ke seluruh permukaan kulit dan ianya mudah meresap dengan sekata. Hasilnya anda boleh lihat dengan jelas kelihatan semulajadi, tidak berminyak, tidak melekit serta tidak bercapuk. Ianya juga melembabkan kulit selain memberikan perlindungan daripada sinaran matahari


Sebelum


Sunscreen



Disapu rata


Hasil selepas


Psssttt, dapat dilihat dengan jelas Aloe Vera Sunscreen ini merupakan krim siang yang terbaik, sunscreen yang tidak berminyak dan sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak



Pssttt, sebagai seorang Muslim, kita ni kalau nak cari produk apa pun, kena utamakan jenis yang mesra wuduk ataupun yang mudah dicuci (tidak kalis air) dan produk Aloe Vera Sunscreen SPF 50 ini menepati keperluan ini tau3. Contoh jelas boleh lihat dari gambar diatas. Permukaan tangan saya yang telah disapu dengan Aloe Vera Sunscreen. Kemudiannya saya alirkan air (cuci/bilas dengan air) ke permukaan tersebut. Dapat dilihat tompokan air putih kan3. Kemudian kita boleh terus lap dengan tisu atau kain, dan asyiiiaappp. Ini membuktikan bahawa Aloe Vera Sunscreen ini tidak kalis air dan ianya sunscreen yang boleh dibasuh dengan air sahaja, mudah sungguh kan3. Lagipun, untuk mereka yang ada masalah M (malaaassss) seperti saya, krim siang terbaik ini memudahkan kerana kita tak perlu cuci beria sangat dengan segala jenis oil cleanser ka, scrub ka atau micellar water bagai tu haaaa. Lagipun, jika banyak sangat mencuci muka nanti kulit boleh jadi kering, keseimbangan kulit juga boleh terganggu kan3. Sesudah selesai solat, kita boleh reapply sunscreen kan3

 

Baiklah, untuk lebih mudah, meh sini saya kongsi dengan terperinci kesemua kelebihan Aloe Vera Sunscreen terbaik ini:

  • Perlindungan kulit daripada sinaran berbahaya UVA & UVB - dengan SPF50+ PA +++, melindungi kulit daripada rosak atau terbakar (sunburn)
  • Teksturnya tidak berminyak dan ringan - mudah meresap serta memberikan hasil tidak melekit dan segar 
  • Tidak meninggalkan kesan tompok putih - tidak bercapuk dan memberikan hasil semulajadi (sunscreen yang tiada white cast)
  • Melembabkan kulit - bahan pelembab Glycerin dan Aloe vera menjadikan kulit sentiasa lembap dan lembut, serta tidak kering
  • Melegakan kulit – dengan kandungan akstrak Aloe vera, ianya melegakan iritasi kulit dan kulit sensitive yang bermasaalah, dan akhirnya menjadikan kulit sihat
  • Boleh dijadikan sebagai ‘makeup base’’ – memberikan kulit perlindungan ekstra 

 

Reka bentuk penutup bercirikan twist lock


Psstt, oleh kerana saiz sunscreen/sunblock aloe vera ni comel iaitu 70ml, yang mana ianya memudahkannya untuk disimpan di dalam bag tangan ka, bag mekap ka. Mudah untuk di bawa ke mana-mana. Saya juga tidak perlu risau masalah kebocoran akibat penutup terbuka tau3. Ini adalah kerana penutup sunscreen ni mempunyai ciri keselamatan sendiri iaitu twist lock


Pengalaman Peribadi Basic Skincare Routine – Cara Pakai Aloe Vera Sunscreen

Sekarang ini, sudah menjadi rutin setiap hari untuk menggunakan Aloe Vera Sunscreen tau3. Mula guna sah-sah sewaktu bersiap di awal pagi kan3. Kemudian, cuci untuk solat zohor, reapply sunscreen kali kedua, sehinggalah balik kerumah pada waktu petang. Setiap kali selepas cuci, wajib reapply Aloe Vera Sunscreen dahulu, kemudian baruuuuuulah nak pakai foundation ka, terus pakai compact powder ka, nak sambung bermekap ka, nooooooo haaalll dah tau3. Muka akan terasa segar, ringan dan lembap sepanjang masa menggunakannya. Sememangnya ini merupakan sunscreen terbaik. So, benda baik haruslah dikongsi Bersama-sama kan3. Sharing is caring gitcheeewww.

 

Dibawah ini saya senaraikan link berkaitan bagi anda jika anda berminat dengan produk ini haaaaa. Jangan lengah-lengah lagi naaaa, tak cuba tak tahu, dah cuba makin mahu haa gitcewww he3.

 

Jenama : Hansaegee Nature 

Produk : Aloe Vera Sunscreen

Laman Web: www.hansaegee.com/shop

Instagram : https://www.instagram.com/hansaegeenature/

Facebook : https://www.facebook.com/HansaegeeNature 

Youtube : https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia 



~~~ The End ~~~~

0

Friday, June 23, 2023

Tempat Best & Menarik Di Berjaya Times Square | JJCM & Pusat Hiburan Keluarga

Tempat Best & Menarik Di Berjaya Times Square | JJCM & Pusat Hiburan Keluarga | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Dah alang-alang up entry kan3, ajiom kita perabeh teruih la ceritera Ibu & Boboboy 2023 Birthday Celebrations. Sebelum ini saya dah up full review lokasi staycation kami di SINI kan3, so kali ini saya akan sambung pula dengan ceritera aktiviti yang telah kami lakukan sepanjang 3H2M ituuuuu. Kiranya saya akan share dengan semua pembaca apakah yang best dan menariknya Berjaya Time Square ni haaaaaa. Nak tahuuuuu???? Ajiom kita teruskan ceritera bergambar dibawah.


Kami antara orang terawal tiba di Berjaya Times Square


Pssstt, time tu para cleaner baruuuu dok mula kerja-kerja pembersihan. Tak sampai pukul 7pagi pun lagi time tu tau3. Lampu dalam kompleks tu pun tak semunya dah dibuka tau3. Tuuuu nampak dop Maxis centre dekat belakang tuuu dok tutup rapat lagi haaaaa. Bila menghampiri jam 10pagi baruuuuulah beberapa stall di dalam kompleks itu mula nak beroperasi tau3. Nasib baiklah medan seleranya dah buka awal. Mungkin untuk staff makan sebelum masuk kerja kot. Makanya kami pun bersarapanlah 2 beranak

MAKAN BEST DI BERJAYA TIMES SQUARE

Sampai ke KL, mamak seketul tu setia dengan roti tisu eh


Pssstt, hat Penang morah dok makan sedia, pi KL tetap nak roti tisu nan mahaaaalll ittuuuuuu, he3. Harga sebenar dah lupa, tapi yang ingatnya jauuuhhh lebih mahal dari Penang la kan3. Nasib baik sedaakkksss he3. Nak diikutkan, dua kali kami makan di medan selera Berjaya Times Square ini tau3. Sarapan masa mula-mula tiba sekali, dan sekali lagi, makan malam sewaktu malam pertama itu. Tapinyaaaaaaa, tak sedap makanan malam tu, so saya tak mau review bergambar. Waktu itu kami memilih untuk makan nasi ayam hainan (untuk anak-anak), then me and my sistur pilih wonton noodle soup with dumpling. Nasi ayam tu rasa ok la, cuma ayam portion sikit. Yang paling mengecewakan wonton noodle soup itu, dumpling dia memang worst ever tau3. Potong terus bila makan. Nasib baik ambil semangkuk, dah la pricey juga, RM11 ka RM 12 entah, lupa dah. Memang blacklist la gerai tu. Ikutkan menu yang ada dekat food court tu tak banyak tapi quite variety, contohnya ada makanan mamak, arab, western, chinese, sizlings, wok fried, etc. Tema food court adalah Taste of Asia naaaa. 
v
v
v
v
v

Medan Selera, Berjaya Time Square
**gambar ehsan wesite Berjaya Time Square


Psssttt, food court ini terletak di level LG, west wing. Keluasan food court jua kecil ja, limited seating area, kalau nak compare dekat Sogo ka Pavi ka kan3. Price wise standard KL food court punya harga la noooo. Range harga plus minus RM10-RM30


Teppanyaki
**gambar ehsan wesite Berjaya Time Square


Psssttt, malam kedua kami 5 beranak dinner di Teppanyaki. Restoran ini terletak di tingkat 3, west wing. Saya ni kalau dah ke KL, wajiiiiibbbb makan tepanyaki tau3. Ater kat Penang belum jumpa lagi yang dijamin Halal. Saya pernah up entry Teppanyaki Sogo Food Garden dan Express Teppanyaki, Pavilion. At first, Tepanyaki Berjaya Times Square ni buat saya agak curiga tau3. Then saya confirmkan terus dengan kaunter restoran, dan diorang memang berterus terang tiada sijil Halal Jakim untuk restoran, tetapiii, semua food supplies are from Halal Jakim suppliers. Even ada notis clear tertampal di depan restoran dan di kaunter tentang perkara ini. Seterusnya just to double confirm, saya check listing dalam website Berjaya Time Square, bawah kategori F&B Halal, so baruuuuuu yakin dan berani makan


The menu


Fuji Snow, RM8.90


Psstttt, yang ni memaaanngg recommended untuk cuba taauuu. Sedaaaakkkkksss, sedaps sesungguhnya weeeeeeiii. Semangkuk ni kami makan 5 orang pun puas tau3. Grated ice dia setinggi gunung (dah nama pun Fuji kan3, mestilah tinggi :P), filling dia penuuuhhhhh. Maciam-maciam ada tau3. Kekacang kriuk2 ada, cendol ada, jagung ada, jelly ada, dan beberapa item yang lain yang saya tak dapat kenal pasti, tetapi sedap rasanya he3. Then tak kedekut perasa sungguh. Kalau tak silap dia pakai gula merah ka brown sugar ka apa entah dan rasa manis dia wangi2 sedaps tau3. Tak sama rasa macam gula putih and coloring biasa tu haaaa. Di tambah dengan susu cair secukupnya. Rasa memang thoooorrbaaeeeekk weeiii


Our choosen Teppanyaki for that day
Chicken teppanyaki set, RM16.90
Beef teppanyaki set, RM21.90


Pssstt, kami ambil chicken teppanyaki dan beef teppanyaki. Budak-budak ni sah-sah la akan go for the chicken kan, so me and my sistur pilih beef. Last-last hat beef kami pun budak-budak ni kenen he3. Standard la kalau teppanyaki set, mesti ada mix vege, dan nasi kan3. Apa yang saya perasan, one more additional item dalam set ini adalah ianya didatangkan bersama pickled radish juga tau3. Ok, komen saya tentang taste wise in total, teppanyaki dari Teppanyaki Berjaya Times Square ni ok2 ja rasa eh. Tapiiiiiiiii, ada satu side dish yang membuatkannya bertukar menjadi terbabooommmm delicious tau3. Iaitu sambal special eh tau3. Ni kira pestime saya makan teppanyaki yang ada side sambal, condiments tu tau3. Ikutkan ada cili potong kicap, then sambal, then pickled ginger. Rasa sambal ni macam masam2 pedas2 tapi tidak pedas sangat. Memang sedaaapp sangat2 makan bersama nasi, mix vege, beef/chicken teppanyaki tu tau3. Terus bertukar rasa the whole set tu. Saya terlupa pula nak snap gambar sambal eh tu haaaa. Yet still saya masih lagi stay dengan pilihan saya sebelum ini, the number one teppanyaki di hati saya ialah yang di food court Sogo


Antara pilihan lain JJCM 3H2M di Berjaya Times Square 

**gambar ehsan wesite Berjaya Time Square


Pssstt, dah nama pun stay 3H2M, sooooooo macam-macam la juga dapat makan dan penuhi permintaan tekak anak-anak kan3. Antaranya sah-sah la wajib ber-McD, ber-KFC dan ber-Pizza Hut kan3. Budak-budak memang sukaaaaa la this three foodies kan3. Subway pun anak-anak request jugaaaaaa. Ada yang kami makan di restoran, ada yang kami tapau bawa balk dan makan di dalam apartment. Kiranya bekalan makanan memang tak putus langsung he3. Itulah kelebihan tinggal diatas sebuah shopping complex, nak makan apa petik jaa, tapi poket kena tebal sikit he3. Seperti mana yang telah saya nyatakan di awal tadi, Berjaya Times Square ni memang besar ya amaaaaaattt. Dan terdapat banyaaaakk lagi foodies halal di dalamnya tau3. Dan semuaaa ini kami tak sempat torai he3. Contohnya seperti Dabuyo, 4 fingers, Chunz, Taste of Asia Cafe, Ayam Penyet Ria, Ayam Penyet Express, TCRS, A&W, Secret Resipe, Bungkus kaw kaw, Johnny's, Banana Bro, Boat Noodles, Street churros, Kenny Rogers Roasters, Empire Sushi, Sushi King, Hometown Hainan Coffee, Nandos, Starbucks, Cwtch Fish & Chips, Hadramat Express, Paradise Reyan,  Ah Cheng Laksa, Station kopitiam, dan banyaaaaakkk lagi. Sila tengok sendiri list details dalam website Berjaya Times Square, bawah kategori Food & Beverage (Halal)

TEMPAT RIADAH/HIBURAN MENARIK DI BERJAYA TIMES SQUARE

PLSC Kids World di tingkat 6, east wing

**gambar ehsan wesite Berjaya Time Square


Psssttt, seperti mana yang saya nyatakan di dalam entry saya yang sebelum ini, bebudaks sekupu-kupu tiga ketul ni masih kecil, so memang tak berbaloi la kalau nak masuk ke Theme Park Berjaya Times Square. Tetapi, jangan rissaaaaauuu, tak masuk theme park pun ada banyaaaaaaaaaaaaakkk lagi opsyen yang lain untuk seronokkan anak-anak tau3. Antaranya ialah PLSC Kids World ni laaaaaaa. Kiranya dekat sini ada section indoor go kart dan juga indoor play area, yang terletak side by side tau3. Yang go kart tu harga dia kira per-lap (berapa RM untuk berapa lap saya tak ingat dah). Tapi yang play area ni dia kira per day. Harga pun saya ingat-ingat lupa, tapi ada promo RM50 for 3 person. Once payment done, diorang akan bagi wrist band, so no hal nak keluar masuk berapa ratus kali pun, asalkan pada hari yang sama (which ada tarikh printed on the wrist band). Dan standard la mana-mana indoor playground kena pakai stokin kan3. Dan untuk penjaga boleh masuk duduk didalam menunggu dengan percuma naaaaaaa. Meh sini kita tengok serba sedikit view dalam indoor play area ni
v
v
v
v
v
v
v
v
v

The indoor play area, PLSC Kids World


Kerenah sekupu-kupu tiga ketul tu bermain sampai lebam


Pssstt, kami check in kemahen check in :P, di PLSC Kids World, ni dalam lepas zohor. Masuk sekejap, then keluar untuk lunch, masuk balik, keluar balik waktu asar dan have tea time, masuk balik, keluar time maghrib and have dinner also, then masuk balik, theeeenn dalam dekat jam 10malam baru keluar terus untuk balik ke apartment. Dok rasa-rasa dalam 8jam weeeeiiii dok keluar masuk keluar masuk. Then masa kami pergi tu hari Jumaat, weekdays so memang tiada orang langsung. Hanya lepas maghrib baru datang other 2-3kids. Masa anak-anak dok main, me and my sistur seghonoookk dok gosip dua beradik. Memang selesa menunggu di dalam ni. Anak depan mata main, kita duduk di waiting area betul-betul dekat dengan anak-anak tau3


**gambar ehsan wesite Berjaya Time Square

Antara riadah indoor lain yang ada di dalam Berjaya Time Square ialah seperti bowling, roller skate, archery, snooker, laser battle, bomb battle dan bersepah-sepah pusat game/elektronic machine etc tu haaaa. Owh, jangan lupaaa bagi yang berkemampuan, bolehlah cuba Berjaya Stimes Square Theme Park itu sendiri. So pilihlah dengan bijak ikut kesukaan dan poket masing-masing naaaaaa



~~~ The End ~~~

1